Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

MPV Proton: Tempahan Exora Sabtu ini

Proton Holdings Bhd (Proton) membuka tempahan kepada orang ramai bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) baru keluaran Proton yang diberi nama Exora bermula Sabtu ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, yuran tempahan adalah sebanyak RM1,000 dan harga bagi kenderaan itu di bawah RM80,000.

“Belum ada sasaran mengenai tempahan kerana model ini masih belum diperkenalkan kepada umum, namun kami menjangkakan sambutan yang menggalakkan.

“Kami merancang pengeluaran bulanan antara 3,000 sehingga 3,500 unit bermula bulan depan,” katanya selepas mengumumkan nama MPV di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Syed Zainal Abidin, Exora bukan sahaja memberikan lebih ruang dengan tujuh tempat duduk dan tawaran harga yang kompetitif, malah mementingkan ciri keselamatan.

Produksi awal sudah pun bermula dan akan melaksanakan pengeluaran sepenuhnya bermula bulan depan sehingga pelancaran pada April ini.

Sebanyak RM450 juta dilaburkan untuk membangunkan MPV di mana jumlah itu turut membabitkan pelan pembaharuan di Shah Alam antara RM60 sehingga RM70 juta.

“Tumpuan akan diberikan kepada pasaran domestik terlebih dahulu sebelum merancang untuk menembusi pasaran Thailand dan Indonesia menjelang Julai,” katanya.

Nama Exora diberikan oleh Norsholihan Abd Eanich, 29 dari Changlun, Kedah yang merupakan salah seorang peserta pertandingan menamakan MPV Proton pertama yang diadakan pada September lalu.

Pemilihan nama dengan tema ‘Keriangan Keluarga’ melayakkan beliau sebagai pemenang utama yang menerima hadiah berupa MPV Proton baru.

Proton turut mengumumkan dua pemenang kedua, Rashidi Tokiman, 31 dari Kluang, Johor dan Ros Hamidi, 25 dari Cheras, masing-masing menerima hadiah lawatan ke United Kingdom bernilai RM15,000.

Dalam pada itu, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Salleh berkata, berdasarkan perkembangan hari ini, industri kenderaan merupakan industri global.

“Kita tidak boleh terlalu nasional dari segi luaran kerana pasaran domestik terlalu kecil dan kami mahu melepasi jangkauan itu,” katanya ketika mengenai relevan nama Exora yang tidak bercirikan tempatan berbanding kenderaan keluaran Proton sebelum ini.

Beliau berkata, kemunculan MPV seiring dengan trend dalam kalangan keluarga Malaysia yang memerlukan kenderaan kedua bagi menampung bilangan ahli yang ramai.

“Terdapat keperluan untuk MPV, namun jumlahnya masih bergantung kepada harga dan permintaan,” katanya.

2 comments:

GuardianX said...

oooiii det h kena pi tukaq avanza hg tu ngan keta proton Exora nih..support laa sikit barangan buatan Malaysia ni..

chedet said...

aku sokong... sesangat.. kalau hang bayaqqqq lagi 478 juta kali aku sokonggg heeeeeee

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes