Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Banner ‘transparent’ ahli parlimen Kulim Bandar Baharu.

simpang junjong

Ni foto simpang tiga di Junjong. Kalau dari Sungai Bakap atau Simpang Empat nak ke Kulim, mesti lalu simpang ni. Kalau dari Kulim nak ke KL atau nak masuk lebuh raya kena lalu simpang ni. Kira sibok juga la simpang ni, dengan bas express, lori dan kereta lalu kot sini. Kereta lembu saja tak pernah nampak lalu sini.


Oleh kerana simpang ni sibok, maka disini tempat strategik nak gantung banner. Ada banner iklan perniagaan, ada banner special program yang nak buat dan tak ketinggalan ada banner ucapan selamat bila ada perayaan tertentu.


Aidil Fitri baru saja berlalu, banner ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri masih lagi ada di situ, belum pun diturunkan lagi, Syawal tu sebulan kan, lambat lagi Syawal nak habis.


Dalam gambar di atas ada EMPAT banner ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri di gantung. Yang kiri sekali dari Ustaz Hassan Razak, YDP PAS Kulim Bandar Baharu. Sebelah dia banner Aziz adik Kadiaq. Lepas tu banner Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. Yang kanan sekali banner YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim yang baru dilantik jadi exco.

Tiga banner senang nampak, tengok dari jauh pun boleh nampak. Satu banner lagi tu susah nak nampak, sejak dari hari digantung sampai la hari ni kalau tengok, tak berapa nak nampak. Banner Ahli Prlimen Kulim Bandar Baharu. Banner dia di buat dari bahan ‘transparent’. Memang susah nak nampak. Tahun lepas pun dia buat banner ‘transparent’ juga, tahun ni pun macam tu jugak.

Harap-harap tahun depan jangan la buat banner ‘transparent’ lagi. Kelawaq yang terbang kot tu, tak nampak, langgaq banner tu, naya saja mati.

Salam Lebaran...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Dari sekian banyak pintu syurga itu maka terdapat lapan pintu yang mengandungi nikmat keindahan serta kabahagiaan luar biasa, maka salah satu darinya bernama Rayyan, lalu tidaklah akan dapat sesiapa pun masuk ke dalamnya kecuali mereka yang benar-benar taat berpuasa." Hadith riwayat Bukhari & Sahar Bin Saad.


Ramadhan Yang Bakal Pergi...........

Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlalu pergi tanpa mengharap keampunan dan pelepasan dari azab neraka dari Allah S.W.T.
Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.

عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر
Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.
Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ
Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.
Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan? Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Firman Allah swt:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .
Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sabda Nabi saw;

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.

Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malam ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut
1. Beriktikaf di masjid.
2. Berzikir
3. Bertasbih
4. Bertahmid
5. Istighfar
6. Membaca al-Quran.
7. Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Salam Menuju Redha Allah S.W.T.Insyaallah

Kenali Hati, Rasai hati, Hidupkan hati, Suburkan Hati, Tenangkan Hati, Insyaallah Kebahagiaan dimiliki......

Nasyid Terkini : Seri Aidilfitri


Bismillah wa Lillah..
Ini lagu nasyid terbaru bertemakan Aidilfitri dari beberapa kumpulan nasyid tanah air. Lagu ini juga merupakan lagu terakhir Allahyarham Ustaz Asri Rabbani dan video klip ini dirakamkan seminggu sebelum Allahyarham meninggal. Sama-sama kita menghayati hiburan Islamik ini. Islam tidak menghalang hiburan cuma Islam mahukan hiburan dikawal..

Hukuman Sebat : Sivil & Islam

Oleh Prof Dr Fauzi Deraman

Keputusan Mahkamah Syariah di Kuantan sebelum ini telah mencetuskan polimek dikalangan banyak pihak. Ada yang menyokong, tidak kurang pula yang menentang. Kalangan yang bercita-cita untuk mengegakkan syariat Islam berpendapat keputusan itu wajar kerana ia selari dengan roh Syariat itu sendiri. Bagi yang menentang pula memberi berbagai alasan termasuk ia adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, apa lagi yanh dijatuhkan hukum itu adalah wanita.

Dalam kunjungan penulis bersama-sama rombongan Persatuan Ulama Malaysia ke Banda Acheh pada akhir Jun yang lalu, kali dimaklumkan hukuman sebat keatas bagi kesalahan mabuk, berjudi, khalwat dan ajaran sesat telah lama dilaksanajan di sana. Ia adalah dibawah kesalahan ta'zir dalam Undang-undang Jenatah Islam. Dua gambar yang disertakan ini menunjukkan pelaksaan hukuman sebat tersebut. Sila bandingkan pelaksaan itu dengan hukum sebab yang dilaksanakan untuk kesalahan-kesalahan sivil yang saya perturunkan gambarnya bagi foto ketiga dan keempat.






Kenaikan Harga Minyak : Menteri 1 Malaysia Ismail Sabri bohong kepada rakyat !

Graf ini adalah bukti bahawa minyak mentah tidak pernah melepasi USD80 setong semenjak Bulan Oktober 2008. Menteri Ismail Sabri menyatakan harga minyak melepasi USD80 di minta bertaubat kerana membohongi rakyat Satu Malaysia di Bulan Ramadan !

Graf ini adalah bukti bahawa minyak mentah tidak pernah melepasi USD80 setong semenjak Bulan Oktober 2008. Menteri Ismail Sabri menyatakan harga minyak melepasi USD80 di minta bertaubat kerana membohongi rakyat Satu Malaysia di Bulan Ramadan !

http://www.tvantara.com/v1/video?id=1428

Tindakan menaikkan harga minyak hanya akan menzahirkan lagi bebanan kepada rakyat dengan penyusulan kenaikan harga barangan lain, pada bila-bila masa.

Secara sindiran, Ketua Angkatan Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata, kenaikan harga minyak ini adalah hadiah merdeka daripada kerajaan UMNO-Barisan Nasional, sempena sambutan kemerdekaan Negara, semalam.

“Saya merasakan kenaikan harga minyak merupakan hadiah merdeka daripada kerajaan UMNO-Barisan Nasional, ini merupakan perkara yang bertentangan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh media propaganda milik kerajaan Barisan Nasional iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dari RM1.75 kepada RM1.80 dan RON97 dari RM1.80 kepada RM2.05 seliter, bermula hari ini.

Biarpun alasan yang diberikan ekoran kenaikan harga minyak dunia AS$40 setong kepada AS$82 setong, namum persoalannya adakah tindakan ini wajar memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan merupakan penindasan hak rakyat, tambahan ketika ini negara sedang mengalami masalah ekonomi yang agak meruncing.

“Sudah jelas dengan kenaikan harga minyak, negara Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan tindakan kerajaan ini merupakan tindakan menindas hak rakyat di dalam di mana negara kita sedang mengalami masalah ekonomi yang meruncing dan dalam masa yang sama rakyat ditekankan dengan kenaikan harga barang. Jadi sudah pastilah, kenaikan harga minyak ini akan membebankan lagi tambahan rakyat sedang bersedia menghadapi hari raya aidilfitri,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan dilakukan bagi mengaburi mata rakyat.

“Bagi kita, ini tidak bertanggungjawab kerana kerajaan hanya menggunakan semula retorik dan mantera politik sama sebelum ini yang menyatakan harga minyak di negara kita lebih murah berbanding dengan negara-negara jiran. Kenyataan Datuk Ismail Sabri semalam jelas menyatakan sekarang kita guna RON95, dahulu RON97 terlalu tinggi untuk kereta-kereta di negara kita. Ini termasuk hujah-hujah yang tidak masuk akal di mana mereka cuba menjustifikasikan harga minyak,” katanya.

Shamsul berkata, tindakan kerajaan ini merupakan tindakan yang amat malang kepada rakyat dan Pakatan Rakyat berharap rakyat mengambil sikap dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai negara Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak, beliau berkata tindakan itu amat malang kepada rakyat dan menggesa agar kerajaan memulangkan hasil kekayaan bumi kepada rakyat.

“Saya lihat ini soal pengurusan, kita lihat negara seperti Venezuela contohnya, kerajaan mereka telah memulangkan semula hasil mahsul dari negara mereka kepada rakyat.

“Mereka meletakkan kepentingan ini kepada rakyat tetapi tidak di Malaysia, dalam keadaan pasaran harga minyak di luar negara dinaikkan, harga minyak tetap dinaikkan. Dalam keadaan harga menurun, pun dinaikkan juga,” katanya.

Beliau meminta menteri yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan yang konkrit dalam hal ini dan bukan memperbodohkan rakyat.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zulkifli Ahmad menegaskan kerajaan harus bijak mengurus kekayaan minyak negara.

“Kita selaku megara pengeluar minyak yang merupakan pengeluar minyak bersih, tidak wajar menunjukkan bahawa kenaikan yang seperti ini berbanding dengan negara- negara pengeluar minyak. Jadi kalau kita bandingkan dengan negara Singapura, negara- negara yang tidak punya minyak, itu bukan perbandingan yang baik. Ini jelas menunjukkan bahawa perlu ada satu political wheel untuk benar-benar mengizinkan dan mengurus harta kekayaan minyak kita ini yang mesti pada akhirnya rakyat mendapat manafaat itu,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu membuktikan bahawa tadbir urus ekonomi negara ini boleh dilaksanakan dengan baik.

“Sebagai negara pengeluar minyak, kita tidak menunjukkan bahawa kita adalah penjaga yang baik dalam mengurus harta kekayaan kita,”katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail membidas pucuk pimpinan yang menaikkan harga petrol ketika rakyat sedang dibelit kegawatan ekonomi dunia dan bakal berdepan dengan kos berlipat kali ganda, menjelang musim perayaan pertengahan September ini.

Beliau mempersoalkan, apakah ini hadiah Perdana Menteri Najib Razak kepada rakyat yang membuta tuli menyokong pentadbiran pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Sambutan hari merdeka diberikan kepada kita, naik harga minyak. Belum lagi 1 September, naik harga minyak. Padahal kita diberitahu bahawa 1 September barulah minyak petrol naik harga, tapi belum habis kita merasa 31 Ogos, harga minyak dah naik,”katanya.

Nota : Oil has rallied from a low of US$32.40 in December 2008, which was the weakest in nearly five years, to a 2009 high of US$75 a barrel last week. — Reuters

Sumber : www.tvantara.com
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes