Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

BIAQ JASA JADI KENANGAN

Mat Pit ngan Che OWn,, hangpa mai tengok final hari tu awat tak singgah umah aku ??


Tahniah dan terima kasih kepada skuad Hijau Kuning di atas kejuaraan merangkul Piala FA dengan membenamkan Selangor 3-2, tak sia-sia pengorbanan penyokong Hijau Kuning memberi sokongan moral kepada Skuad Kenari walaupun dihimpitkan dengan kenaikan harga tiket sebanyak 100%, namun semua itu tidak menghalang semangat penyokong Hijau Kuning untuk membanjiri Stadium Shah Alam.

Ini merupakan satu bukti apa yang diperkatakan oleh Kuda Trojan saya, jika kita bebas dari rasuah kejayaan pasti milik kita. Hijau Kuning bebas dari RASUAH.

KL DAH START BAGI AMARAN



http://edyesdotcom.blogspot.com/

Alhamdulillah, perhimpunan berjalan lancar.

Mengikut aturcara asal, sepatutnya dari masjid Kg. Baru terus menuju ke KLCC melalui Jalan Raja Abdullah, tetapi dihalang oleh satu batalion polis dan FRU.

Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.
Para peserta demo mula berarak ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman dengan membelah laluan sepanjang pasar chowkit. Sorakan Hidup Rakyat gamat berkumandang sepanjang perarakan aman tersebut. Pihak FRU cuba untuk menghalang Plan B namun tidak kesampaian kerana tidak sempat.

Dapat saya lihat di sini, pihak polis dan FRU seperti tidak begitu serius mengawal Keadaan. Mungkin kerana perhimpunan itu berjalan dengan aman dan begitu lancar sekali, dan mungkin juga kerana pihak polis dan FRU juga tidak berpuas hati gamaknya kenaikkan harga minyak ini. Oleh itu, mereka melepaskan sahaja perarakan yang sepanjang beberapa kilometer itu.

Perarakkan diteruskan menyusur jalan TAR dan sorakkan lebih gemuruh berkumandang menyambut kehadiran Naib Presiden PAS iaitu Hj Mohd Sabu serta rakan pemimpin lain seperti Khairil Faizi Dan Dr. Hatta. Ketua AMK Keadilan turut bersama.

Apabila sampai di Sogo, semua para demonstrator diarahkan duduk di tengah-tengah simpang empat bagi menunjukkan tanda protes kenaikkan harga minyak. Ianya diikuti dengan ucapan2 setiap para pemimpin.

Mengambil masa hampir satu jam, perarakkan diteruskan lagi menuju ke pejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut. YB Salahuddin memberikan ucapan mengenai perhimpunan besar-besaran pada 5 Julai.

Perhimpunan aman hari ini adalah amaran yang pertama terhadap kerajaan baghal paklah. Selepas hari ini hingga detik 5 Julai, seluruh negara akan diwar-uarkan perhimpunan satu juta pada 5 Julai nanti. Roadshow secara besar-besaran ke seluruh pelusuk tanahair.

Pada mereka yang terlepas peluang berhimpun ini, jangan lupa bahwa sekali lagi kita berjanji untuk perhimpunan satu juta pada 5hb Julai 2008. Sama-sama kita catat sejarah Cemerlang Gemilang Terbilang dan paklah temberang...

Kenaikan harga minyak ini telah ditetapkan sebelum PRU12 lagi

BARU MALAM KEMARIN AKU TENGOK BULETIN UTAMA . 4 LAH KATA MINYAK HANYA AKAN NAIK PADA BULAN OGOS NANTI.. TUT2 ARI NIE DARI LIDAH YANG SAMA TERKELUAQ BENDA LAAAAAIN PULAK

Ca kita tengok sedutan ucapan bekas menteri kewangan selama 8 tahun yang tak pernah menaikan harga minyak sekepiang pun

Sebenarnya kadar kenaikan minyak sebanyak 70sen ini telah ditetapkan sebelum PRU12 lagi . Ditambah lagi 8 sen lagi untuk menggenapkan kepada 2.70(sistem mudah kira). Walaupun selepas tidak mendapat majoriti 2/3 kerajaan berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak pada tahun ini, tapi janji tinggal janji.

Nafsu untuk mengaut lebih banyak duit lagi meluap2 di dalam hati Pak Lah. Datuk Shahrir membayangkan kenaikan hanya berlaku Ogos nanti. Nampaknya Pak Lah tak sabar2 jugak. Entah dia nak sangat duit sekarang untuk buat apa. kenalah siasat. nak bagi kat Sabah kut takut MP sana lompat katak.


Selepas pulang dari kerja tadi boleh dilihat kereta berpusu2 ke stesyen minyak supaya bolehlah jimat duit sikit. rakyat terpaksa fikir untuk jimat duit walaupun terpaksa berbaris panjang. tapi kerajaan senangnya membazir duit berbillion2.

kalau tak cukup boleh putarbelit rakyat kurangkan subsidi lagi. inilah bahana kalau terus mengekalkan PM yang tak reti nak menilai penat lelah rakyat. Sepatutnya rakyat lebih diutamakan tak kira tua muda, miskin kaya, penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang, Melayu Cina India dan lain2 bangsa asalkan rakyat Malaysia(yg dapat mykad secara haram tak boleh kira rakyat Malaysia).

Fikir2kanlah . patut tak kita kekalkan Pak Lah sebagai PM Malaysia.

sila ke link di bawah untuk penjelasan

http://www.youtube.com/watch?v=71vnsdSUP1U&feature=related

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes