Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

GAMBAQ SEMpena PRU12

Klik kat gambaq utk gambaq saiz penuhPhotobucket

SALAM UKHUWWAH

TAHNIAH Z KAPCAI.. Aku dah habaq dah. the rutern of Z-Kapcai sure gempaq.. INTRO Posting hang tu pun dah Gempaq.. heee.. POst la lagiii...
Esok aku last day kerja kat Subang Airport nie.. Lepas tu aku cuti seminggu .



Boleh la FULL time jadi MURABBITUN PARTI sempena pilihanraya ke 12 nie ( nielah gherja yang mengikut kata Prof Tan Sri Khoo Kay Kim " Miracle " yang tak jumpa dalam mana- mana parti di MALAYSIA) . Kalau aku detailkan tugasan aku sempena PRU12 nie.. nanti ada pulak org tak suka .. jadi tak payah diceritakan disini lah noo. lagi pun, blog nie bukan blog politik. Nie blog tautan Ukhuwah kita sesama X SMKJ. Biaq la nak beza anutan agama & pahaman politik, yang pasti menyatukan kita adalah imbasan kenangan bumbung SMKJ pernah memayungi kita.



INILAH KEBERSAMAAN kita yang tak boleh di TIDAKKAN.

So masa aku untuk blog kita nie memang tersenTOT la.. sepanjang tempoh nie..
Harap semua Moderator lain yang ada terutamanya ZaCK , Ladkod & Nabin boleh la aktif kembali. jangan matikan hit blog kita nie.. Dah dekat 700 org pelawat dah nie..
MAT & MAT PIT mana hangpa,, tak kan sign in saja pastu tinggai ja.. meriahkan lah blog kita nie.

Che Own minta maaf la lepas nie aku lambat sikit la boleh layan provok hang.. tapi tak pa teruskan mengarang provok2 terbaru hang .. nanti ada masa aku respon..1 Mac 2008 aku kena bergegas ke Pengkalan Chepa. 2 Mac Start kerja baru...

Bagi mengiringi posting terakhir aku dari Subang Air port nie, hangpa layan ja lah cerita nie...

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?". Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".

SAMPAI KETEMU LAGI DI LAIN KELUANGAN...

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
ALI -IMRAN 3:200

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah

ijanrafzan menulis

"Sudah Bersediakah Aku Ketika Dipanggil
Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Allahu Akbar! La haula wala quwata illah billah hil aliyil aziim...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Allah!
Dan dibumbungi dengan langit Allah!
Serta menikmati rezeki Allah!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang sangat hina!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Allah!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera/puteri. ...
Suami/isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"


Tambah 3 orang lagi gambaq memba lama


HARI ni aku baru kebah demam.. Selera pun SAKAN la. tadi pukui 11.30 aku dah balun makan kewtiau. So Lunch Time La nie aku ada masa free la. Maka boleh la aku sambung pasai gambaq kenangan 4 Sc3 nie.


Gambaq dari kiri tu Namanya SARIMAH... Pi mana pun tak tau dah riwayat dia nie. Aku suka ngan SARIMAH pasai dia nie pemalu kucing sikit.. isy..heee... Orang kg Mengkuang Ujung Baling. Dulu aku pernah curi T shirt dia warna biji ngemia selai.. ampunn.. masa tu aku pi buat projek haram kat dalam asrama putri smkj. "Projek HARAM"???? . teruknya .. projek apa tu??

Aku and A + Z (3 orang) pi nak mngendap ja pada mulanya.. tiba2 terjerembat sotong kering & spek mata kering dok bersidai kat belakang padang aspuri tu. kami pun dengan langkah jahiliyyah yg ada mengutip la cenderahati percuma tu..

Dalam banyak2 tu terselit la selai baju T shirt yang aku ambik. lama lepas tu baru aku terperasan bila tengok sekeping gambaq yang Sarimah boh dalam buku autograf aku. Hahhh.!! baju t - shirt warna biji ghemia. SAH LA .. aku ttercuriiiii yang hang punya. Di kesempatan nie aku nak minta maaaaaffff berbanyak la kat SARIMAH pasai perangai jahiliyyah aku dulu tu.. Kalau aku mati dulu, tak dan nak jumpa hang untuk minta maaf, harap kawan yang kenai & terjumpa hang boleh la tolong pi PEGHALAI SAt kat SARIMAH pasai nie.. Kalau hang baca catatan aku nie Koll la aku utk tuntut ganti rugi tu.. yang pasai barang2 rampasan yang lain tu (sotong & spek mata) kami pakat "bie-dak" ghamai ... Antara pemegang sahamnya adalah ... tak perlu lah aku sebut nooo.. nie cerita zaman jahiliyyah dulu- dulu..


Disebelah Sarimah tu.. gadis kecik molek.. hitam manis.. WAN NAZATUL MIZA. dulu masa form 1-3 dia sama sekolah ngan aku kat sm Pendang.. aku kelas K dia kelas P. tak sangka pulak mai SMKJ nie boleh terjodoh 1 kelas pulak ngan dia. ramai dok perli kata dia marka aku. Kalau dia nak kat aku , aku sanggup jadi marka dia. tapi masalahnya dia tak Kebuloq pun kat aku.. melepasss la lagi..hee.

last aku jumpa dia waktu tunggu SPM . masa tu dia gherja kat kedai perabut Taman Ria Jaya. La nie aku dengaq khabaq dari MARIAH( S .B .aku kat kwsn sana ) Wan nazatul Miza nie dok dekat umah dia.

Hero yang dok tepi sekali tu namanya AZHA. Orang Sg Pasiaq. Diam - diam Ubi AT nie. Dia jenis slow motion sikit. tak sebuaih Syam& Mat & Mat Pit. tak banyak sangat la kenangan yang boleh jadi trade mark antara aku ngan At nie . Minta maaf AT noooo kot2 Ram aku kecik tak leh nak recall memory ngan hang. La ni , aku tak tau dia dok mana dah.. harap Ejen 007 Mat Pit boleh tolong pi mugaq - cari tengok.
Ok lah geng . panjang dah aku ngarang ari nie. Stop sini dulu. Jangan Lupa tunai tanggungjawab "KUASA RAKYAT " 5 tahun sekali. hak hangpa untuk tentukan sapa PEMINPIN KITA. 8 MAC 2008. Gunakan kuasa yang ada pada kita. HIDUP BUKAN TAKAT NAK CARHA KA DUNIA SAJA. Pikiaq bagi seimbang dengan tempat yang bakal menanti kita DISANA. CHOW!!!!!

YaNg MeStI KiTa LaKuKaN


Sayangilah orang yang membenci kita..
Pemurahlah pada orang yang bakhil pada kita..
Dan..
Senyumlah pada orang yang menghina kita..
Insyaallah..
Suatu hari nanti..
Mereka akan menjadi seperti mana yang kita kehendaki..

ALHAMDULILLAH

CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ...

"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?.


Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.


Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas.


Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?".


Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah

AKU -CUTI & JET SKI



Hari Jumaat lepas, hari wilayah. Anak 2 & bini aku cuti. Aku pon terpaksa la ambik cuti tahun pasai aku kerja di selangoq bukan cuti umum.
Alang- alang cuti bekembaq nie memba aku ajak Pi Teluk Kemang Port Dickson. 3 hari 2 malam kat sana . PD koi pelan kotoq. Tak ramai orang mandi - manda serupa dulu. Why? Y? mungkin bulan nie org tak minat nak melancong lagi kot.

Hari sabtu petang tu , sedang asyik aku membuta kat tepi pantai.. Tetiba ja bunyi dentuman yang kuat berserta jeritan riuh rendah. macam drama tamil la.. Sebuah Jet Ski personal yang khabarnya dipandu laju oleh seorang anak Dato Melayu telah terbabas dan terlepas. Jet ski tadi meluru laju melanggaq sekumpulan family geng- geng India yang sedang mandi kat tepi pantai tu. seorang budak lelaki terus pengsan dirempuh manakala seorang remaja perempuan india terkoyak kulit dagu & pipi muka sebelah kiri. Dasyat beb,.. Ngorrii 4 cik nengok nya.Jet ski yang meluncur laju tadi hanya berenti selepas terlanggaq tembok batu tepi pantai.Berdentum kuat. Alhamdulillah la.. Tangki Petrol Jetski tu tak bocoq kalu tak,,, mungkin jadi Benazir Bhotto aku kat situ..

Mak bermula lah episod HINDRAF disitu bila mana ahli2 keluarga India nie terus hambat anak dato tadi yang masih terpinga2 kat tengah laut. Mujuq memba anak dato nie mai cover cepat. ambik dia naik Jet ski lain. kalu tidak!!! mau jadi ketam cicah la anak dato tu.

(berita betoi hang pa baca kat sini) http://www.nst.com.my/Monday/National/2149554/Article/index_html
& http://www.bharian.com.my/Monday/BeritaUtama/20080204002318/Article/index_html

Moral Off the Story " HARAMKAN PERMAINAN JET SKi DI KAWASAN ORANG RAMAI MANDI-MANDA " Mainla kat Tengah2 Laut nu..

Nie lah gambaq terbaru family aku yang baru ambik kemarin masa nak balik mai Kl
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes