Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Nie lagi gambaq ari tu

hangpa tengok sendiri, gambaq2 nie, ulas sendiri & kutuk la sendiri.. akau tak dan nak layan la. gherja banyak lakkk



lagi Gambaq2 Reunion kecil2 an

Kiri , Khairul Anuar aka Che Own laie tokey company trading besaq kat Sungai Petani. kanan Nazri.Dah tak sekuruih zaman sekolah dulu dah . Dah Kerja besaq kat Indah water .. hat mana kengkawan tertunggak bil indah water tak bayaq tu.. calling2 la dia.. mana tau leh dapat offer 99.9 % diskaun.. heeeeeeee
Hero melayu (baca mamaK ) abad kini, Ammar Yaser . Cikgu kat Sekolah Keb Taman Ria Padang Serai kedah. Dah 2 anak. lelaki. sebelh dia tu Hero tamil Sg layaq , sapa tak kenai Shamsul Rizal leh panggil dia Mohd Syafiq a.k.a Mat PIT.. Dah 2 anak. Tokey kuih kem PLKN. power bebb
Yang kena dakap dengan aku nie, Zulikhsan a.k.a ZulLack. Orang penting MLM. tu baru part time.. Full time Engineer beb. kat Penang. kalau hangpa nak jumpa dengan dia, pastikan mempunyai alasan kukuh utk tolak pelawaan jadi downline dia.. kalau dakk mampuih la hangpa kena cari /taja orang lain.. heeeeeeeee

Jejaka tembon berbaju hitam tu Masna. La gherja kat Cyber jaya. Engineer gak. belum ada anak. tapi dah kahwin aaaa. jangan ngaku bujang lak.. heeeeee
sebelah dia yang dok tungkat dagu tu confirm bujang .. Ariff . umah dia kat Kg Permatang Berangan Pinang Tunggal.
Yg sebelah Arif ber T-Shirt merah tu ORIGINAL bujang.. sapa nak mengorat dia leh contact prometer dia, Mohd Syafiq a.k.a Mat Pit.. heeeeee

Perjumpaan Yang Sekian Kalinya


Dari kiri: Che Own, Along Nazri, Mat Pit, Che Det, Zullack, Aku dan Ariff.

Fuuuuhhh!! tarik nafas sat..lama gila aku tunggu gambar..tu pun terpaksa call Che Det mintak dia upload. Las Last dia yang suhh aku upload..tak pa kawan kawan punya pasai apa ada hal..

So, inilah perjumpaan yg ulung ulung kali diadakan secara tak rasmi kat Restoran Mamak 24 jam kat Sungai Petani. Malam tu lepak lama jugak, tengok sendiri laa gambaq gambaq tu..ada yang yang maintain ada yang dah berisi, ada yang misai dan janggut penuh muka dan ada segalanya macam iklan syarikat telekomunikasi. Tapi ada jugak yang tak dak dalam gambaq nih..cikgu Ammar Yasser..mana ntah dia hilang .nak kata dia gelap sangat samapai tak nampak dalam gambaq pun tak jugak..misteri betuiii nih..

Aku tak mau cerita panjang..tapi dari raut wajah masing masing kat situ memang mengambarkan kegembiraan tahap tahap kanak kanak ribena..rasa tak macam umur 35 dah.. Kali ni kalau balik time cuti cuti perayaan yg besaq2 cam nih kena buat lagi. ok laa hangpa tengok sendiri..Selamat!!

Suatu Malam Di Malam Hari Raya


Malam itu..aku tgh lepak ngan Nazri Along kat rumahnya di Taman Delima..di bawah pohon mambu ditemani nyamuk nyamuk betina yang gatal mengigit kulit kulit tangan dan kaki ku ini..aku merancang untuk berjumpa dengan dua tiga sahabat sahabat lama ... memang aku rancang..sebab nak jumpa selalu payah.. aku pun amik telepon nak call..tetapi...line telepon Syarikat C ni memang tak bleh harap langsung..dia boleh jem plak time orang tgh-tgh buat planning baekkk punya..ini menyebabkan aku kerugian berjuta juta ringgit malam tu...mahu saja aku saman Syarikat C itu..tapi aku tahan..uit aku masih lagi berjuta juta..aku Sabar..so aku ngan Along Nazri rancang esok malam buat perjumpaan ngan Mat Det ngan Zullack sekali..

Esoknya..aku SMS Mat Det ngan Zullack..jawapan positif..8.30 kat Restoran Mamak 24jam kat taman Sejati..

Malam tiba..aku ngan Along sampai awal..bebudak lain seperti biasa janji melayu..dekat ngan sejam baru muncul..mula mula Ariff sampai..pastu Mr. Ammar Yasser sampai..cikgu oooo dia nii..Selamat Malam Cikgu!!! aku jerit dalam hati..Mr Ammar ni pun satu dah tau nampak aku ngan Along Nazri sampai bukan nak mai teruih kat aku..siap pi pekena Nasi Kandaq kat meja lain dulu...hishh bertuah punya cikgu.. aku call mat Det..dia kata OTW..on the way laa sangat silap silap baru nak keluar umah..hahaha!! biasa dengan janji janji otw nih..call zullack tak dapat dapat..ntah telepon jenis apa dia pakai tak tau payah sungguh nak call..mungkin disebabkan talian telepon syarikat C agaknya yang masih jem lagi... tup tup!! dia dah sampai..si Zullack..bakal jutawan MLM 5 tahun dari sekarang..gelap seperti biasa!! Mat Det plak sampai..dengan kain pelekat ngan baju Melayu...seluar dalam aku tak pasti dia pakai kaa tak sbb aku tak nampak..habis semua orang dia peluk kat restoran tu...ermmm maksud aku..dia peluk member member laa bukan semuaa orang..gila apa Mat Det nak peluk semua orang kat situ...

last sekali baru Mat Pit ngan Che Own mai..penduduk asli dan tetap Sg Petani..depa masih maintain seerti dulu...maka terjadilah reunion kecil kecilan XSMKJ kat restoran 24jam kat taman Sejati...memang besh lepak lepak ngan kawan kawan kat situ..semua pakat dok cerita pasai zaman sekolah dulu...siap main tangkap tangkap gambar lagi..orang macam pelik..apa laa depa nih orang nak tangkap gambar pun pelik...ooiii sekarang ni semua orang bawak kamera laa...apa nak heran.. ini perjumpaan julung julung kali gambar mesti kena ambik sebagai bukti..

Tunggu mat Det ataupun Mat Pit update gambaq...jenuh tunggu dah masuk raya ke 16 dah nih..agak gak aku gambaq tu pun dah boleh masuk muzium kot...tak pa tak paa.aku sabaq sikit lagi.. Mat Pit hg upload gambaq kat Facebook dulu laa weii!!

So Lepas nih acara perjumpaan nih kena jadi acara tahunan.. ok sapa setuju??
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes