Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Kawan..Lama Tak Jumpa

Semalam ex-bos aku ajak keluar lunch..makan-makan pastu plan nak gi bank..
aku teringat hari nih 25 Feb 2009..hari para para pekerja mendapat upah setelah penat berlakon dalam bekerja. Majikan tetap bagi gaji walaupun ekonomi merudum..itu kata para ekonomist dan pedagang industri. Tapi hari nih bukan nak cerita pasal dapat gaji. Tapi  chedet dah buat temujanji nak jumpa kawan kat Hotel Flamingo malam ni.

Teringat juga macam mana la muka kawan yang dah lama tak jumpa. wajahnya pun ingat ingat lupa. opss! lupa nama kawan kita yang chedet nak jumpa tu namanya Zila. Kalau ikut nama dia macam nama penggoda, tapi nama dia Zilawati sahaja. Masa nih teringat, kalau Zullack ada mesti dia suka. (hahaha! Zullack hang jangan marah aku na!!)

Tengah sedap makan. Muzik metal dari tepi belah kanan pinggang aku berbunyi. Bunyi cam tu memang aku tahu bukan bunyi nada dering wife aku. itu nada dering dari kawan kawan aku. aku capai benda hitam yang keluarkan bunyi metal dari pinggang aku. tengok pada skrin, chedet rupanya. Ini mesti pasal Zila.. takkan dia saja saja call aku nak habaq pasal parti dia dah perintah negara..sabar chedet nanti impian hang tu sampai juga!!

Chedet bagitau yang Zila tak akan tiba seperti dijangka..dah postpone katanya. 

Tak pa laa nak buat macam mana. kita manusia hanya boleh menjangka..takdir semua ditangan yang Esa. Sabaq chedet aku tau hang kecewa hahahaha!

InsyaAllah panjang umur kita pi jumpa. 


Apa yang penting? Kerjasama!-Wonder Pets

Aku rasa, Josh Selig bukan tak ada idea, tapi dia memberitahu kita bahawa kehidupan ini sama saja - tak ada yang berubah. Cuma kita hadapi masalah dan bagaimana cara kita mengatasi - dan tengok,bagaimana manusia Amerika Syarikat ni mendidik budak-budak di tadika? Aku kagum betul. Kita di sini, tak habis-habis dengan permainan merebut kerusi dan bubur kacang.




Aku teringat salah satu episodnya - "Wonder Pets menyelamatkan Reindeer", di mana rusa Santa Claus berasa sangat rendah diri dan tak boleh melakukan tugas iaitu menarik kereta Santa. Kemudian Tuck berkata bahawa dia dahulunya tidak yakin bahawa dia dilantik menjadi Wonder Pets. Tapi, akhirnya dia yakin kerana memikirkan Wonder Pets adalah suatu kerja yang mulia. Nah, kat sini kita dapati ia adalah fardhu ain - membina keyakinan diri. Kenapa? Wonder Pets ialah yang terpilih - 'the chosen three'. Siapa yang memilih? Josh Selig yang pilih dan jika dibaca melalui konsep lain bahawa tuhan lah yang memilih.

Kemudian kita tengok - tak ada pengajaran lain selain "apa yang penting - kerjasama, bila kerjasama semua jadi mudah". Hah, kat sini pulak fardhu kifayah! Oleh kerana kita berkongsi oksigen dengan makhluk lain juga, maka kita seharusnya bekerjasama dan bermasyarakat tanpa prejudis! Ini shewious... - hahahahaha. Ya, ini serius sebab ianya sebuah pengulangan di setiap episodnya - samalah konsepnya dengan azan yang diulang-ulang dan akhirnya masuk ke otak lalu melekat kat memori!

Mungkin Josh Selig sengaja meletakkan 'the chosen three' Wonder Pets untuk melambangkan tiga agama monotheism - Judah, Kristian dan Islam - wallauhua'lam...

Aku nak tulis pasal cerita ni dah lama, sejak aku sedar bahawa bukan aku seorang yang nontonnya, malah kawan-kawan aku - semuanya, dan bila aku nyanyi lagu tu, mereka ketawa dan berkata "kau pun tengok!?" Tapi aku dok layan lagi walaupun TV9 dah dok pusing episod yang sama berulangkali.

Akhirnya, aku jadi malu, kerana Josh Selig sedikitpun tidak tunjukkan watak manusia tetapi hanya suara budak-budak tadika yang dah nak balik. Sebaliknya Josh Selig tunjukkan Wonder Pets yang bersifat kemanusiaan.

Hmmm...

Keajaiban Doha

Pusat perniagaan Souk Waqif yang menjual pelbagai barangan tempatan terkenal dengan kecantikan seni bina warisan Qatar

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.

Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).




GAMBAR atas. Illustrasi pelukis mengenai cadangan pembinaan bandar raya masa depan Doha. Gambar bawah, premis perniagaan di Souk Waqif. Gambar kiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Oscar: Kejayaan 'Slumdog Millionaire' tepati ramalan


SEPERTI yang dijangka, filem yang memberi pengiktirafan kepada penduduk setinggan di Mumbai, India, "Slumdog Millionaire" mendapat kemenangan besar di Anugerah Academy ke-81 semalam dengan memenangi kategori filem terbaik, dan tujuh lagi Oscar termasuk Pengarah Terbaik yang dibolot oleh Danny Boyle.

Filem yang mendapat 10 pencalonan itu mengaut banyak anugerah penting, hari ini.

'Slumdog Millionaire' yang mengisahkan tentang harapan penduduk di lembah setinggan di Mumbai, India turut memenangi anugerah lakonlayar adaptasi terbaik, sinematografi, editing and muzik latar juga lagu.

Lagi kat Sini

INFO PASAI NEGARA

• Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
Komen : lagu kebangsaan Malaysia ada satu versi, tapi ada macam-macam rentak

• Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
Komen : Orang Malaysia lagi hebat, paling banyak makan belacan di dunia

• Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
• Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi?
Menyumpah tidak membantu'

• Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

• King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau di
besarkan di Jerman.

• Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

• Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan
pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya
yang memiliki nama yang sama.

• Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

• Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

• Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia
tak pakai seluar.
• Komen : aleh, dia tak pakai seluar pun bukannyer nampak aper-aper.

baca betoi 2. jgn silap baca


klik kat gambaq utk paparan lebih besaq

Seloka Sekolah

Tahun 1990 aku melangkah ke khir johari
masuk kelas sains..kelas sains last sekali
asing bagi aku .. ingat nak cabut lari
tapi aku tetap menempuhi.
kawan kawan banyak mengelilingi
dari serata pelosok daerah negeri
semakin lama makin aku kenali
dari seorang dah sampai tak cukup jari
dari kelas math sampai ke kelas biologi
dari asrama putera ke asrama puteri
depa semua bersatu hati

dari tingkatan 4 ke tingkatan lima
belajaq banyak tak masuk kepala
semua nak enjoy dan suka suka
matlamat hidup tak nampak depan mata
dok joli katak juga 
dari setahun dah masuk dua
tak ingat SPM nak tiba
ghalit dok menorat anak dara
anak anak dara utara
cun cun ooo putih putih semua
Det dok cucuk jarum kot kot mengena
yang lain lain dok usha juga
masing masing nak kawin muda
tapi tak tau duit tak ada
pi sekolah mak bapak bagi belanja
ada hati pasang cita cita
masa sekolah la time bergembira
bila ingat balik rasa nak ulang semula
maklum laa masa tu darah muda 
mana nak ingat hari tua
masa depan yang menanti kita
bila SPM ada yang sangkut juga
ada juga kena repeat paper
ada yang sedih ada yang suka

lepas sekolah pakat ikut hati
ada yang sambung studi
ada yang kena amik sekali lagi
masing masing ada agenda tersendiri
ada bercita-cita nak jadi menteri
ada yang nak jadi suri
ada yang cukup makan gaji
ada yang samapai la ni tak kawin lagi
semua tu masing masing punya rezeki
pandai pandai laa tanggung anak bini
rezeki halal wajib dicari
jangan ada yang jadi pencuri
member-member aku semua boleh dipercayai

kini 18 tahun dah berlalu
rasa macam kemarin kita semua bertemu
yang dah ada anak dah nak terima menantu
ada juga yang masih macam dulu
tak kisah laa masing masing punya mahu
wei aku berenti kat sini dulu
kalau ada masa kita bertemu
kalau mai kat sini..contact laa aku
aku stop setakat ni dulu
tata titi tutu ...........haha hehe huhu!!

MPV Proton: Tempahan Exora Sabtu ini

Proton Holdings Bhd (Proton) membuka tempahan kepada orang ramai bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) baru keluaran Proton yang diberi nama Exora bermula Sabtu ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, yuran tempahan adalah sebanyak RM1,000 dan harga bagi kenderaan itu di bawah RM80,000.

“Belum ada sasaran mengenai tempahan kerana model ini masih belum diperkenalkan kepada umum, namun kami menjangkakan sambutan yang menggalakkan.

“Kami merancang pengeluaran bulanan antara 3,000 sehingga 3,500 unit bermula bulan depan,” katanya selepas mengumumkan nama MPV di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Syed Zainal Abidin, Exora bukan sahaja memberikan lebih ruang dengan tujuh tempat duduk dan tawaran harga yang kompetitif, malah mementingkan ciri keselamatan.

Produksi awal sudah pun bermula dan akan melaksanakan pengeluaran sepenuhnya bermula bulan depan sehingga pelancaran pada April ini.

Sebanyak RM450 juta dilaburkan untuk membangunkan MPV di mana jumlah itu turut membabitkan pelan pembaharuan di Shah Alam antara RM60 sehingga RM70 juta.

“Tumpuan akan diberikan kepada pasaran domestik terlebih dahulu sebelum merancang untuk menembusi pasaran Thailand dan Indonesia menjelang Julai,” katanya.

Nama Exora diberikan oleh Norsholihan Abd Eanich, 29 dari Changlun, Kedah yang merupakan salah seorang peserta pertandingan menamakan MPV Proton pertama yang diadakan pada September lalu.

Pemilihan nama dengan tema ‘Keriangan Keluarga’ melayakkan beliau sebagai pemenang utama yang menerima hadiah berupa MPV Proton baru.

Proton turut mengumumkan dua pemenang kedua, Rashidi Tokiman, 31 dari Kluang, Johor dan Ros Hamidi, 25 dari Cheras, masing-masing menerima hadiah lawatan ke United Kingdom bernilai RM15,000.

Dalam pada itu, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Salleh berkata, berdasarkan perkembangan hari ini, industri kenderaan merupakan industri global.

“Kita tidak boleh terlalu nasional dari segi luaran kerana pasaran domestik terlalu kecil dan kami mahu melepasi jangkauan itu,” katanya ketika mengenai relevan nama Exora yang tidak bercirikan tempatan berbanding kenderaan keluaran Proton sebelum ini.

Beliau berkata, kemunculan MPV seiring dengan trend dalam kalangan keluarga Malaysia yang memerlukan kenderaan kedua bagi menampung bilangan ahli yang ramai.

“Terdapat keperluan untuk MPV, namun jumlahnya masih bergantung kepada harga dan permintaan,” katanya.

Mengingati kisah sekolah

KALAU Hangpa LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Kickers, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban & jgn lupa Ksatria Baja Hitam...Huhuhuhu

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???



TQ & Regards,

Siti Halizah Jalie
East Malaysia Trade Services Centre
Kota kinabalu, Sabah

Bayi di laci milik pembantu rumah pegawai polis

SAPA BAPA BAYI NI????

KANGAR: Bayi perempuan yang ditemui dalam laci almari di rumah pengawai kanan polis di Taman Fauziah di sini kelmarin adalah anak pembantu rumah pegawai wanita berkenaan.

Pegawai kanan polis itu yang enggan namanya disiarkan, berkata pembantu rumah rakyat Indonesia terbabit telah mengaku bayi berkenaan adalah miliknya.

Walaupun sebelum ini menafikan berkali-kali, pembantu rumah berusia 22 tahun itu akhirnya mengakui bayi berkenaan adalah anaknya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), kata pegawai kanan polis itu.

Kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin, pegawai kanan polis berusia dalam lingkungan 30an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis itu menemui seorang bayi perempuan di dalam laci almari yang digunakan oleh pembantu rumahnya.

Ketika menyoal pembantu rumahnya itu, pegawai berkenaan diberitahu bayi itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran rumahnya pada kira-kira pukul 6 pagi Jumaat lepas dan pembantu rumahnya membawa bayi itu pulang untuk dijaga.

Beliau berkata, pembantu rumah itu sudah bekerja di rumahnya lebih dua tahun lepas dan beliau tidak pernah melihat sebarang kelainan pada pembantu rumahnya yang mempunyai bentuk badan yang agak kecil itu.


"Dia dikatakan mengandung berikutan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang juga rakyat Indonesia," katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata ia masih dalam siasatan.

Yusof berkata, pihaknya akan mengambil keterangan lanjut daripada pembantu rumah berkenaan apabila kesihatannya mengizinkan dan polis juga akan memanggil majikan wanita rakyat Indonesia itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.BERNAMA

MaS + Na +ZiE+RuL+HiE +zAm



Minggu lepas, setelah berbillion saat dok janji pemohong dengan aku , berbulan dok set time nak jumpa aku,, last2 pada 30 Jan 2009 pukui 6.45 ptg Jumaat yg syahdu mahdu berlakulah pelukan aku dengan Si FIDO-DiDo Mas+na nie. Punya la lama tak jumpa dia.. last sekali masa ambik SPM tahun 91 dulu.
dari kedai mamak di Pusat bandaraya PJ sampai pi semayang maghrib kat Surau mamak kat seksyen 1 PJ tu past tu sambung balik borak kat kaki 5 kedai mamak, jenoh berbuih mulut aku rabung bersembang..

Dah Keraih dah budak lembik niee.. ManCho lagiii.. tapi aku tetap lebih Perut dari dia.. haaaaa

Dia ada degree UITM, aku lagi ganaih dari dia, lepasan UDM (tapi kat depan U tu ada huruf T.) heeeeeee... La nie dia jadi Engineer kat MIMOS Berhad.

Gambaq kat ataih tu masa dia dok promote side income dia. Business man jugak mamat sekoq nie. Ek la hang nooo.. Dok sebelah artis.. (Ek Eleh Ingat aku heran)

Lain kali la aku sambung ngutuk hang lagi.. Kita Jumpa kat PRK 2 Bukit nanti ( Gantang& Selambau) .... Muassalamah.

YB BUKIT GANTANG KEMBALI KE RAHMATULLAH


ALFATIHAH

IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.


Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

UCAPAN YB Hj Roslan Shahrom mewakili Pesuruhjaya PAS Perak SEMPENA JAMBORI AMAL KEBANGSAAN DI KUALA KANGSAR




Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Open University Malaysia.

-- BERNAMA

Taqwa, Ujian Dan Perjuangan

Bismillah...

Perjalanan hidup memang tidak akan reda dari dugaan dan cabaran. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ; "Adakah manusia menyangka bahawa cukup sekadar mereka menyatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

ujian datang dari pelbagai sudut dan ruang. Bagi umat Islam yang bergelar mukmin, seharusnya setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi di dalam kehidupan seharian dijadikan sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan yang menciptakan. Keimanan bukan hanya dengan kata-kata dan luahan. Keimanan itu perlu diuji dan dibuktikan dengan pelaksanaan. Oleh kerana kehidupan insan itu punya matlamat dan tujuan, ianya tidak dapat lari dari kepayahan dan ancaman.

Untuk mengikuti ujian, kita perlulah bersedia dengan segala macam bekalan dan kekuatan. Bekalan yang terpenting itu adalah taqwa kepada Tuhan. Allah berfirman yang maksudnya, ; "Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa" (sila rujuk konsep taqwa). Bekalan taqwa ini perlulah mencukupi kerana sekiranya kurang maka kita akan serba kekurangan dalam mendepani ujian yang dikenakan. Mahu ikut peperiksaan di universiti pun perlu buat persidaan yang cukup. Inikan pula mahu lalui ujian yang telah Allah janjikan dengan kepayahan dan kesukaran seperti yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam FirmanNya dengan mafhumNya ; "Sekiranya (hijrah @ perjuangan) itu dekat jaraknya dan pendek perjalanannya pastinya mereka akan mengikuti Mu (wahai Muhammad). Akan tetapi ia (hijrah dan perjuangan Mu itu) jauh dan penuh kepayahan".

Orang terdahulu duiji keimanan mereka dengan penderitaan dan kepaya
han. Lihat sahaja Rasulullah SAW sebaik2 insan yang Allah ciptakan, hidupNya penuh dengan ujian dan dugaan. Ancamam dan cubaan yang dihadapi dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan tiada tandingannya sehingga tergolong dikalangan Rasul-rasul ulul Azmi yang palimg tinggi darjatnya. Kesusahan dan kepayahan yang dihadapi itu dihadapi sebagai bukti keimanan Baginda yang jitu dan teguh kepada Allah Taala. Kalau sudah namanya hidup dalam perjuangan perlu sedia menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Soalanya, adakah kita ini telah meletakkan diri kita di medan perjuangan yang sebenar??? (Medan perjuangan seperti yang di bawa Oleh Rasulullah SAW). Ya, jika belum maka kenapa mahu mengeluh jika ditimpa ujian dan kepayahan sedangkan ianya baru sedikit berbanding dengan ujian para pejuang Islam. Ujian di dalam kehidupan seharian itu belum namanya ujian jika kita tidak meletakkan diri kita di dalam perjuangan yang dibawa Baginda. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan. Moga kita tergolong di kalangan mata rantai-mata rantai yang menjadi penerus perjuangan Baginda walau di mana posisi kita berada. Islam dijunjung walau di mana bumi dipijak insyaallah.

Wallahu'aalam

Ubah suai ekstrem

GEGARAN dan bahang pertunjukan Xtreme International Autoshow yang berlangsung baru-baru ini masih membahang walaupun sudah berlalu.

Kehadiran peminat kenderaan modifikasi tanpa mengira usia dan bangsa berjaya memeriahkan majlis yang pertama kali diadakan di negara ini.
Program yang dirasmikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bukan saja mendapat sambutan daripada peminat tempatan, malah turut menarik penyertaan dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Perjumpaan gergasi terbabit juga turut memberi lembaran dan sejarah baru kepada dunia sukan permotoran tanah air apabila hampir 200 kereta yang sudah diubah suai secara ekstrem menyahut cabaran menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu.

Kehangatan pertandingan memuncak apabila sebuah kereta yang diubah suai sehingga memiliki enam roda dinobatkan sebagai pemenang 'King of the Street' dengan keunikannya tersendiri.

baca lagi disini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20090203094959/Article/indexv_html

INFO Yang hangpa tak berapa tau pasai menatang

Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di
Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.
*************************************************************
Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand
yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.
*************************************************************
Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia
mati kelaparan.
*************************************************************
Deria rasa rama-rama di kakinya.
*************************************************************
Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya
*************************************************************
Tapak Sulaiman tak ada otak
*************************************************************
95 % dari badan obor-obor adalah air.
*************************************************************
Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.
*************************************************************
Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.
*************************************************************
Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.
*************************************************************
Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta
bahagian air.
*************************************************************
Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.
************************************************************
Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.
************************************************************
Lintah ada empat hidung
************************************************************
Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna
biru.
************************************************************
Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi
tak boleh terbang.
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes