Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Tiga Regu M'sia Ke Separuh Akhir Sepak Takraw Dunia

KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Bernama)-- Tiga pasukan dari Malaysia layak ke peringkat separuh akhir acara antara regu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Malaysia edisi ketiga di Stadium Negeri di sini Khamis.

Tiga pasukan itu ialah Malaysia A, Malaysia B dan Malaysia E. Pasukan negara jiran, Thailand turut layak ke peringkat tersebut.

Dalam saingan suku akhir hari ini, pasukan Malaysia B dan pasukan Thailand, tidak perlu mengerah kudrat kerana masing-masing adalah juara kumpulan dan mendapat "bye".

Dalam perlawanan suku akhir, pasukan Malaysia A menang 2-0 ke atas pasukan Indonesia.

Pasukan Malaysia A diwakili Muhammad Syazwan, Noor Shahrudin Mat Ghani dan Mohd Shafiq Abdul Rahman mudah menewaskan regu Indonesia Abrian, Wisnu Dwi dan Suko Hartono 21-12, 21-10.

Pasukan Malaysia E pula menang 2-0 ke atas pasukan Vietnam dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Malaysia E diwakili Ahmad Sufi Mohamad Hashim, Mohd Shairullah Mohd Nor dan Farhan Adam menumpaskan gandingan Tran Quang Khai, Duong Hoai Tam dan Liew Thanh Nam 21-1, 21-17.

Dalam pertandingan separuh akhir esok, Malaysia B akan berjumpa Malaysia A sementara Malaysia E pula bertemu regu Thailand.

Dalam pertandingan separuh akhir antara regu wanita pula, Thailand akan berentap dengan Indonesia manakala China menentang Vietnam.

Satu lagi pertandingan separuh akhir yang akan diadakan ialah antara regu divisyen dua menyaksikan Malaysia C akan menentang Brunei dan Malaysia D bertemu India.

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes