Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

SELAMATKAH MALAYSIA????


TRAGEDI RAGUT




JOHOR BAHRU 5 Mei – Jenayah ragut kini semakin kejam dan tidak mengenal mangsa!

Sikap penjenayah ragut yang tidak berperikemanusiaan ini mengakibatkan seorang wanita yang sedang hamil dua bulan maut selepas koma dua hari akibat diragut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, mangsa, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia 7.35 pagi ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas koma selama dua hari akibat diragut.

Mangsa ketika itu menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mekar, Ayer Hitam dari tapak pasar malam berhampiran dengan kediamannya.

Suami mangsa, Razali Ahmad, 41, berkata, isterinya dipercayai terjatuh dan koma selepas diragut oleh dua lelaki yang turut menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, Jamilah dipercayai melilitkan tali beg tangannya di cermin sisi sebelah kanan motosikal yang ditunggangnya.

“Saya dah berpesan beberapa kali kepada isteri supaya tidak berbuat demikian, namun dia tetap mengulangi perbuatannya yang suka melilit tali beg pada cermin sisi.

“Saya reda dengan pemergiannya walaupun ia pedih untuk saya terima. Tidak sempat untuk saya dan anak-anak menyambut hari lahirnya yang ke-32 tahun pada 11 Mei ini,” katanya sayu ketika ditemui di Bilik Mayat HSA hari ini.


JAMILAH Selamat (gambar kiri) manakala gambar kanan, suami mangsa, Razali Ahmad, 41, dan dua anak mereka, Nor Asyikin Salleh, 7, dan Mohd. Khairi Ridwan Salleh, 5.

Jamilah meninggalkan dua orang anak yang berusia lima dan tujuh tahun hasil perkahwinannya.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata, kejadian ragut yang berlaku Ahad lalu merupakan kes kedua yang pernah dialami Jamilah.

Menurutnya, sebelum ini kakak iparnya itu pernah diragut di Jalan Johor, Batu Pahat, pertengahan tahun lalu.

“Dalam kejadian tersebut dia hanya mengalami luka-luka kecil sahaja,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kejadian yang menimpa Jamilah sebagai kes ragut atau sebaliknya.

Ini kerana semasa kejadian tiada saksi yang melihat wanita itu diragut sehingga jatuh dan dakwaan itu hanya berdasarkan cakap-cakap orang ramai.

“Ini kerana di kawasan itu terdapat bonggol yang memungkinkan mangsa terjatuh ketika menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, kes tersebut akan disiasat sebagai satu kemalangan jalan raya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada pihak polis.

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes