Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Tak perlu belajar tinggi untuk bijak menilai



Keluar rumah, jalan sudah sesak. Nak sampai ke sekolah anak, yang tidak sampai 2 kilometer, perlu beratur panjang. Kiri sesak, kanan pun sesak. Hah ... Kalau dulu tidak seperti ini. Jumlah kenderaan sudah banyak, kawasan perumahan baru pun dah macam, cendawan tumbuh. Keluasan jalan masih seperti zaman dulu. Siapa yang salah.

Nak ku lepaskan anak ke sekolah sendiri seperti waktu aku kecil dulu? Tak berani.

Kerana .... Pengguna lalu lintas seperti hilang akal membawa kenderaan. Muka bengis, wajah masam kerana masing masing dengan masalah yang tidak pernah selesai. Kemurungan, kemarahan akibat hidup yang tidak pernah senang. Masing masing fikir bagaimana untuk bayar itu dan ini. Masalah rumah tangga, anak, isteri dua, rumah bocor, kilang mahu tutup, gaji tidak naik, bil talipon. letrik semua tertunggak dan macam macam lagi.

Satu gerombolan berbangga pula masih tidak habis habis dengan pemerintahan yang melepasi 50 tahun. Lagi lama memerintah, lagi hebat. Tu katanya ... tapi lagi lama, bukti .. lagi ramai yang masih bodoh. Tak tau nak berubah. Mata di tutup dengan pembangunan ceracak besi, bangunan batu. Kalau tak der gerombolan, tiada semua ini?

Tapi realiti .... manusia semakin mundur, semakin hilang akal dan semakin tertekan.

Hah .. Tak perlu belajar tinggi untuk bijak menilai. Perlu berubah atau di ubah. Cukup cukup la. Negara di penghulu orang politik, pikir tengkuk sendiri, adik beradik, anak beranak. Harta tidak pernah cukup. Maka ini la jadinya.

"Phoooonnnnnnn !!!" Tersentah .. ! Orang belakang menekan hon untuk aku lajukan kenderaan. Waduh bengis nya muka.

Terpikir untuk duduk saja di kampung. Rasa keindahan dulu. Di awal pagi, kabus menyelubungi, dengan kesejukan lubang hidung dan bola roma di basahi embun. Ketenangan, anak anak berjalan kali dan menaiki basikal ...

Ahhhh ... masih ada kah lagi?

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes