Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja

Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.

Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!

Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.

Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.

Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.

Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:

"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)

"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)


posted by Roslan SMS

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia



Harakahdaily
Wed | Jan 30, 08 | 12:07:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

MAT- Hero Kg Raja Yang kian dilupakan

Atas Permintaan Ramai, hari nie aku postkan gambaq HERO KG RAJA yang semakin dipinggirkan dari arus perdana. MAT. Dulu ber "BASKAT" dari Kg Raja ke SMKJ. Pernah menjadi gandingan mantap aku dlm acara ponteng sekolah. Menjadi caddy kat Kelab cinta Sayang. Memonteng kelas ke stesen keretapi Sg Petani bersama Mat Pit. alih- alih kantoi kena hambat ngan penjaga stesen KTM pasai bengong dok hingaq dalam Surau stesen keretapi.
Banyak sungguh kenangan dgn Mat nie. Hobi utama waktu tu bermain sukan Kuda... heeee.. bersama kroni beliau YM Tunku Mohd Syafiq. maklumlah sukan berkuda nie kelas bangsawan ja boleh menceboq diri.. heeee...
kalau nak ikutkan hati banyak sangat yang aku nak coret kan perihal kenangan aku nagn Mat Hero yang kian dilupakan ni. Tapi kot malu la pulak kat anak2.. maka aku gantung kan dulu cerita Mat ni disini..
sapa2 yang nak pi HoSpital baru Sg Petani HSAH, jangan lupa call MAT dulu. kena buat appoiment nak jumpa dia.. org besaq dah la nie oii..( tubuh ja kecik)

HERO tahun91

Salam buat semua sahabat.. Lama sungguh aku tak dak can nak buat post dlm blog nie. lagi pun ada mod baru yang dok koi aktif dah.. heeeee... terima kasih la Die Ladkod.. Walaupun Die ni senior kita satu tahun tapi dia dulu dok 5sc 1 yang semua penghuni kelas tu Cina .. So terpaksalah dia joint group 2 kita... lagi pun Die nie berbadan haluih ja... tak makan tua.. takat tua bulan ja x dak sapa tau pun die nie tua dari kita.... heeee

Hari nie aku letak gambaq sorang HERO HENSEM dari kelas aku.. hangpa usya lama2 sikit gambaq nie.. Ada rupa2 Brad pit dak.... Memba kita nie memamng suku sakat Brad Pit nie.. Sedara tiri penakan pupu belah ipaq punya mentua punya adik angkat punya Biras.. hang pa kaitkan lah sendiri betapa kuatnya hubungan kekeluargaan memba kita nie dgn WORIH dia tu.. heee..

Aku selalu jumpa dia nie.. dah kawin anak 1 lelaki. Bini org kota sarang semut. La nie depa dok sungai layaq. Taman apa aku tak ingat tapi kalau nak suruh tunjuk umah, gerak tengah malam pun aku tau cari...

Soalannya:- SAPA TAU NAMA PENUH HERO KITA NIEEEEE?????

selalu depa dok panggil gelaq dia saja.. Che Own akan bagi hadiah kaboi 2 ekoq kepada pemenang kuiz nieee.. Sila emailkan jawapan anda kepada eternity_resources@yahoo.com.my

Sekadar renungan, peringatan & amalan bersama ...

Alangkah peliknya kita......

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar biladi bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid,tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa taksabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.
Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.
Pelik ya,kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?Tepuk dada ...... tanyalah hati dan iman.Renungkanlah...........

Rasa2 mmg kena dgn che own nie

'telah kuketuk pintu hatimu lalu kuhulurkan salam, kau menyambut salamku menjemputku masuk,

malangnya pintu hatimu terkunci dan kau sendiri tidak tahu di mana kau tinggalkan kunci itu,

lalu untuk memasuki hatimu aku terpaksa mencari kunci hatimu dahulu, dan setelah kujumpa boleh la kuhilangkan supaya ia tidak akan terkunci lagi'.....

klu dah jumpa kunci tu......pas buka pintu.....tauk kunci tu jauh-jauh na.....klu bole baling ke dalam laut......

Sayangilah Tahi Teling Anda....

Sayangilah tahi telinga anda.....

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.

Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

"Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.

Renungan Pg Jumaat.....

Hidup - 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Baca sat...surat org kampung chedet....

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayangboyfriendnya yg bermata biru.Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskanperhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...


************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Mike....I WANT TO CUT CONNECTION US.I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know his result I pick is very correct, because you love she very high from me.So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk..Tijah

Alasan Bila Tertidur Di Pejabat

9 alasan tak leh pakai, tapi yang last sekali tu munasabah sikit...hahahah
dah cuba dah...

Alasan Bila Tertidur Di Pejabat

Bila anda tertangkap oleh bos apabila sedang tidur di pejabat, jangan
risau ikut jer alasan-alasan bernas seperti di bawah ni..

1. "Jururawat di klinik tadi cakap,perkara mcamni selalu berlaku apabila
seseorang itu mendermakan darahnya."

2. "Tadi tu salah satu cara istirehat yang effektif seperti yang di ajar
dalam Kursus Pengurusan yang saya hadiri atas arahan BOS"

3. "Saya tak tidur la Bos,tadi tu saya cuma bermeditasi untuk mencari
penyelesaian tentang masalah yang dihadapi sayrikat ni"

4. "Alamak, kesan ubat batuk saya minum malam tadi tak hilang lagi"

5. "Kopi kat pantri room dah habisla Bos."

6. "Keje sapa nih masukkan ubat tidur dalam teh aku?"(dengan nada marah
ke arah rakan sepejabat)

7."Saya tak tidur tapi sedang menjalani latihan yoga untuk menghilangkan
stress"

8. "Saya tadi cuma sedang mengeluarkan contact lens tanpa menggunakan
tangan."

9. "Orang yang gila kerja macam saya mempunyai jam biologis yang unik
dan berbeza dangan orang lain."

10. "Maklumla pengantin baru.."(tersipu malu)

KONDOM

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya." Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."

Pengakuan Remaja Murtad

ANDAI KU TAHU

TERASA MUDA HARI NIE

Tengok tajuk posting nie, ,, PELIK gak. Awat nak nikah lain ka mamat sekoq nie?

Aku sebenaqnya terasa sangat KEMUDA-MUDAAN hari nie pasai berjaya menjejaki segerombolan pengganazzzzz XSMKJ yang baru ditemui. Setelah bersusah payah ,, menyeberang titi serong , meranduk ayaq jeram tupah , merangkak titi hayun, memanjat kota kola muda, menawan puncak kg tembak kola ketil, mencabut onak duri sampai ke SIONg...

akhir nya aku berjaya dapat no tipon memba kelas 4sc2 & 5Sc 2 dulu... Mariah Yahya.. yang lebih di glamerkan dengan panggilan MAYAH..Tu pun pasai aku tipon jiran sebelah rumah dia yg pernah gherja ngan aku dlm TUDM dulu.. " Terima kasih Rizal " . MAYAH la nie dah jadi pengetua makmal kat SM Pinang Tunggal.. Berbuih sakan la aku menghabihkan kredit dengan Mayah niieee.. .. tak sangka dia cam lagi sora aku masa tergelak ... dari sini la terjangkit 2&3 no phone lagiii..

Orang berikutnya yang berjaya aku terjah.... YUSMAHIZA YUSUF budak kelas aku .. Yuih nie dulu kuruih piang.. tak tau la lanie kot dah kembang kena uli ngan mauripan ka? heeee... tak dan aku nak ulas dlm crop gambaq kelas aku tu lagii.. Yuih dah jadi cikgu sekolah menengah lagii.. kat Tualang pokok sena Kedah.. dasat la cikgu yuihh nie....

Lepaih tu aku berakit pula pi Seberang Prai,,,, dapat kontek Cikgu Che Sopiah pulak. Nie pun bekas 4sc2 & 5sc2. patut la terra.. aku 4 sc3 ja.. heee... Che piah nie asai dari Kota Kola Muda. naik bas sekali ngan Syam & zaini Hj kudung ... dah kawin anak 3 dah.. daripada dia aku dapat no phone sorang lagi memba kelas aku... sapa dia?????...............................



Zack kapcai,,,, Fuyoooo pagi2 hari lagi si Zack kapcai nie kacau aku yg baru dok tarik kain kebaq.. la ni dia kerja di Bukit Mertajam. Ajen kereta NISSAn .. Dengan sora serak - serak kering yang tak brapa nak jadi mcm ELLA tu,, aku renggah sakan tergelak berkongsi cerita lama ngan si Zack yang dah tak pakai kapcai dah... ( org nissan la kata kan) nama penuh dia ZARINA ABDUL HAMID. dah kawin anak 2. lepaih smkj dia pi itm melaka.. Terra jugak no dia niee..

Lagi sorang yang berjaya aku kol, Nuraida budak 4sc2 & 5Sc2 dulu.. Tapi dia tak kenai kau. Dalam pada tak kenai tu pun habih dekat 10 minit jugak berborak.. naya ja kredit phone aku tu sembang ngan orang yang tak kenai aku... Tapi tak pa janji aku kenai Dia.. dah kawin anak 2 kot.. dok kat aman jaya sg lalang Sg petani.

semua no phone depa ada kat bawah nie. Kalau kenai & banyak kredit KOL la depa....

Tak sabaq rasanya nak jumpa balik geng2 lama kita nie.. Ya lah umuq dah makin meningkat nie,, kalau jumpa memba2 lama balik boleh kurangkan sikit jumlah umuq tu seketika.. heee...

harap hangpa semua dapat arrangekan la bila - bila masa yg sesuai utk kita buat Reunion dalam tahun nie.. bab duit hang pa jangan Ghisau... CHE OWN si tokey Cyber cafe boleh bagi penyelesaian.. heeeeeeeeeeeeeee...

Muharram 1429

Dah nak masuk thn baru nieh.. bulan yg 1st skali tentulah bulan Muharam.. dalam satu hadis Rasulullah S.A.W.. pernah bersabda yg bulan Muharam nieh lebey utama drpd bulan lain selain bulan Ramadhan.
DaLam bulan Muharam nieh ada Hari Asyura yg org dok buat bubur asyura tu la.. sedap kan.. ?? nyam nyam.. tau makan ja.. makan la dah org buat.. ehehe... Hari asyura jugak org posa.. yg beshnya tu posa dlm hari tue dpt menebus dosa-dosa yang lalu..

Kalau tak silap aku , sblom posa Ramadhan difardhukan(diwajibkan), posa asyura nieh hukumnya wajib. Lepas tu dah posa ramadhan difardhukan, hukum posa nieh jadik SUNAT. Kalau dah sunat tu, kalau buat dpt pahala, kalau tak buat tak dosa tapi rugila.. walaupun tak bedosa tapi kenala ingat kita dok tambah dosa setiap hari..

kalau yg dok mintak ampun setiap hari tu takpala InsyaAllah Tuhan akan ampunkan.. yg tak mintak ampun tu, haa bertimbun2 la dosa dlm bank amanah saham dosa.. hikhikhik

..... Sekadar peringatan untuk diri aku


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Berikut adalah Doa Akhir Tahun



klik kat gambaq untuk paparan lebih besaq

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Berikut adalah Doa Awal Tahun




klik kat gambaq untuk paparan lebih besaq

Rahsia Bersin & Menguap

Rasulullah bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( إن الله يحب العطاس ويكره التثاؤب، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع، فإذا قال: ها، ضحك منه الشيطان )) صحيح البخاري في الأدب 6223

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta'alaa anhu, Rasulullah bersabda, "Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu.
Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi…..Aaagh, maka syaitan pun tertawa karenanya".


Shahih Bukhari, 6223.Imam Ibn Hajar berkata, "Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

Ini berbeda dengan orang yang menguap.

Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077) Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

Rasulullah bersabda:

(( إذا عطس أحدكم فليقل الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه: يرحمك الله، فإذا قال له يرحمك الله فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم )) صحيح البخاري في الأدب: 6224

Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dan para dokter di zaman sekarang mengatakan, "Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh. Dan hal ini terjadi ketika kita sedang kantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menyaring udara seperti hidung.

Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.
Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan "menguap" ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba' (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.

Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.

Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap (Lihat Al-Haqa'iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155) .

Wassalam.

Dengaq Hadith hari ni



Daripada Mujibah Al Bihiliah Dia ambik hadith ini dari bapa dia ,Al Bahili.
Bapanya pi jumpa nabi, setahun kemudian dia pergi lagi jumpa nabi, tapi keadaannya dah berubah,Nabi tak kenai dia dah,
Nabi tanya: "siapa hang? "
Katanya "aku AlBahili last sekali jumpa tahun lepas"
nabi tanya" apa benda yang menyebabkan hg berubah nie? tahun lepas nampak elok"
"Ya Rasullullah! last skali jumpa tahun lepas, hik-hik tu aku posa setiap hari"
nabi kata:"Hang ni siksa diri sendiri, Posa di bulan Sabaq saja (Ramadhan) . Kalu hg jenih kuat, nie ambik saghi sebulan, "
kata Al Bahili " Ya nabi tambah la sikit,sikit sangat tu (under estimate Sesungguhnya aku ada kekuatan nak buat lebih"
Kata Nabi: " ambik 2 hari sebulan"
Bahili: "sikit"
Kata nabi : "ambik 3 hari"
Bahili: "sikit"
kata nabi:"La macam nie,, kalau hg nie jenih kuat .. Posa bulan2 haram, tapi jangan penuh" Antara bulan2 haram nie adalah MUHARRAM

PENULISAN KREATIF

Yo Yo Yo Rap Soi Lek Skandal Seks 2008

Oleh No2umnO

RAP SOI LEK SKANDAL SEKS 2008


(Album terbaru kumpulan: No2umnO generation)

Yo yo yo ........ (Cakap style eminem)
Malu kan nama menteri
Malu kan MCA parti
Malu kan BN parti
Malu kan anak bini
Malu kan bangsa sendiri
Malu kan Doktor lagi
Malu kan rakyat
Malu kan Negara Malaysia
Malu kan rakan rakan

Malaysia boleh, rakyat dan menteri pun boleh

Naanannaannnnn .....

Bersahaja mengaku terlibat,
Moral tiada, kerja jahat dibuat,
Ingatkan doktor tolong bagi ubat,
Tiap tiap hari kerja, macam kerja kuat
Rupanya dia bermaksiat ... yea

Apa yang boleh rakyat bantu?
Kalau Perdana Menteri pun buat buat tak tahu.
Mungkin kerajaan sudah tiada malu
Ini lah kemajuan yang kita perlu
Modal insan ...gua cakap sama lu .... yo

Skandal seks sudah jadi hobi
Pada pemimpin dan para menteri
Tak tahu lah apa nak jadi
Tak dilarang, menteri makin menjadi jadi
Baik senator mahu pun menteri
Rakan DVD dan talipon sendiri .... yea

Naanannaannnnn .....

Pemimpin UMNO tak banyak cerita
Sokong perkara begini yang mereka suka
Kalau dilarang, mereka pula yang TERkena
Sebab kerja begini, mereka pun suka
Beb .... ini semua kerja biasa ... yo

Isteri dan anak tidak melarang
Sokong suami kononnya sayang
Ini lah budaya menteri sekarang
Masyarakat Malaysia dengar dan pandang pandang
Contohi budaya pemimpin sekarang
Semua dah suka pada benda yang terlarang ... yea

Naanannaannnnn .....

Ini bukan isu Bangsa
Baik, Melayu, India mahu pun China
Ini tentang pemimpin kita
Kerja tak banyak, lebih bersuka suka
Rakyat ingat pemimpin kerja
Rupanya di bilik dia bergurau senda
Cuma nak tanya, entah entah dibuat gila waktu kerja? .... yo

Pemuda pemudi dengar dan ingin tahu
Baik atau buruk, remaja sudah keliru
Bertanggung jawab dan amanah, itu dulu.
Kini dunia moden yang baru
Berskandal tak segan dan tidak silu
Kerana menteri yang buat dulu ..... yea

Naanannaannnnn .....

Kondom di edar diseluruh negara
Bimbang AIDS merebak ke rakyat jelata
Rakyat setuju, Menteri pun suka
Rupa rupanya dia yang guna
Berapa kotak ada dalam kereta
Kalau habis, bajet 2009 minta lagi ya ... yo

Apa nak jadi dengan negara
Ada pemimpin pun, macam ini punya rupa
Memang dah terang lagi lah nyata
Tapi rakyat nak buat macamana
Amalan demokrasi kita amalkan
Menteri begini masih dikekalkan
Kalau tanya sapa yang undi
Kalau aku....memang tak sudi .... yea

Naanannaannnnn .....

(Rentak: C#, A Major dan ikut suka kepala sendiri)
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes