Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Zolkples enggan sahut cabaran 'bertinju' daripada Shahidan

Oleh Lukman Salleh

luksal@bharian.com.my




SEKALIPUN rasa terkilan dan pedih masih belum hilang akibat kecaman hebat Datuk Seri Shahidan Kassim, ia tidak bermakna Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Zolkples Embong menyahut cabaran untuk 'bertinju' dengan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) itu.

Tanpa mahu mengeruhkan lagi keadaan, Zolkples tampil dengan penjelasan sambil mengandaikan Shahidan kemungkinan tidak disalurkan dengan maklumat yang tepat sehingga menyebabkan pergeseran kedua-dua pihak.

"Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan," kata Zolkples yang ditemui selepas sidang akhbar Kejohanan Tenis Wanita Terbuka Malaysia 2010, semalam. "Saya tidak pernah hentam KOAM apa lagi kepada Datuk Seri (Shahidan).


"Kami bekerjasama rapat di Laos (Sukan Sea XXV). Saya tidak pernah kata olahraga gagal cuma ia tak sampai sasaran. MSN sasarkan tujuh, KOAM dapat enam, itu saja dan kami tidak pernah pun menyatakannya secara umum.

"Olahraga cuma tidak capai sasaran tetapi masih menyumbang kepada pingat dan memang kami hargai sumbangan olahraga, maka, saya tidak tahu kenapa tiba-tiba beliau melenting tak tentu hala.

"Saya berpendapat mungkin Datuk Seri Shahidan diberi maklumat salah. Saya serahkan perkara itu kepadanya dan dia menyatakan kepada saya, tidak ada sebarang isu," kata Zolkples.

Shahidan difahamkan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Zolkples dalam satu sidang akhbar Sabtu lalu, hingga mengejutkan peminat sukan tanah air.

Sebaik melihat dirinya menjadi sasaran kemarahan Shahidan, Zolkples segera menghubungi Presiden KOAM itu, untuk mendapatkan penjelasan.

"Saya tanya kenapa jadi macam ini?," kata Zolkples. "Saya tidak pernah hentam (KOAM), tidak pernah kacau olahraga. Saya berasa agak pelik... saya tidak tahu sama ada dia menerima maklumat yang tepat atau tidak.

"Kenapa dengan Asum (Kesatuan Renang Amatur Malaysia)... Shahidan juga presiden, tapi tidak pernah ada masalah, berbanding dengan olahraga."

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes