Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Selepas Empat Bulan Koma

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Sedek Ali, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 Sept tahun lepas, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi Jumaat.

Allahyarham berusia 60 tahun.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata allahyarham, yang cedera parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.

Beliau berkata jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Kajang.

Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Jan 2004 dan bersara kira-kira setahun kemudian.

-- BERNAMA

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes