Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Tukang Masak Bangsa Amerika Buka Restoran Malaysia Kedua Di New York


NEW YORK, 16 Mac (Bernama) -- Dia tiba sebagai pelatih di sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk mempelajari cara-cara penyediaan makanan Malaysia di samping mendapatkan pendedahan mengenai kerencaman budaya makanan Malaysia.


Setelah tamat latihan, beliau pulang ke New York dan memulakan sendiri perniagaan restoran masakan Malaysia, yang menyajikan masakan pedas dan berempah di samping masakan Malaysia yang diubah suai sedikit mengikut citarasa pelanggan yang kian meningkat di Big Apple.

Temui Zak Pelaccio, tukang masak, pemilik restoran dan usahawan, semuanya dalam satu.

Selepas pembukaan restoran itu, yang dianggap sebagai "gerai kecil Asia Tenggara" pada akhir 2005 di daerah yang dikenali sebagai tempat pembungkusan daging di Manhattan, dengan nama "Fatty Crab" yang lebih menekankan kepada masakan Malaysia - Peleccio kini membuka sebuah lagi restoran di Broadway 77th Street, di bahagian utara Manhattan.

Dalam temubual dengan Bernama di restoran barunya itu, beliau berkata, restoran "Fatty Crab" diilhamkan daripada sebuah restoran yang mempunyai nama sama yang terletak di luar Kuala Lumpur, di mana beliau menghabiskan "banyak masa gembira pada waktu lapang semasa bekerja di Seri Melayu, sebuah restoran tradisional yang besar".

Baca Lagi di sini

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes