Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Keadilan




Dalam hidup kita..kita mahukan keadilan yang mutlak..
keadilan yang hakiki...tanpa ada unsur-unsur negatif..
Tapi keadilan pada hari ini pada semua orang adalah palsu..
dalam hidup kita sendiri kita tak pernah adil..
adil dalam erti kata sebenar..Manusia cuba menjadi adil pada orang lain..
tapi manusia lupa yang dia tak adil pada diri sendiri..

keadilan??? hahahahaha...

CHeck sikit Fakta Nie

Pengiraan Pada kadar harga semasa 30 Mac 2009 pukul 1802

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 50.42 (bersamaan dengan RM 182.02)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.61
Harga satu liter > RM 182.02 / 159 liter = RM 1.14


Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 1.14 - RM 0.30 = RM 0.84 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 1.80 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 1.80 - RM 0.84 = RM 0.96 per liter.

Kalau salah bagi tau No. Ini negara Demokrasi.

Harga Minyak..



Bulan Lepas harga minyak telah jatuh sehingga USD 43 setong...bukan setin ya!!
penunjuk aras minyak di blog ini sgt mengikut perkembangan semasa..
Harga Minyak di Malaysia masa tu RM1.80..

hari ini harga minyak dah melebihi USD 50 setong...

Syukur..minyak kat Malaysia masih RM 1.80 seliter...
Jangan Lepas pilihanraya kecil nih dia naik pulak!!

Suami Setuju


Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Hari Bumi Sedunia!



28hb Mac 2009,
Bumi di Malaysia akan bergelap selama sejam mulai pukul 8.30 hingga 9.30 malam.
Support the earth!!

Ada org komen di facebook,

"bila dah tutup lampu dalam sejam tu..kita nak buat apa eh??"
Aku jawab " aktiviti berumahtangga la"
"kalau org bujang?"

Lu pikirla sendiri!!!
Jangan pakai lilin..ok?!

Senyum..



bila susah..
lebarkan sikit senyummu
bila duka..
senyumlah agar jadi suka
bila senang..
senyumlah semahunya
bila gembira..
teruskan dengan senyummu itu
senyum itu sedekah..
sedekah yang tak pernah menuntut nilai ringgit
moga senyummu makin indah..

Tukang Masak Bangsa Amerika Buka Restoran Malaysia Kedua Di New York


NEW YORK, 16 Mac (Bernama) -- Dia tiba sebagai pelatih di sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk mempelajari cara-cara penyediaan makanan Malaysia di samping mendapatkan pendedahan mengenai kerencaman budaya makanan Malaysia.


Setelah tamat latihan, beliau pulang ke New York dan memulakan sendiri perniagaan restoran masakan Malaysia, yang menyajikan masakan pedas dan berempah di samping masakan Malaysia yang diubah suai sedikit mengikut citarasa pelanggan yang kian meningkat di Big Apple.

Temui Zak Pelaccio, tukang masak, pemilik restoran dan usahawan, semuanya dalam satu.

Selepas pembukaan restoran itu, yang dianggap sebagai "gerai kecil Asia Tenggara" pada akhir 2005 di daerah yang dikenali sebagai tempat pembungkusan daging di Manhattan, dengan nama "Fatty Crab" yang lebih menekankan kepada masakan Malaysia - Peleccio kini membuka sebuah lagi restoran di Broadway 77th Street, di bahagian utara Manhattan.

Dalam temubual dengan Bernama di restoran barunya itu, beliau berkata, restoran "Fatty Crab" diilhamkan daripada sebuah restoran yang mempunyai nama sama yang terletak di luar Kuala Lumpur, di mana beliau menghabiskan "banyak masa gembira pada waktu lapang semasa bekerja di Seri Melayu, sebuah restoran tradisional yang besar".

Baca Lagi di sini

sEdaPNYA.... rugi oi hang pa tak rasa

sebelum hangpa baca lebih panjang artikle pendek nie.. awai2 lagi aku peringatkan aku......
INI bukan Soal Politik.

Hari Sabtu 7 mac 2009, aku escot kengkawan aku 2 biji van dari Pengkalan Chepa, depa sampai awai pagi, aku bawak pi berehat & mandi manda kat port aku . kul 12tghri aku bawak depa pi masjid negara . Ikut jalan belakang. masuk kot Tugu negara, belambak trak FRU. bertimbon trak water canon. Puih cuak siol..

. aku tinggai depa tu kat Masjid negara pasai aku kena ikut group SOGO. sahabat aku yg lain kena escort satu group lagi di Centre Market.



KL pada tengahari tu dah betoi- betoi jadi bandaraya POLIS . mana-mana pi semua polis berlungguk..






Lepas Sembahyang Lahoq +- pukui 1.50 group aku dari SOGO dlm anggaran 500org belaghak pi Masjid Negara. Ramai lagi peserta himpunan yg tak dan join trip nie.. elok sampai ja depan Collesium Hujan turun, koi pelan ghamai lagi penonton mai join group nie.. dah dekat 1000org dah aku agak.. sampai Dataran Merdeka... lagi satu negara POLIS yg terpaksa ditempoh.. Ghamainya depa, siap dengan suit Ninja turtle.
Lebih kurang pukoi 2.10 kami sampai di Masjid Negara. bergabung pulak dgn group di sini.. MasyaAllah punya la ghamai orhang kat sini lebih 30 ribu rasanya.

Pak Samad Said mengapalai perarakan menyerah memorendum bantahan PPSMI kepada DYMM Yang Dipertuan Agung di IStana NEGARA. aku yang gemuk gedempoi ni dah 70-80 kali seminit mencungap akhirnya mengambil port jaga jalan kat atas jambatan KTM menuju Menara Tun Sambatahan. Masa nie group tambahan dari SOGO sampai dianggar lebih 5000 orang.. Ketika Gerombolan awai yg diketuai Pak Samad dah sampai di IStana Negara group dari Centre Market masih terlekat di jambatan KTM. Punya la ghamai manusia , aku rasa cecah 90,000- 100,000 orang. keadaan jadi kelam kabut bila group di Istana negara dihidangkan dengan BOM ASAp pemedih mata. group sana lari menghala ke Masjid negara semula tapi bertembung pulak dgn group dari atas jejambat KTM menghala kesana. Masa tu FRU kepala merah dah bunyi loceng... teruih siram org ghamai dengan ayaq asid kuning. Gatai oii..
abih biru- haru buatnya, dalam suasana kelam kabut tu ghamai jugak org 2 tua yg jatuh rebah, tak tahan dengan penangan bom pemedih mata. Jenih apa mana tah trip nie depa pakai. tapi yg pasti lebih kuat dari puluhan demonstrasi lain yg sempat aku pi...
sampai polis trafik dan polis biasa hat dok jaga jalan pon lari mai ambik garam kasaq kat peserta demo untuk mengurangkan keperitan penangan Bom asap nie..."GILA!!!!Polis Yahudi pon tak pernah tembak orang2 yahudi mcm ni" kata Pak long sebelah aku mai dari Jerlun kedah. Pukui 3 ptg kami dapat arahan suruh berkumpoi semula di masjid negara. On the way nak pi pulak ke sana tu, berpuluh das lagi Bom asap depa pelepas.. Mak oiii pedihnya.. habih kering ayaq pancut tepi- tepi jalan tu di ceduk org untuk membasuh muka. makin dibasuh makin pedih. tapi tak lama sangat dalam 10 minit ja pedih tu akan hilang. tapi ayaq resdung abih melenja la keluaq...

Group yg dah sampai di perkarangan masjid pon tak terlepas dibagi hadiah BOM nie.. sampai kedalam masjid negara pon FRU tembak masuk Gas....

Bukan senang rupanya nak pejuangkan pelajaran Matematik ngan Sains nie untuk lebih mencerdikkan anak cucu aku dan anak cucu hangpa rupanya.

Tapi sekurang2nya aku dah ada jawapan bila nak cucu aku tanya apa aku buat untuk depa..
sakit , Pedih , Perit .. Sat ja.... GLORY tu dikenang lama


Sungai Petani dan Pasaraya Besar

Aku ingat lagi masa kecik kecik dulu, duduk di kampung.
beli barang barang harian dekat kedai cina yang ada di kampung dan siap boleh tulis dalam buku "3 Lima" lagi. Itu kira kad kredit paling canggih waktu tu.

Kalau nak rasa hebat sikit, kita boleh naik bas UTC pi pekan. Masa tu, Berapa kerat sangat supermarket yang ada. supermarket yang ada hanya dua tingkat dideretan rumah kedai di pekan Sg Petani. Itu dulu..

Kini, Sg Petani dah tak macam dulu kecuali bas station dia yang masih seperti dulu tak pernah berubah. dari bakar arang mengarah ke utara pekan sg petani sebelum Amanjaya. hangpa tgk laa berapa banyak Pasaraya besar dan kedai mamak yang ada. La ni dah ada Giant, Tesco dan sewaktu dengannya. Aku balik baru baru nih dah nak buat satu lagi Pasaraya Tesco dekat Bakar Arang depan kilang Sharp Roxy.

Dulu, kedai Cina dekat kampung aku boleh cari makan dengan gembira. La ni kedai yang dulunya ramai telah pun tutup. Buku "3 Lima" dah lama pupus. Warga Sg Petani akan dilengkapi dengan satu Lagi Pasaraya Besar yang baru.

Semalam, Hari ini dan Masa Hadapan..

Semalam,

Hari yang menjadi sejarah. Sejarah suka, duka, pedih dan ketawa. Masa yang tidak dapat diulangi walaupun kita memaksa diri untuk kembali kepadanya kerana yang semalam dan kelmarin telah pergi, jauh meninggalkan kita. kita hanya dapat mengenang, mengingat kembali dan belajar apa yang ada pada semalam. kita hanya mampu laksanakan apa jua perancangan yang telah kita buat pada hari semalam untuk hari ini dan masa hadapan.

Hari ini,

Waktu yang kita sedang tempuh, masa dan juga detik yang sedang kita lalui. Terlepas sesaat atau seminit tetap akan terus menjadi sejarah dan terus menjadi semalam, kelmarin dan masa lalu. Pada hari ini kita mesti katakan pada diri kita yang kita mesti jadi yang lebih baik dari semalam, kemalrin dan masa lalu. Kita tidak boleh leka dan terus biarkan hari ini berlalu tanpa kita melakukan sesuatu yang penting untuk masa hadapan kita. Hari ini adalah hari untuk kita terus merancang apa yang akan kita lakukan atau apa yang akan kita jadi pada masa hadapan. Ada proverb mengatakan "jika anda gagal merancang bererti anda merancang untuk gagal" (If you fail to plan, you plan to fail). Jadi hari ini adalah hari untuk kita terus merancang masa hadapan kita.

Masa Hadapan,

Waktu dan masa yang tetap akan tiba dan belum tentu sempat untuk kita lalui. Apa yang kita rancang pada hari ini dan semalam akan terjadi atau belum tentu terjadi pada masa hadapan. Tetapi masa hadapan adalah waktu dan ketikanya untuk kita mencorak, mencongak apa yang telah kita cuba rancangkan. Jika kita gagal merancang ia tetap akan terus berlalu dengan sia-sia. Adakah kita akan terus berjaya? Adakah kita akan terus gagal? Adakah kita akan terus seperti mana kita sekarang? atau Adakah kita kan terus biarkan masa hadapan itu tiba tanpa kita berbuat apa-apa untuk bangsa kita, untuk anak cucu kita dan untuk kemajuan manusia semesta. Semuanya terletak ditangan kita dan atas apa yang telah kita rancangkan dari semalam dan hari ini.

Semalam, Hari Ini dan Masa Hadapan,

Kita manusia tetap tak akan lari dari masa, Segalanya bergantung kepada usaha kita, Qada dan Qadar dari yang maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha menentukan. Tetapkan doa kita, tawakal kita kepada yang Maha Berkuasa. Semalam, hari ini, esok dan masa hadapan kita segalanya bermula dari kita. Manafaatkan setiap masa yang kita ada dengan merancang sesuatu yang baik supaya menjadi bekalan pada diri kita pada masa hadapan.

Today is the greatest!! Moga Hari ini lebih baik dari semalam!!

News: 2nd side

Nak bagi hang Pa Tengok sikit




Nie , gambaq anak- anak aku sedang berposing maut kat tempat larangan. Dalam kem Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) Kluang Johor. Hangpa jangan dok down load & pass kat media pulakkk .. kang tak pasai- pasai anak2 aku glamour pulakkk.... Heeee

Background tu gambaq helikopter AGUSTA A109LOH. Pasai Heli nie lah yg menumpahkan ayaq liuq basi aku ke Sesto Calende Milan Italy tahun 2005. So nak recall memori aku bawak la anak bini aku pi tengok balik kapai ni di Kluang Johor pasai company yg aku kerja utk service heli nie dulu dah bungkuih..,, dek gara2 political business .. heeee.. syh shyy jgn cakap kuat2 musim pemilihan jawatan ...!!!!

Masa itu emas..Emas yang tidak boleh dijual beli..

tik tok tik tok!! 
itu jam dinding lama berbunyi..jam la nih dah tak bunyi cam tu dah..hampir takberbunyi..teknologi penyukat masa ni pun dah ada macam macam ..ada kinetik ada otomatik dan segalanya..jenama jam pun dah banyak dari jenama yang chokia-chokia (bukan nokia yaa kawan kawan..asal nama nokia handphone hangpa tu pun di amik dari perkataan chokia aku rasa hahaha)
sampai la ke jenama paling mahal yang kalau kita beli jam tu boleh beli rumah semi-D kat sg petani. Apa apa pun benda penyukat masa tu hanya nak bagitau kita masa sahaja.

tik tok tik tok!!
masa terus berputar tak pernah berhenti..jam..si penyukat masa pun ada kala nya akan terhenti jugak..bila tiba 'time' dia.
dengan masa yang terus terusan berjalan..kita sebenarnya sudah makin dewasa makin meniti hari tua..macam chedet..makin tua..anak dah lima mungkin akan bertambah lagi bila tiba masanya.
itu baru dari bini pertama..ada kosong lagi tiga chedet..hahaha
masa jugak laa yang memisahkan kawan kawan yg dulu sekelas..sama belajar sama ketawa..

tik tok tik tok!!
masa tak pernah mencemburui manusia..para pidato selalu salahkan masa..konon masa cemburu kat depa padahal depa yang tak pandai manafaat masa..
masa akan sentiasa berlalu..Manusia selalu berangan "andainya dapat ku undurkan masa" aku akan jadi yang terbaik atau tak akan melakukan kesalahan masa lalu
itulah fitrah manusia tak pernah nak menghargai masa yang telah mereka lalui..
tapi setiap yang terjadi kepada kita adalah pengajarandan pedoman utk kita. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Jika kita tak melakukan kesalahan maka kita tak tahu itu adalah salah. Dan kita akan terus buat salah.
Jadi, manafaatlah masa sebaiknya. Setiap peluang yang ada didepan mata, ambil dan nilai sebaiknya kerana peluang hanya datang sekali..

Demi masa! 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. 
(103:1-3)


Tik tok tik tok!!

orang selalu kata "pejam celik pejam celik cepat jer masa berlalu". macam tu jugak kita, kita hidup dengan masa, masa dan umur kita adalah berkadar terus. Setiap saat, dari saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari, hari ke bulan, bulan ke tahun,
tahun terus bertambah membentuk dekad dan abad. dahulunya kita masih mentah masih kecil dan kita terus meniti masa muda kita. Memanjat ke dewasa dan akhirnya kita akan tua dan kembali kepada Maha Pencipta.

Maka, manafaatlah setiap masa kita yang ada. Masa yang telah kita lepasi masa kita remaja akan tetap kita kenang selamanya. Kini adalah waktu kita untuk terus berusaha menjadi seseorang yang boleh kita banggakan.
Biar sekolah kita bangga, biar jadi kebanggaan negara.
demi masa depan bangsa dan anak-anak kita!!


RAHSIA 7 JARI


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". ItulahRukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apabenda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan memberi kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk, tgk gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita, perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a greatmind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan.Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

renung/fikir dalam2. Dimanaanda sekarang..?
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes