Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang    dikehendakinya. Walaubagaimanapun 
semua orang Islam akan mendapat tanda   ini cuma samada mereka sedar    atau tidak sahaja. Tanda ini akan   berlaku lazimnya selepas waktu Asar 
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut   sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan   mengigil. Contohnya seperti daging 
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan   teliti kita akan mendapati daging   tersebut seakan-akan bergetar.    Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka   yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda   mati maka getaran ini akan    berhenti dan hilang setelah kita sedar   akan kehadiran tanda ini.   Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal    kematian, tanda ini akan 
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.   Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda    ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang 
ada untuk mempersiapkan diri   dengan amalan dan urusan yang akan    dibawa atau ditinggalkan sesudah   mati. 
TANDA 40 HARI 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita    akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini   daun yang tertulis nama kita 
akan gugur dari pokok yang letaknya di    atas Arash Allah SWT.   Maka Malaikat Maut akan mengambil daun   tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita, antaranya    ialah ia akan mula mengikuti   kita sepanjang masa. Akan terjadi   Malaikat Maut ini akan 
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan   seakan-akan bingung seketika. 
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma   seorang tetapi kuasanya untuk   mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan 
dicabutnya. 
  
TANDA 7 HARI 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit    yang tidak makan secara 
tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di   bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka 
berpuasalah kita selepas itu supaya   perut kita tidak mengandungi   banyak najis dan ini akan memudahkan    urusan orang yang akan 
memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi   orang yang sakit hidungnya akan   perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari   bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan   beransur-ansur masuk ke dalam. 
Telapak kakinya yang terlunjur akan   perlahan-lahan jatuh ke depan dan   sukar ditegakkan. 
TANDA 1 HARI 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana   kita akan merasakan satu    denyutan di sebelah belakang iaitu di   kawasan ubun-ubun di mana ini 
menandakan kita tidak akan sempat untuk    menemui waktu Asar keesokan   harinya. 
TANDA AKHIR 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan   merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun    ke pinggang dan seterusnya 
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam    diri dan menantikan kedatangan 
malaikatmaut untuk menjemput kita   kembali kepada Allah SWT yang telah   menghidupkan kita dan sekarang   akan mematikan pula. 
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah  sebijak-bijak manusia....may ALLAH SWT bless all of us... 
Saling berpesan2lah sesama kita.... WASSALAM....
SEBIJAK-BIJAK INSAN ADALAH YANG PALING BANYAK MENGINGATI MATI
Posted by
z_kapcai
on Friday, March 21, 2008

 
 
 

 

 

0 comments:
Post a Comment