Sempena musim lepas pilihanraya nie apa kata kita tengok sikit fakta enarik nie.. dan kita nilaikan sendiri  kerja buat depa dengn gaji yg depa  terima.. BERBALOI KA?
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut: 
Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan 
Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan 
Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan. 
Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan 
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan 
Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59 
Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79 
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah: 
= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79 
= RM 56,753.84 sebulan 
Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen. 
Pencen: 
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji 
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat. 
Gratuiti: 
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan) 
Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara

 
 
 

 

 

0 comments:
Post a Comment