Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
setelah sekian lama kita dok rancang,
sekian lelah dok atuq, sekian ayat dok pujuk, sekian jenoh dok pelawa,
sekian bebai dok panggil,
sekian duit dok laboq, sekian credit dok sms dan calling..
akhiaqnya pada Sabtu 3 Syawal 1434H jam 9 pagi - 1.00 tghari ,
mencatat sejarah pertama majlis reunion XSMKJ set kita berjaya diadakan dengan penuh jayanya.. Terima kasih untuk semua sahabat yang berhempas pulas menjayakan majlis, yang penuh bersejarah dan dramatik ini.
Sedikit informasi ttg belanjawan pengurusan reunion yg pertama kali diadakan ini...
1) Jumlah bayaran 10 peserta sebelum majlis : 10 peserta X rm50 = rm500
2) Jumlah bayaran 7 peserta semasa majlis : 7 peserta X rm50 = rm350
Jumlah keseluruhan:rm850
Perbelanjaan: makanan(mat pit catering) rm530 dan sewa dewan sekolah rm250
rm850-rm530-rm250=rm70.
baki akan diserahkan kepada puan bendahari khairulnisha.
3) Sumbangan duit raya dari Khairulnisha Abd Razak (titi semeling hardware)rm300 dan juga dari rakan2 semasa majlis.
Alhamdulillah, jumlah keseluruhan sumbangan duit raya utk anak2 adalah sebanyak rm10 seorang.
Semoga majlis ini diberkati dan untuk masa hadapan dpt dirancang dgn lebih tersusun.
b/p: terima kasih kepada semua yg menjayakan majlis secara langsung atau tidak langsung. juga terima kasih kepada yg menyumbangkan tenaga dan juga wang.
Jumlah kedatangan akan dipaparkan kemudian.(minta tuan shukri tlg paparkan).
wasallam
Terima Kasih En. MohdZulihsan dengan laporan .http://bpsmkj8791.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment