Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

UsTaZ TaK PeRaSaN kE???

http://ustazmuda.blogspot.com/

Salam sahabat blog...


Sekadar sketsa tengahari yang hening ni. Hari ni benar2 hening dan bening hujan mencurah2 membasahi bumi Kuala Pilah... Alhamdulillah moga hujan yang turun mencurah ini akan membersihkan bumi ini dari segala wabak penyakit yang tak pernah sudah. Amin.


Terus pada cerita... Semalam OK terpaksa ganti kelas. Ganti waktu malam antara jam 8.00 - 10.00 malam... sebaik habis kelas ada beberapa orang pelajar lelaki menghampiri OK. Apa katanya...


Ustaz... ustaz perasan tak ada sorang pelajar ustaz yang tak bertudung dan hanya memakai selendang sahaja semasa kelas Pendidikan Islam dan membuangnya semasa kelas lain. Ya saya perasan... kenapa??? ustaz tak perasan ke sedikit kelainan pada dia hari ini... Erm. Entah!!!. Tak pulak ustaz tengok... Lagipun, kali ini kelas kita malam... mata ustaz kelabu sikit. Ekekeke... Apa kelainannya???


Erm... Ala kami tengok dia benar2 bertudung seperti pelajar lain hari ini. Bukan sekadar selendang seperti kebiasaan. Oh. begitu... Ya ke??? Kalau camtu alhamdulillah. Semoga dia akan mengekalkan tudungnya sentiasa, sepertimana malam ini. Serentak pelajar2 lelaki tersebut berkata. Amin.


Sebelum berpisah... sempat OK tanyakan kepada sekumpulan pelajar lelaki tersebut. Dia budak mana??? KL ustaz...



Ya Allah semoga kehadiran aku dibumi ini akan menguatkan diriku dan mampu memberi dan menjadi contoh kepada pelajar2ku. Sesungguhnya aku mula merasa keseronokan berada di sini. Moga berkekalan. Amin.



Ya Allah...
Semoga baki sekelumit dari usia ini mampu aku nafkahkan di jalanNya. Amin.
Pada ummi...
Terima kasih atas ingatan dan doa yang berkekalan buat suamimu ini.


Sampai jumpa lagi...

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes