Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Peperangan Di Bulan Ramadhan: Kelebihan Mujahid ..



Oleh nur,
Kisah peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan sedikit sebanyak perlu kita sebutkan agar semangat jihad dapat ditiupkan dijiwa mukmin yang percayakan hari qiamat. Bulan Ramadhan bukanlah musim merehatkan badan kerana letih berpuasa dari makan dan minum, bahkan bulan ini mendidik kita agar lasak dari jihad dalam diri (rohani) dan jihad yang di luar (jasmani).

Kemenangan diri menghadapi segala bentuk bujukan nafsu akan membolehkan kita mencapai kemenangan yang lebih besar. Sekalipun kita kecil tapi bilangan yang besar bukanlah tanda kemenangan dan lambang kekuatan, sebaliknya hal yang sebegini perlu kita nilaikan dengan sebaik-baiknya.

Mari kita perhatikan beberapa peperangan yang berlaku dibulan ini, dan kejayaan muslimin terhadap musuh-musuh Islam, antaranya ialah medan pertempuran:

1] Badrul Kubra, pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah. di antara 313 mujahidin dan 1000 orang musyrikin mekah. yang dipimpin oleh Rasul SAW sendiri.

2] Pembukaan kota Makkah, pada 20 ramadan tahun 8 hijrah. Nabi SAW bersama 10 ribu mujahidin menuju ke Makkah, dengan kemenangan ini maka bertukarlah kiblat utama umat Islam itu dari pencemaran berhala serta ideologi yang sesat kepada satu kesucian tauhid yang berpaksi kepada Allah semata, bermula dari detik inilah Islam mula berkembang ke pelusuk alam.

3] Al Qadisiyyah, pada tahun 15 hijrah. antara 30 ribu mujahidin dengan 120 ribu tentera Majusi maka terhamburlah satu kata-kata yang masih diingati oleh setiap pemuda Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dari generasi ke generasi, dari seorang utusan Islam kepada kerajaan Parsi sebelum berlaku pertempuran itu, dengan katanya: "kami datang untuk mengeluarkan seluruh manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Tuhan manusia (yang sebenar= Allah SWT). Dari kezaliman agama-agama (ideologi dan manhaj yang menganiayai manusia) kepada keadilan Islam serta membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat". Allah hu Akbar!!!

4] Pembukaan Andalus Islamiyah (Spain), pada 28hb Ramadan tahun 92 hijrah. diketuai oleh panglima masyhur Tariq b Ziyad bersama 12 ribu mujahidin menghadapi seratus ribu tentera goth di bawah pimpinan Roderick, selama 8 hari mereka bertempur dan akhirnya mujahidin syahid seramai 3000 orang dan kemenangan berpihak bersama mereka. dengan jumlah 9 ribu mujahidin tersebut mereka membuka semenanjung Iberia dan mengislamkan Andalusia.

5] Az Zallaqah, pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 479 hijrah. antara mujahidin menentang 80 ribu tentera portugis yang dipimpin oleh alfonso ke 6. dan dinyatakan bahawa hampir ke semua tentera musuh berjaya dihapuskan.

6] Ain Jalut, juga pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 685 hijrah. di antara mujahidin yang diketuai oleh sultan Quthuz dan panglima perang az Zhohir Baybars dengan tentera mongol/tartar. Dengan kemenangan ini menjadikan kemaraan tartar yang dianggap ya'juj ma'juj itu dapat dihalang dari terus menghentam setiap negara Islam yang lain.

7] Hittin, pada bulan Ramadan tahun 584 hijrah. Kisah kemenangan medan ini menyebabkan pihak tentera salib tidak lagi berani untuk cuba menyerang negara Islam. mujahidin diketuai oleh Sultan Salahuddin yang berjaya melumpuhkan kekuatan tentera salib, hampir 30 ribu orang berjaya dibunuh, ribuan lagi ditawan dan hampir 3 ribu orang berjaya diislamkan.

8] Perang Arab-Israel, 10 Ramadan 1393 hijrah. Kemenangan tentera Islam dalam menentang kemaraan israel dalam merebut terusan Suez sebagai jalan utama menawan laluan perdagangan dunia.

Beginilah kemampuan mujahidin yang berpuasa di sepanjang tarikh dan sejarah Islam, demi meninggikan panji-panji jihad dan kalimatuLlah di muka bumi ini. Dan inilah bukti kekuatan dan kemenangan bagi muslimin yang beriman.

Diceritakan oleh Yahya b Soleh menceritakan fulaih mengkhabarkan Hilal b Ali dari Atho' b Yasar dari abu hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasul SAW: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa dibulan Ramadhan maka adalah hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga, berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya, maka mereka bertanya: Ya RasuluLlah! apakah kami boleh menceritakan berita gembira ini kepada orang lain?,

Lantas Baginda SAW menyambung lagi: �sesungguhnya di syurga itu 100 darjat ditinggikan kepada mujahidin fi sabiliLlah, antara dua darjat itu adalah bagaikan langit dan bumi, maka apabila Allah bertanyakan kamu, mintalah kepadaNYA syurga firdaus kerana ia adalah syurga yang pertengahan dan syurga yang tertinggi sekali, aku melihat di atasnya Arasy Allah ar-Rahman dan darinya terpancar mata air anak sungai di syurga". [Bukhari]

Berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya= hendaklah kita membantu saudara kita yang tergolong dalam kelompok minoriti di negara kuffar, di sinilah bermulanya tarbiyah jihad bagi diri kita. segala pertolongan perlu kita salurkan buat mereka, tidak kira di mana sahaja mereka berada...... inilah dunia Islam yang kompleks.

waLlah hu alam
intahal kalam

Senyumlah walau letih POSA

senyumlahQs.2 : 22al ahzab 59

Puasa : Syari'at dan Sains



Oleh:Dr. Mohd Zamrin Dimon
Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM
Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)


PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

UsTaZ TaK PeRaSaN kE???

http://ustazmuda.blogspot.com/

Salam sahabat blog...


Sekadar sketsa tengahari yang hening ni. Hari ni benar2 hening dan bening hujan mencurah2 membasahi bumi Kuala Pilah... Alhamdulillah moga hujan yang turun mencurah ini akan membersihkan bumi ini dari segala wabak penyakit yang tak pernah sudah. Amin.


Terus pada cerita... Semalam OK terpaksa ganti kelas. Ganti waktu malam antara jam 8.00 - 10.00 malam... sebaik habis kelas ada beberapa orang pelajar lelaki menghampiri OK. Apa katanya...


Ustaz... ustaz perasan tak ada sorang pelajar ustaz yang tak bertudung dan hanya memakai selendang sahaja semasa kelas Pendidikan Islam dan membuangnya semasa kelas lain. Ya saya perasan... kenapa??? ustaz tak perasan ke sedikit kelainan pada dia hari ini... Erm. Entah!!!. Tak pulak ustaz tengok... Lagipun, kali ini kelas kita malam... mata ustaz kelabu sikit. Ekekeke... Apa kelainannya???


Erm... Ala kami tengok dia benar2 bertudung seperti pelajar lain hari ini. Bukan sekadar selendang seperti kebiasaan. Oh. begitu... Ya ke??? Kalau camtu alhamdulillah. Semoga dia akan mengekalkan tudungnya sentiasa, sepertimana malam ini. Serentak pelajar2 lelaki tersebut berkata. Amin.


Sebelum berpisah... sempat OK tanyakan kepada sekumpulan pelajar lelaki tersebut. Dia budak mana??? KL ustaz...



Ya Allah semoga kehadiran aku dibumi ini akan menguatkan diriku dan mampu memberi dan menjadi contoh kepada pelajar2ku. Sesungguhnya aku mula merasa keseronokan berada di sini. Moga berkekalan. Amin.



Ya Allah...
Semoga baki sekelumit dari usia ini mampu aku nafkahkan di jalanNya. Amin.
Pada ummi...
Terima kasih atas ingatan dan doa yang berkekalan buat suamimu ini.


Sampai jumpa lagi...

Ramadan 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua umat islam di seluruh dunia. Lusa atau tulat (Jumaat , 21 Ogo 2009 atau Sabtu 22 Ogos 2009 ) , bermula la semua umat islam berpuasa . Jadi, mari lah kita bersama2 meningkatkan segala amalan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dan bermakna dari tahun2 sebelum nya , insyaAllah.


Q: What is Lailat ul-Qadr?
Lailat ul-Qadr ("Night of Power") marks the anniversary of the night on which the Prophet Muhammad first began receiving revelations from God, through the angel Gabriel. An entire chapter in the Quran deals with this night: "We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power: and what will explain to thee what the Night of Power is? The Night of Power is better than a thousand months. Therein come down the angels and the Spirit by God's permission, on every errand. Peace!...This until the rise of morn." (Chapter 97) Muslims believe Lailat ul-Qadr is one of the last odd-numbered nights of Ramadhan.

Ya Allah...ramadhan tiba lagi...

Berilah aku kekuatan utk mencapai segala nikmatMu di bulan Barakah ini...
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala dugaan dariMu...
Berilah aku keinsafan tatkala menangisi dan memuhasabah diriku di hadapanMu...

amiin...

MC

Perkara : CUTI SAKIT

Kepada : Semua Pekerja

Daripada : Pihak Pengurusan

Salinan : Semua Pembaca Memo Ini

Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan pengambilan cuti sakit.

Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itu cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau dibawa ke tahun seterusnya.

MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.

Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.

Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.

Sekian, harap maklum.

"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,

BERCUTI SAKIT DAHULU, HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"

Yang Benar

Pihak Pengurusan

Pedang Kecil

Satu cerita aku pada form 1, di sebuah sekolah menengah untuk mereka-mereka yang keputusan UPSR tak bagus, (dan aku salah seorang darinya..oh..) di sebuah kelas conner lot.

Kelihatan seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yg lantang di hadapan murid-murid yang khusuk mendengar. Guru itu membaca sepatah-sepatah perkataan dan bagaikan mendayu2 suaranya. Aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan. Aku juga diancam mengantuk ditahap maksima dan untuk mengelakkan aku jatuh tidur, aku me'lombong'..

Supian (macam nama sebenar) juga dalam posisi boring giler. Dengan tangan menongkat dagu, matanya memandang pada belakang Fatimah (bukan nama sebenar). Sesekali kelihatan air liurnya meleleh. Aku yang disebelahnya menahan ketawa bila melihat dia terkejut kambing kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja.

"Kau nak tengok 'pedang' kecil tak?" bisik aku perlahan ke telinganya.. "mana?" tanya dia, nampaknya seakan berminat.

Lalu aku meletakkan 'pedang kecil' di hujung jarinya. Dia seperti kagum dan mendekatkan 'pedang kecil' itu ke matanya. Dia menilik berkali-kali, sesekali menggetel 'pedang kecil' itu..

'Pedang kecil' itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..

"Pedang…?" dia bertanya sambil berbisik dan matanya di bulat-bulatkan sebesar2nya seraya mendekatkan lagi 'pedang kecil' itu ke matanya..

Tiba2 dia menjerit dengan kuat!!!

INI TAHI HIDUNG!!!!!!!!!!!!!!

Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah yang didepannya pun turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas pun turut terkejut!

"Supian... kenapa kamu menjerit 'tahi hidung' tadi?" Tanya cikgu.. Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takde apa2…

Aku menahan ketawa..sampai meleleh air mata dipipiku..lawak..sungguh lawak… dan si supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!

Supian, kiranya kau terbaca email ini..aku nak mintak maaf sangat2..Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf lagi…

Maafkan aku kawan

Maafkan aku wahai makhluk tuhan

(moral: bila korang gentel tahi hidung, ianya terbentuk seakan2 sebilah pedang)

perghhh lega......rasanya....fuh...bleh hilang bulu n kepala


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya

khasiat kentut....sanggup ke nk buat???

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan
laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti
sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain.
"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat. Ingatlah orang-orang yang tersayang!!

budaya merokok di kaLangan peLajar sekoLah

Mai kita cx tengok kot2 adagambaq adik beradik kita dlm gambaq di bawah:-








ingatLah, seorang penagih dadah bermuLa dengan sebatang rokok; dan kebarangkalian seorang perokok tegar untuk mengambil mengambil dadah adalah tinggi! hampir semua lelaki yang merokok mengambil "dadah" walaupun hanya sekali seumur hidup!
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes