Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

AYO YO ADA ULAR BANYAK LA...

Sebagai seorang saudagar, Husin banyak berurus dengan Bank. Macam-macam Banker Husin kenal. Satu masa dahulu, Malaysia ada banyak Bank. Sesama Banker, mereka suka beri gelaran sesama sendiri.

Antara Bank-Bank tempatan, ada Kunyit Bank untuk Kwong Yik Bank, Tiger untuk Maybank, Bumi untuk Bank Bumiputera, dan Pubi* untuk Public Bank. Dog & Cat untuk Development & Commercial Bank (D&C Bank) dan banyak pun pergaduhan antara pemegang saham. Ular Ada Banyak untuk United Asian Bank (UAB). Untung Melayu Bagi Cina untuk United Malayan Banking Corporation (UMBC).

Bank-bank asing pun ada gelarannya. Citibank dipanggil Bandaraya. Chung Kiaw Bank dipanggil Cangkul. OCBC dipanggil dengan nama teruk sekali Oh Coc* Big Cun*.

Akibat krisis kewangan, banyaklah Bank-Bank tempatan dipaksa bersatu jadi satu. Dog & Cat diambilalih dan bertukar jadi Rashid Hussein Bank (RHB). Kunyit Bank diambilalih RHB. UMBC diambilalih oleh Slime Darby jadi Sime Bank. Apabila rugi di pasaran saham, RHB dipaksa ambilalih dan disatu serta dikuasai oleh Bank Utama.

Bank of Commerce (BOC) ambilalih UAB menjadi Commerce yang besar. Apabila Bumi tak tong lagi, diambilalih oleh Commerce . Hari ini jadi CIMB Bank.

Banyak sekali ular lidi makan ular sawa. Tapi ular Cina tak mahu makan.

Pubi* berdegil tidak mahu ambilalih mana-mana Bank lain dan kekal segar. Hong Leong pun hanya satukan Bank dan Finance kerana dia kroni B.A.B.I. yang masa itu MOF. Dua-dua manyak hapi pasal susah jadi ular lidi telan ular sawa.

Ingat hilang sudah peristiwa ular lidi makan ular sawa. Rupanya masih ada apabila ECM Libra makan Avenue Asset. Air Asia pun makan business MAS.

Tak sangka sekali UAB masih kekal hidup lagi. Dia bukan lagi Bank tapi syarikat kapalterbang. Baca di Malaysiakini sini, sini dan sini. Ular Ada Banyak segar dalam Air Asia. Tapi tolong jangan panggil Tony sebagai Fatso. Nama dia Fernandez macam orang Portugis.

Wow! Rupanya jadi ular lidi lagi untung dari jual orang. Lagi selamat berniaga unta.

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes