Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Anwar Ibrahim- Kerajaan Perjudi Nyawa Parajurit Negara


" PARLIMEN, 30 OKTOBER- KETUA pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini yang memperjudikan nyawa parajurit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal.

“Penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan (Abu Seman Yusop) tadi, perolehan Eurocopter yang menjamin kepentingan keselamatan negara dan keselamatan juruterbang kita dibuat tanpa pasukan penilaian,” katanya ketika sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi.

Sebelum sidang media berkenaan, dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan bahawa tiada sebarang proses penilaiaan dan pemeriksaan bagi memastikan keselamatan juruterbang.

Anwar itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal.

“Maknanya beli berdasarkan dokumen. Lihat dokumen canggih, lengkap serta semua perkara teknikal dipenuhi…beli dengan RM1.6 bilion,” menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam sidang media berkenaan juga, Mantan Timbalan Perdana Menteri itu mahukan satu Suruhanjaya Diraja bebas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan berhubung isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 walaupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan siasatannya.

“Saya harap PAC akan buat siasatan dengan berjaya tapi bagi saya cara yang terbaik untuk menangani isu ini ialah melalui Suruhanjaya Diraja yang bebas,” katanya

Sebelum ini, Anwar telah mendedahkan satu surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services,yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes