Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2
*_KERNAMU WANITA _*

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?!!Segalanya ada...
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya hati mereka
semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan
semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
dunia.

Akalnya senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan wanita semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan dan tauladan...
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadaNya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Siti Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

Secebis Peringatan

"...Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..."



Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman
.

BIJAKSINI vs BIJAKSANA

Bijaksini....
blum tentu bijak sana..



Semoga ALLAH memberikan hidayahNya agar dia kembali ke fitrah... Dan semoga ALLAH tetapkan hati aku, anak cucu cicit aku di hari muka di atas jalanNya yang lurus..begitulah jua para sahabat disini... aminn..

Amaran : Ada unsur-unsur lucah dalam video ini.



iktibarnya agama adalah asas kehidupan yang menjadi tunjang pada sebatang tubuh yang Allah ciptakan utk kita sama2 kita berdoa semoga sufiah kembali ke pangkal jalan sama2 kita mendokong ISLAM sebagai asas yang terpenting
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes