tik tok tik tok!!
itu jam dinding lama berbunyi..jam la nih dah tak bunyi cam tu dah..hampir takberbunyi..teknologi penyukat masa ni pun dah ada macam macam ..ada kinetik ada otomatik dan segalanya..jenama jam pun dah banyak dari jenama yang chokia-chokia (bukan nokia yaa kawan kawan..asal nama nokia handphone hangpa tu pun di amik dari perkataan chokia aku rasa hahaha)
sampai la ke jenama paling mahal yang kalau kita beli jam tu boleh beli rumah semi-D kat sg petani. Apa apa pun benda penyukat masa tu hanya nak bagitau kita masa sahaja.
tik tok tik tok!!
masa terus berputar tak pernah berhenti..jam..si penyukat masa pun ada kala nya akan terhenti jugak..bila tiba 'time' dia.
dengan masa yang terus terusan berjalan..kita sebenarnya sudah makin dewasa makin meniti hari tua..macam chedet..makin tua..anak dah lima mungkin akan bertambah lagi bila tiba masanya.
itu baru dari bini pertama..ada kosong lagi tiga chedet..hahaha
masa jugak laa yang memisahkan kawan kawan yg dulu sekelas..sama belajar sama ketawa..
tik tok tik tok!!
masa tak pernah mencemburui manusia..para pidato selalu salahkan masa..konon masa cemburu kat depa padahal depa yang tak pandai manafaat masa..
masa akan sentiasa berlalu..Manusia selalu berangan "andainya dapat ku undurkan masa" aku akan jadi yang terbaik atau tak akan melakukan kesalahan masa lalu
itulah fitrah manusia tak pernah nak menghargai masa yang telah mereka lalui..
tapi setiap yang terjadi kepada kita adalah pengajarandan pedoman utk kita. Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Jika kita tak melakukan kesalahan maka kita tak tahu itu adalah salah. Dan kita akan terus buat salah.
Jadi, manafaatlah masa sebaiknya. Setiap peluang yang ada didepan mata, ambil dan nilai sebaiknya kerana peluang hanya datang sekali..
Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Tik tok tik tok!!
orang selalu kata "pejam celik pejam celik cepat jer masa berlalu". macam tu jugak kita, kita hidup dengan masa, masa dan umur kita adalah berkadar terus. Setiap saat, dari saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari, hari ke bulan, bulan ke tahun,
tahun terus bertambah membentuk dekad dan abad. dahulunya kita masih mentah masih kecil dan kita terus meniti masa muda kita. Memanjat ke dewasa dan akhirnya kita akan tua dan kembali kepada Maha Pencipta.
Maka, manafaatlah setiap masa kita yang ada. Masa yang telah kita lepasi masa kita remaja akan tetap kita kenang selamanya. Kini adalah waktu kita untuk terus berusaha menjadi seseorang yang boleh kita banggakan.
Biar sekolah kita bangga, biar jadi kebanggaan negara.
demi masa depan bangsa dan anak-anak kita!!
1 comments:
aku bukan nak cakap sangat pasal masa pun .. tapi sebab masa berlalu..dah lama aku tak balik SP..oooo rindu ooo kat SP
Post a Comment