Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Semalam, Hari ini dan Masa Hadapan..

Semalam,

Hari yang menjadi sejarah. Sejarah suka, duka, pedih dan ketawa. Masa yang tidak dapat diulangi walaupun kita memaksa diri untuk kembali kepadanya kerana yang semalam dan kelmarin telah pergi, jauh meninggalkan kita. kita hanya dapat mengenang, mengingat kembali dan belajar apa yang ada pada semalam. kita hanya mampu laksanakan apa jua perancangan yang telah kita buat pada hari semalam untuk hari ini dan masa hadapan.

Hari ini,

Waktu yang kita sedang tempuh, masa dan juga detik yang sedang kita lalui. Terlepas sesaat atau seminit tetap akan terus menjadi sejarah dan terus menjadi semalam, kelmarin dan masa lalu. Pada hari ini kita mesti katakan pada diri kita yang kita mesti jadi yang lebih baik dari semalam, kemalrin dan masa lalu. Kita tidak boleh leka dan terus biarkan hari ini berlalu tanpa kita melakukan sesuatu yang penting untuk masa hadapan kita. Hari ini adalah hari untuk kita terus merancang apa yang akan kita lakukan atau apa yang akan kita jadi pada masa hadapan. Ada proverb mengatakan "jika anda gagal merancang bererti anda merancang untuk gagal" (If you fail to plan, you plan to fail). Jadi hari ini adalah hari untuk kita terus merancang masa hadapan kita.

Masa Hadapan,

Waktu dan masa yang tetap akan tiba dan belum tentu sempat untuk kita lalui. Apa yang kita rancang pada hari ini dan semalam akan terjadi atau belum tentu terjadi pada masa hadapan. Tetapi masa hadapan adalah waktu dan ketikanya untuk kita mencorak, mencongak apa yang telah kita cuba rancangkan. Jika kita gagal merancang ia tetap akan terus berlalu dengan sia-sia. Adakah kita akan terus berjaya? Adakah kita akan terus gagal? Adakah kita akan terus seperti mana kita sekarang? atau Adakah kita kan terus biarkan masa hadapan itu tiba tanpa kita berbuat apa-apa untuk bangsa kita, untuk anak cucu kita dan untuk kemajuan manusia semesta. Semuanya terletak ditangan kita dan atas apa yang telah kita rancangkan dari semalam dan hari ini.

Semalam, Hari Ini dan Masa Hadapan,

Kita manusia tetap tak akan lari dari masa, Segalanya bergantung kepada usaha kita, Qada dan Qadar dari yang maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha menentukan. Tetapkan doa kita, tawakal kita kepada yang Maha Berkuasa. Semalam, hari ini, esok dan masa hadapan kita segalanya bermula dari kita. Manafaatkan setiap masa yang kita ada dengan merancang sesuatu yang baik supaya menjadi bekalan pada diri kita pada masa hadapan.

Today is the greatest!! Moga Hari ini lebih baik dari semalam!!

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes