Sesat di Jalan dan Muntah di Pertengahan
Posted by
GuardianX
on Tuesday, July 14, 2009
Setiap hari setiap masa kita terus menerus menjalani hidup dan kita cuba untuk cari penghujung. tapi kita masih gagal menemui penghujungnya. Benarlah kata orang 'life is a journey not a destination". Selagi kita hidup selagi itu kita akan terus mencari. Mencari makna kehidupan, makna bahagia dan juga makna untuk terus berjaya. Kita tidak mahu hari kita hari ni masih sama macam semalam. Kita mahukan sesuatu yang lebih baik dari semalam. Tetapi kadang kala kita tetap tertewas dalam mencari kejayaan. "Usaha tangga kejayaan" itu kata pepatah. Kita selalu jumpa tangga kejayaan itu sebenarnya tapi untuk mendaki tangga itu kita perlu kekuatan, kita perlu tanamkan semangat yg dalam dalam diri. Tangga yang kita daki itu tidak mudah sebenarnya, banyak lubang-lubang, banyak liku-liku dan banyak duri-durinya.
Adakalanya kita dipertengahan tangga kejayaan itu, tapi kita masih lagi jatuh kebawah, terus kebawah. Kita jatuh kerana kita dihumban oleh orang- orang dikiri dan kanan tangga yang kita sangka baik kerana sama-sama hendak bersama kita untuk mendaki tangga itu. Jangkaan kita silap orang orang yang kita sangkakan baik itu sebenarnya musuh, sebenarnya pesaing kita. Mereka akan terus mencari silap kita untuk mereka jatuhkan kita, untuk humbankan kita. Berhati-hati itu perlu, waspada itu perlu, perlu ada pada kita dalam kita hendak mendaki tangga kejayaan.
Apa yang ada pada kita hanyalah semangat yang tinggi dalam diri, kita sudah belajar dari kesilapan kita, kita tahu mendaki itu bukan senang seperti yang dijangka. Banyak halangan dan onak durinya. Kita kena terus berusaha, kena terus berdoa, Allah tetap terus bersama-sama kita. Setiap sesuatu yang terjadi dalam menuju tangga kejayaan beri kita pengajaran. Yang baik jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan. Setiap laluan kita berbeza tapi kita kena tahu bagaimana hendak mencorakkan hidup kita, kejayaan kita dan kebahagian kita. Pastikan sebelum kita sampai di penghujung kita akan kecapi dulu kejayaan itu.
Moga kita tak sesat dijalan dan muntah di pertengahan. Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan. Pastikan kejayaan itu milik kita!! Pasti!!!
Jangan sampai orang gantung sepanduk ini pada kita:
0 comments:
Post a Comment