KLANG: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah mendera anak perempuannya berumur 12 tahun menggunakan seterika, tiga bulan lepas.
Majistret Gan Chee Keong memerintahkan tertuduh, Mazlinda Tubari, 29, dari Sungai Udang di sini, menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.
Mazlinda mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Nur Aliya Safa Ismail di rumah Lot 1723, No: 9D, Sungai Udang di sini, kirakira 7 pagi pada 27 April lepas.
Tertuduh yang ditangkap dua hari selepas kejadian didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau sebat.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangannya. BERNAMA
0 comments:
Post a Comment