Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

UPSR 2008, UNTUNGNYA ANAK-ANAK 96.

"Untungnya anak-anak yang dilahirkan pada tahun 1996. Dapat juga mereka menikmati peperiksaan yang sengaja dibuat wajib oleh kerajaan Malaysia yang bernama Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau singkatannya UPSR pada tahun ini, iaitu tahun 2008.

Tahun dimana genapnya putaran lengkap pengajian Matematik dan Sains diajar didalam bahasa Inggeris, atau lebih tepat, mereka-mereka ini, belajar bahasa Inggeris didalam subjek Matematik dan Sains sejak dari tahun 1 lagi.

Mengapa pula hamba berkata beruntung? Mana tidaknya, keputusan peperiksaan ini adalah keputusan yang berlandaskan politik, bukan keputusan mengikut kepandaian anak-anak didalam menjawab soalan. Diulangi, ianya adalah keputusan yang telah diputus awal-awal oleh orang politik, bukan keputusan sebenar kepandaian anak-anak menjawab soalan peperiksaan. Hamba hendak mengulanginya kali ketiga, ianya adalah keputusan orang-orang politik semata-mata.

Kasihan. Ya, kasihan sungguh melihat arah tuju pendidikan Malaysia. Sungguh kasihan anak-anak kita diajar untuk menjadi pandai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sudahlah disetkan minda agar berjaya pada peperiksaan, 'keputusan mesti bagus!', oleh ibubapanya, masyarakatnya, pemerintahnya dan diharap bukan dari guru-gurunya, namun keputusan yang diberikan sebenarnya didalangi oleh ahli politik yang hanya gilakan wang RM.

Penipu besar! Itulah ungkapan hamba ketika menonton berita malam semalam melihat keputusan UPSR yang disimpulkan oleh mereka bahawa pembelajaran matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris telah meningkatkan tahap keupayaan anak-anak kita bertutur didalam bahasa Inggeris. Penipu besar! Diulangi, Penipu besar!

Cuba tanya anak-anak yang baru dapat keputusan UPSR mereka, terutama umat melayu dari sub bandar atau luar bandar. Tanyalah mereka di dalam bahasa Inggeris apakah sebab musabab mereka berjaya didalam peperiksaan UPSR mereka? Pasti mereka akan menjawab di dalam bahasa Melayu kerana mereka masih belum mahir untuk berbahasa Inggeris. Cuba tanya mereka soalan-soalan matematik dan sains kepada anak-anak ini, adakah anda pasti tahap penguasaan matematik dan sains mereka adalah setaraf A yang mereka perolehi?

Tunggu sahajalah wahai guru-guru yang akan mengajar pelajar-pelajar di tingkatan 1 tahun hadapan. Anda semua akan merasai seperti mana anda, guru-guru rasai seperti biasa, tahap kasihannya melihat tahap-tahap kebolehan mereka didalam matematik dan sains seperti mana abang-abang mereka yang begitu susah untuk mendapat kefahaman didalam mata pelajaran itu. Disebabkan apa? Disebabkan mereka tidak faham belajar mata pelajaran itu di dalam bukan bahasa ibunda mereka.

Anak-anak ini terpaksa belajar perkara yang tiada kena mengena dengan Matematik dan Sains, iaitu bahasa. Bukan bahasa percakapan mereka, tetapi bahasa yang asing bagi mereka yang sepatutnya diajar didalam subjek khas untuk mempelajari bahasa itu. Sudahlah wahai mereka-mereka yang ingin menipu.

Janganlah selalu sangat menipu kerana nanti akan menampakkan tipu bodohnya kepada umum. Tolonglah umumkan kepada rakyat, apakah peratus markah untuk mendapat A bagi UPSR untuk tahun ini dan apakah markah lulus untuk UPSR tahun 2008 ini. Dipersilakanlah umumkan secara kesuluruhannya. Itupun, jika anda semua berani,...... http://ibnmustaffa.blogspot.com/ "

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes