Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

MASUK JAWI

CUTI SEKOLAH dah abih seminggu hari nie. Hat mana ada anak jantan, mula berkira nak pujuk anak2 depa nak bagi kurang buas sikit. Aku ? Heeeee... semua anak2 aku dah...... JUST nak imbau balik zaman kita yang dah lepas dulu . baca la sikit artikel nie

Berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.
Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


Teringat balik Masa aku masuk jawi dulu , tahun 1984. Masa tu kita semua darjah 4. Dah liat dah . Heeee.. Cuti sekolah bulan 12. Pak aku masuk share aku dan adik ke 2 aku ,dalam senarai budak2 yg bakal bertukaq alam dirumah seorang saudara aku di Charuk Kudong PENDANG. Awatnya "Bertukaq alam" pulak ? Kalau sebelum nie alam pakai helmet , lepas dari kejadian tu aku dah tak payah pakai helmet lagi... Heeeeeee...

Kami bersunat cara tradisional. Pakai Tok Mudim dari kg SAWA PENDANG. tengok misai tok mudim tu ja boleh kuruih semangat. Peserta seramai 6 orang aku no 4 adik aku no 5. No 1 mestilah tuan rumah.

Tapi nak dijadikan cerita. Yang no 1 nie Gemuk Gedempoi sikit. Untuk melapah dia nie susah la sikit. Kena tekan isi keliling pangkal anu tu. Dah la terketaq takutkan Tok Mudim, senjata dia yang kecik tu pon terKELOQ masuk dalam isi. So lama la sikit nak kerjakan dia nie.

OLeh kerana proses peserta No 1 nie lama sikit. Orang lain kat belakang lagi la koi pelan ketaq. TOT-tot si No 1 renggah Ghhiyau . Berkereot la semangat kami yg menunggu nie. Masa tu aku dok pikiaq, kalau la boleh lari!!! tapi semua jalan nak lari depa dah blok. Bergagah jugak la menunggu giliaq aku. Tapi Alhamdulillah semua peserta yg 5 org lagi cool..
Selesai sudah hari bersejarah tu, esok pula , ada lagi hari menderita nak kena tempoh. Pagi2 lagi kami kena kejut untuk dicuci luka bersunat tu. Kena buka balut . pakai ayaq rebusan daun inai, kulit setoi dan entah kejadah apa lagi tah ramuan ayaq tu.. Mak oiii.. Siksanya nak tanggalkan balutan nie.. Tobat dah oiii aku tak mau masuk jawi lagi.....

heeeeee, cerita aku , mesti la aku jadi HEro...

0 comments:

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes