Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

AZAB KUBUR

TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

hangpa baca lagi kat sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive


Selamat Pengantin Baru : Helmi & Shima



selamat pengantin baru kepada penjaga gol Kedah.

Semoga Berbahagia Hingga Ke akhirat dan dikurniakan Anak yang soleh- solehah.

Tengok gambaq nie, teringinnya aku nak tengok CHE OWN beraksi dalam watak sama. Tapi Bila?

Mat Pit & Die tolong jawab sat!

I AM A MUSLIM!

MASUK JAWI

CUTI SEKOLAH dah abih seminggu hari nie. Hat mana ada anak jantan, mula berkira nak pujuk anak2 depa nak bagi kurang buas sikit. Aku ? Heeeee... semua anak2 aku dah...... JUST nak imbau balik zaman kita yang dah lepas dulu . baca la sikit artikel nie

Berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.
Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


Teringat balik Masa aku masuk jawi dulu , tahun 1984. Masa tu kita semua darjah 4. Dah liat dah . Heeee.. Cuti sekolah bulan 12. Pak aku masuk share aku dan adik ke 2 aku ,dalam senarai budak2 yg bakal bertukaq alam dirumah seorang saudara aku di Charuk Kudong PENDANG. Awatnya "Bertukaq alam" pulak ? Kalau sebelum nie alam pakai helmet , lepas dari kejadian tu aku dah tak payah pakai helmet lagi... Heeeeeee...

Kami bersunat cara tradisional. Pakai Tok Mudim dari kg SAWA PENDANG. tengok misai tok mudim tu ja boleh kuruih semangat. Peserta seramai 6 orang aku no 4 adik aku no 5. No 1 mestilah tuan rumah.

Tapi nak dijadikan cerita. Yang no 1 nie Gemuk Gedempoi sikit. Untuk melapah dia nie susah la sikit. Kena tekan isi keliling pangkal anu tu. Dah la terketaq takutkan Tok Mudim, senjata dia yang kecik tu pon terKELOQ masuk dalam isi. So lama la sikit nak kerjakan dia nie.

OLeh kerana proses peserta No 1 nie lama sikit. Orang lain kat belakang lagi la koi pelan ketaq. TOT-tot si No 1 renggah Ghhiyau . Berkereot la semangat kami yg menunggu nie. Masa tu aku dok pikiaq, kalau la boleh lari!!! tapi semua jalan nak lari depa dah blok. Bergagah jugak la menunggu giliaq aku. Tapi Alhamdulillah semua peserta yg 5 org lagi cool..
Selesai sudah hari bersejarah tu, esok pula , ada lagi hari menderita nak kena tempoh. Pagi2 lagi kami kena kejut untuk dicuci luka bersunat tu. Kena buka balut . pakai ayaq rebusan daun inai, kulit setoi dan entah kejadah apa lagi tah ramuan ayaq tu.. Mak oiii.. Siksanya nak tanggalkan balutan nie.. Tobat dah oiii aku tak mau masuk jawi lagi.....

heeeeee, cerita aku , mesti la aku jadi HEro...

PUISI SOLAT


Allahu Akbar
Segala puja dan pujian
Khusus buat Tuhan
Yang mentadbir sekalian alam
Datangnya aku mempersembahkan
Sebuah jiwa perhambaan kehinaan
Berdiri, tunduk, rukuk dan melutut memohon
Seribu satu keampunan

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Memiliki segala sifat kebesaran
Tiada suatu yang kuharapkan
Kecuali keredhaan MU Tuhan
Dalam meneruskan perjalanan
Mencari titik permulaan
Sebuah kehidupan

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Yang memiliki segala sifat ketinggian
Sujud aku kesenduan
Melerai hati kekusutan
Palitan keras simpulan
Gumpalan penuh kesesatan
Mengutip cebisan iman

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Dari segala sifat kekurangan
Bersimpuh aku mengemukakan
Segunung rayuan
Di hujung kerahmatan
Sebelum tibanya saat kematian

OWN KALAU LA HANG DAPAT TACKLE ANAK MB PERAK NIE...



Untuk sahabat yang masih mengekalkan status Bujang Trang Tang -tang.. OWN , Hasani & rakan2 sewaktu dengannya. anggaplah artikel Nie motivasi buat hang pa.. heee .... Setahun yang lalu, Faatihah Binti Ir Nizar 24, menjadi guru sementara mengajar Bahasa Arab, mengaji Al-Quran dan fardu Ain. “Baru setahun lebih saya balik dari Jordan, tahun ini memang rancang hendak mula bekerja, mungkin selepas keadaan lebih terurus dan teratur maklumlah semuanya masih baru. Sekarang tanggungjawab dan perhatian saya lebih kepada emak dan abah yang memerlukan bantuan saya. Terutama emak, saya jadi pembantu dan penasihat tidak rasmi tetapi ia satu tugasan yang penting dan tidak boleh dipandang remeh.”

Faatihan merupakan lulusan BA Universiti Mu’tah, Jordan (Undang-Undang Syariah).

baca lagi kat sini http://www.tkodaily.net/modules.php?name=News&file=article&sid=134
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes