KUALA LUMPUR 8 Mac - Kementerian Pelajaran akan menghantar kertas cadangan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada jemaah menteri pada bulan ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya percaya pendekatan itu akan membantu untuk mendapatkan satu keputusan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua pihak di negara ini.
Menurut beliau, pihaknya menerima beberapa pandangan melalui memorandum dan persidangan meja bulat dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.
``Kami akan menyerahkan segalanya kepada jemaah menteri untuk membuat keputusan yang tepat demi kebaikan generasi muda akan datang,'' katanya.
0 comments:
Post a Comment