Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Kalau BN tidak menang lagi, tak tau la aku!


"BN telah lama memecut laju, tanpa menoleh kebelakang lagi, sedang PAS masih mobilisasi menyusun gear atau sedang menyusun peluru bakal dimuntahkan kelak. Kalau anda saksikan secara saksama, BN tanpa mempedulikan peraturan pilihan raya telah memulakan kempen , meski gendang perang belum ditabuhkan. Tontonlah di TV, bacalah di akhbar, hadirlah di majlis keramaian di KT, pasti anda diresap dengan kempen BN dengan aksi Menterinya.

Penamaan calun belum disempurnakani, BN dengan penuh keyakinan dan bergaya telah memulakan gerak kerjanya dengan riuh rendah. Pastinya kali ini dengan menerjunkan seluruh jenteranya dengan satu tekad, BN mesti menang besar.

Inilah peluang bagi juak-juak BN dan para menterinya untuk meraih dan membuktikan kepada bakal PM akan datang, bahawa mereka bekerja keras, aktif dan sanggup berkorban untuk perjuangan UMNO. Mereka adalah wira dan terpercaya untuk menyambung perjuangan UMNO di masa mendatang. Mereka terbaik untuk dipilih oleh PM nanti bagi kabinet akan datang.

Justeru, berlumba-lumba menteri dan segala MP turun ke KT, walau untuk bersalam dengan penarik beca, melambai tangan kepada penggetel keropok lekor, bersimpuh di lantai reput Haji Dollah di ujung kampung.
Semuanya untuk mempastikan BN menang.

Tuan-tuan , bukan senang seorang menteri yang sibuk sanggup hinggap di gubuk anda.

Apatah lagi mudiknya pembesar ini bukan dengan tangan kosong. Paling tidak cukuplah untuk menghiburkan hati, di zaman barang mahal ini.

kalau BN tidak menang lagi, tak tau la aku!

Sejak awal lagi, atas nama keselamatan, kemungkinan ribuan pasukan keselamatan ditabur di seluruh pelusuk parlimen KT. Setiap simpang dan cabang dibangunkan pos-pos kawalan, angguta polis berseragam dan tidak berseragam berkeliaran di merata tempat. Pendek kata keselamatan penduduk KT benar-benar terjamin.

Dan saya percaya pencuri selipar jepun pun tidak berani cari makan!.

Tiada lagi peristiwa bas-bas pengundi atau pelancung akan ditahan. Tiada lagi IC pengundi akan dirampas. Tiada lagi batu dilontar, bendera dibakar. Semuanya aman makmur dan tenang.

Kalau BN tidak menang lagi, tak tau la aku!

Tapi aku sangat percaya, bahawa pihak yang berjaya menyentuh dan menawan hati sanubari pengundi pihak lawan dan pengundi yang tidak berparti pasti menang!. Dan BN sedang menembus dada pengundi tersebut dengan segala kebendaan yang mereka miliki.

Apakah PAS mampu mendekati hati pengundi lawan dengan simbahan rohani, atau kesedaran, atau ukhuwwah, atau doktrin dalam sehari dua ini, sedangkan merubah dan menakluk hati manusia adalah usaha yang berpanjangan.

Nabi Isa a.s bersabda " Aku bisa menyembuhkan orang yang pekak dan tuli, tapi aku tidak bisa mengubah hati yang mati".

1 comments:

Aida Danish said...

correct..correct ..correct..
dengan poster Altantuya pastinya lagi hebat..kekeke

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes