TAHNIAH Z KAPCAI.. Aku dah habaq dah. the rutern of Z-Kapcai sure gempaq.. INTRO Posting hang tu pun dah Gempaq.. heee.. POst la lagiii...
Esok aku last day kerja kat Subang Airport nie.. Lepas tu aku cuti seminggu .
Boleh la FULL time jadi MURABBITUN PARTI sempena pilihanraya ke 12 nie ( nielah gherja yang mengikut kata Prof Tan Sri Khoo Kay Kim " Miracle " yang tak jumpa dalam mana- mana parti di MALAYSIA) . Kalau aku detailkan tugasan aku sempena PRU12 nie.. nanti ada pulak org tak suka .. jadi tak payah diceritakan disini lah noo. lagi pun, blog nie bukan blog politik. Nie blog tautan Ukhuwah kita sesama X SMKJ. Biaq la nak beza anutan agama & pahaman politik, yang pasti menyatukan kita adalah imbasan kenangan bumbung SMKJ pernah memayungi kita.
INILAH KEBERSAMAAN kita yang tak boleh di TIDAKKAN.
So masa aku untuk blog kita nie memang tersenTOT la.. sepanjang tempoh nie..
Harap semua Moderator lain yang ada terutamanya ZaCK , Ladkod & Nabin boleh la aktif kembali. jangan matikan hit blog kita nie.. Dah dekat 700 org pelawat dah nie..
MAT & MAT PIT mana hangpa,, tak kan sign in saja pastu tinggai ja.. meriahkan lah blog kita nie.
Che Own minta maaf la lepas nie aku lambat sikit la boleh layan provok hang.. tapi tak pa teruskan mengarang provok2 terbaru hang .. nanti ada masa aku respon..1 Mac 2008 aku kena bergegas ke Pengkalan Chepa. 2 Mac Start kerja baru...
Bagi mengiringi posting terakhir aku dari Subang Air port nie, hangpa layan ja lah cerita nie...
Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?". Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".
SAMPAI KETEMU LAGI DI LAIN KELUANGAN...
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
ALI -IMRAN 3:200
0 comments:
Post a Comment