Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam
isu yang sama menyebut, "lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala
perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal". Terjemahan itu telah mengelirukan
saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan
perempuan.
Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap
kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan
kepada "LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1
LOGIK ".
Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh
logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk
dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan
rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang
menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah
rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang
kelelakiannya.
Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang
sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu
juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam
sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam
hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas
rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan
biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri
dengannya.
Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik
dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk
anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.
0 comments:
Post a Comment