Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

AlFatihah Untuk Anak Noraida Awang


Tengahari tak sat aku call makcik KepoH reporter kita Mariah Yahya.
Dari dia aku dapat satu berita sedih, sahabat kita Noraida Awang, asai Guaq Cempedak, aku kenai dia dulu 4Sc2, 5Sc2 SMKJ, Telah kehilangan anakanda tercinta yang baru berusia 3 tahun. pompuan.
Anak no1 & no 2 lelaki. Eda la nie jadi cikgu mengajaq kot area Bedong. Umah dia di Ambangan Height.
Kepada Semua sahabat mai la kita sedekahkan Al fatihah kepada arwah anak Eda nie. Kalau ghajin dan tak kedekut duit sekupang, silalah sms TaKziah kat dia di 0125733058.

PERMOHONAN SI MISKIN DAN SI KAYA

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya danjuga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS.

Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mau bersyukur kepada Allah SWT.

Stesen Minyak


Cerita bermula di suatu stesen minyak. Di stesen minyak ni ada 2 org pekerja bangla yang tahu berbahasa Melayu sikit-sikit, omputih sikit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorang tu namanye Majid & sorang lagi namanya Iqbal.

Pada suatu hari, berhenti sebuah kereta mewah Mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta tu seorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam telah kehabisan dan ini telah membuatkan Iqbal poning kepalo nak bagitau pada Pak Arab tu yang minyak dah abih. Pak Arab tu pula tak tau sepatah haram Bahasa Melayu, cuma tau omputih skit & bahasa ibundanya iaitu Bahasa Arab..

Iqbal cuba memberitahu PakArab tu sambil menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak habis, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal mencuba sekali lagi dengan menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal nak buat macamana lalu dia pun pergi menemui Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla dan bunyinya lebih kurang macam ni:

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: Ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: Dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..


Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata; "Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim".

barulah Pak Arab tu paham & terus blahhh.....

Dr. Klein: "Saya ayah sebenar anak-anak Michael Jackson"

Dr. Arnold Klein muncul di program CNN's "Larry King Live" pada 9 Julai 2009.-foto REUTERS

SETELAH puas membuat penafian, akhirnya doktor peribadi Michael Jackson, dermatologis Dr Arnold Klein membuat pengumuman yang mengejutkan.

Kenyataannya yang terbaru bakal mencetuskan satu sensasi dan kontroversi. Klein memberitahu rakannya bahawa 'Saya ialah ayah sebenar mereka'.

Dan kini dia bercadang untuk membuat permohonan mendapatkan hak penjagaan kedua-dua anak Michael Jackson dan

Dermatologis Dr Arnold Klein membuat kenyataan yang mengejutkan itu kepada kawan-kawannya.

Dr. Arnold Klein hadir ke sambutan hari jadi ke-75 Elizabeth Taylor di Hotel Ritz-Carlton, Henderson, Nevada pada 27 Februari 2007. -foto REUTERS

Kata Klein, dia mahu menjaga dan membesarkan Prince Michael, 12 dan Paris, 11.

Klien, yang dikenali umum sebagai seorang gay diselubungi kontroversi sejak dua minggu lepas apabila sering dikaitkan sebagai bapa kandung kepada kedua-dua anak Michael itu melalui kaedah permanian beradas.

Beliau sebelum ini dipanggil sebagai 'Uncle Arnie' oleh anak-anak Michael.

Jutawan berusia 64 tahun itu mahu membincangkan perkara itu dengan peguamnya.

Permohonan untuk penjagaan anak Michael itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Ini akan menjadi perkembangan yang paling sensasi mengenai keseluruhan saga Michael Jackson sebelum ini.

Laporan sumber yang rapat dengan Dr. Klein kepada sebuah akhbar mengatakan yang Klein yakin dia dan Debbie adalah ibu bapa kandung kepada kedua-dua anak Michael itu.

"Dia yakin boleh buktikan bahawa dia adalah ayah kandung kepada Prince dan Paris," katanya.

Apabila diasak dengan soalan untuk mengakhiri spekulasi bahawa dia bukan ayah kepada anak-anak Michael, jawapanya minggu lepas lebih banyak menimbulkan persoalan.

Sebelum ini beliau menyatakan dalam satu rancangan yang dihoskan oleh Larry King bahawa beliau pernah menderma spermanya.

Ketika ditanya oleh Larry, dia tidak pasti samaada Prince dan Paris adalah anak kandungnya atau bukan.

"Michael menyayangi mereka seperti seorang ayah dan merekea menyanygi Michael seperti seorang ayah.

"Perkara yang paling penting ialah siapa yang kanak-kanak itu mahukan sebagai ayah mereka," kata Dr Klein.

Sebab Chua Jui Meng sertai PKR



CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN KAPAL GEROMBOLAN.


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telahpun membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," katanya lagi.

18SX : Awas ! Tongkat Ali boleh menyebabkan kehilangan selera makan!





Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya,
"Abang nak makan apa pagi, ni? Saya buatkan nasi lemak...nak? Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti telur nak?"

Suaminya pun berkata,
"Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan.
Ini semua Tongkat Ali punya pasal"...

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi,
"Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang kari daging...nak?
Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet & sour".

Suaminya berkata lagi,
"Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan.
Ini semua Tongkat Ali punya pasal".....

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi,
"Abang nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng ..nak?
Atau abang nak makan fish & chips ke atau burger ke? Atau abang nak hot-dog?"

Suaminya berkata lagi,
"Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan.
Ini semua Tongkat Ali punya pasal!!!"

Lalu isterinya pun berkata,
"Kalau begitu, boleh tak.......
abang tolong bangun dari atas saya sekejap!
Saya nak pergi makan........ dah lapar sangat ni...... dari pagi tadi tak makan......
Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal !!!"

Apa guna hidup 1,000 tahun, kalau tak sembahyang


oleh ;LanH

SABTU, 8 November tahun lalu adalah antara hari paling sibuk bagi saya sekeluarga.

Ada tiga majlis membabitkan sekolah anak-anak yang perlu dihadiri. Semuanya pada pagi. Anak tingkatan lima ada majlis graduasi, anak tahun lima ada majlis motivasi manakala si kecil, ihtifal Pasti.

Selepas berbincang, saya ke ihtifal Pasti, isteri ke majlis graduasi. Majlis motivasi dikorbankan. Si anak menarik muka masam, tetapi selepas dipujuk, dia kelihatan ok, tetapi dalam hati siapa tahu.

Si ibu memberikan rasional, pada tahun depan si abang tiada lagi di sekolah berkenaan, si adik pun tiada di Pasti tetapi si anak tahun lima tetap berada di sekolah sama untuk mengambil UPSR.

Demikianlah betapa cepat masa berlalu, sesi persekolahan 2008 sudah melabuhkan tirai. Dalam tempoh 50 hari, ‘kitab’ 2008 ditutup, usia bertambah, hakikatnya kita semakin mendekati penghujung hayat.

Pada majlis Pasti, terhibur saya melihat karenah dan keletah anak-anak. Mereka begitu bertenaga, berlari ke sana sini, kemudian menunjukkan kebolehan menghafaz doa dan membaca al-Quran, mempersembahkan nasyid dan bercerita.

Selepas sejam di kerusi, terasa sengal-sengal badan. Saya bangun, beredar ke padang seterusnya ke jalan raya. Dari kejauhan saya menyaksikan aktiviti berlangsung.

Melihatkan anak-anak cergas mengambil bahagian dalam acara di padang, saya terkenang zaman kanak-kanak. Sudah lebih 40 tahun berlalu ketika saya sibuk-sibuk bersedia ke darjah satu seperti anak saya yang akan menamatkan zaman pra-sekolahnya, tetapi saya rasakan seperti baru semalam.

Bagi kebanyakan orang semalam dan hari ini terlalu hampir. Tetapi bagi bijak pandai, semalam adalah terlalu jauh, semuanya sudah menjadi sejarah. Tidak mungkin semalam berpatah balik, menangisi air mata darah sekali pun, semalam mustahil menjadi hari ini.

Seorang ustaz kerap mengingatkan jemaah bahawa perkara sudah berlalu itu (semalam) biarkanlah, apa yang penting isikan waktu sekarang dengan amal sekuat mungkin.

Katanya, waktu ada tiga - semalam, sekarang dan esok. Semalam sudah menjadi sejarah, esok belum tentu, jadi maksimumkan masa sekarang untuk melakukan kebaikan.

Seorang ustaz lain pula mengingatkan dalam melakukan kebaikan itu bergantung kepada kemampuan seseorang. Katanya, dalam tahfiz al-Quran misalnya, bukan semua orang boleh menjadi hafiz atau hafizah, tetapi setiap orang boleh ‘membeli saham’.

Orang ada ilmu dan mampu mengajar, dia boleh jadi guru atau ustaz; yang pandai mengurus boleh mentadbir sekolah atau tahfiz; orang berharta boleh mengusahakan pembinaan dan pembiayaan sekolah. Ertinya setiap orang menyumbang berdasarkan kemampuan masing-masing.

Individu berkemampuan menulis, boleh menyumbang dalam bentuk penulisan, kata ustaz itu, membuatkan saya tersentak, mungkinkah ustaz itu merujuk kepada saya? Fikiran saya melayang jauh, apakah benar saya sudah berusaha berdakwah melalui penulisan?

Bagi menambah ilmu, adalah penting mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau. Selain itu bagi sesetengah insan, ada peristiwa mendorongnya mendapat taufik dan hidayah-Nya. Ibu saya salah seorang daripadanya dan dia menceritakan perkara itu kepada saya tidak lama dulu.

Pada tahun 1970-an dulu, ibu saya terlalu sibuk menguruskan hal ehwal anak-anak seramai lapan orang sehingga jarang benar berkesempatan menghadiri kelas pengajian. Ibu berkemampuan membaca al-Quran, malah mengajar sendiri anak-anaknya mengaji tetapi tidak memahami maksud ayat-ayat berkenaan.

Suatu hari ketika cuti sekolah, ibu terbaca buku teks agama tingkatan dua yang saya bawa pulang dari asrama, yang pada bahagian al-Quran ada disertakan Surah Al-Ashr, maksud ayat dan pengajarannya. Terjemahan surah pendeknya adalah; “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan beramal salih, dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Ibu termenung kaku membaca terjemahan ayat-ayat itu. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…orang itu ada kita sendiri, kita yang membanting tulang mencari sesuap nasi, kita yang membanting tulang membesar dan menyekolahkan anak-anak, kita yang membanting tulang membuat rumah, berkebun dan sebagainya, semuanya dalam kerugian kecuali mereka yang bersifat seperti dinyatakan Allah SWT.

Tidak ada ertinya bekerja ‘macam nak mati’ tetapi tidak beriman dan beramal salih. Dan tidak bolehlah seseorang itu beramal seorang diri sebaliknya dia perlu berdakwah, memberi nasihat kepada orang lain dan mengamalkan sikap sabar dan menyuruh orang lain beramal dengannya.

Sejak disedarkan dengan Surah Al-Ashr itu, ibu berusaha meningkatkan pengetahuannya terutama dalam memahami maksud ayat-ayat al-Quran. Al-Quran itu adalah panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan, tetapi ramai yang tidak mengetahui maksud walaupun boleh membacanya.

Ada bijak pandai mengumpamakan al-Quran itu surat/memo Yang Maha Berkuasa kepada hamba-Nya untuk dilaksanakan perintah di dalamnya. Bagaimana rasa hati seorang ketua pejabat yang mengedarkan surat pekeliling kepada anak buahnya jika mereka menyanyi-nyanyikannya tetapi tidak melaksanakan arahannya?

Tentulah ketua itu naik berang kerana perkara disuruh tidak dibuat, sebaliknya dinyanyikan. Surah Al-Ashr telah menyedarkan ibu saya bahawa hidup ini sia-sia jika hidup tidak berpandukan apa diajarkan Allah dan Rasul melalui Kitab-Nya.

Saya tersedar daripada lamunan apabila mendengar anak-anak Pasti mendendangkan nasyid ‘Sepohon Kayu’ yang antara lain berbunyi; “Apa guna hidup 1,000 tahun jika tak sembahyang, apa guna hidup 1,000 tahun jika tak sembahyang…” Demikianlah, apa erti hidup lama jika tiada bakti di dunia ini.
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes