Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

SELAMAT HARI IBU

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada......
.....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SELAMATKAH MALAYSIA????


TRAGEDI RAGUT




JOHOR BAHRU 5 Mei – Jenayah ragut kini semakin kejam dan tidak mengenal mangsa!

Sikap penjenayah ragut yang tidak berperikemanusiaan ini mengakibatkan seorang wanita yang sedang hamil dua bulan maut selepas koma dua hari akibat diragut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, mangsa, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia 7.35 pagi ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas koma selama dua hari akibat diragut.

Mangsa ketika itu menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mekar, Ayer Hitam dari tapak pasar malam berhampiran dengan kediamannya.

Suami mangsa, Razali Ahmad, 41, berkata, isterinya dipercayai terjatuh dan koma selepas diragut oleh dua lelaki yang turut menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, Jamilah dipercayai melilitkan tali beg tangannya di cermin sisi sebelah kanan motosikal yang ditunggangnya.

“Saya dah berpesan beberapa kali kepada isteri supaya tidak berbuat demikian, namun dia tetap mengulangi perbuatannya yang suka melilit tali beg pada cermin sisi.

“Saya reda dengan pemergiannya walaupun ia pedih untuk saya terima. Tidak sempat untuk saya dan anak-anak menyambut hari lahirnya yang ke-32 tahun pada 11 Mei ini,” katanya sayu ketika ditemui di Bilik Mayat HSA hari ini.


JAMILAH Selamat (gambar kiri) manakala gambar kanan, suami mangsa, Razali Ahmad, 41, dan dua anak mereka, Nor Asyikin Salleh, 7, dan Mohd. Khairi Ridwan Salleh, 5.

Jamilah meninggalkan dua orang anak yang berusia lima dan tujuh tahun hasil perkahwinannya.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata, kejadian ragut yang berlaku Ahad lalu merupakan kes kedua yang pernah dialami Jamilah.

Menurutnya, sebelum ini kakak iparnya itu pernah diragut di Jalan Johor, Batu Pahat, pertengahan tahun lalu.

“Dalam kejadian tersebut dia hanya mengalami luka-luka kecil sahaja,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kejadian yang menimpa Jamilah sebagai kes ragut atau sebaliknya.

Ini kerana semasa kejadian tiada saksi yang melihat wanita itu diragut sehingga jatuh dan dakwaan itu hanya berdasarkan cakap-cakap orang ramai.

“Ini kerana di kawasan itu terdapat bonggol yang memungkinkan mangsa terjatuh ketika menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, kes tersebut akan disiasat sebagai satu kemalangan jalan raya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada pihak polis.

SAJA RELEK-RELEK SEKEJAP..........


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.


Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.


So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Wahh...!!!! Laju jugak kereta Malaysia ni ya pak...........(test line)


Bapak: Ape kau ingat mat salleh je pandai laju,Aku bawak mak engkau laju............


Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....


Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor................. menyusahkan plak tu...

Bidadri Dari Timur -----> Memang Best!!

Hayatilah hasil karya Isteri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk perjuangan Muslimat


Dah beberapa kali aku ulang baca buku ni. Aku beli masa pameran buku antarabangsa di PWTC bulan lepas, alhamddulillah. Rasa ingin berkongsi kisah ni dengan hangpa yang membaca di ruangan ni. Kepada yang belum memilikinya, pastikan dapatkannya sebelum habis.hehe.. memang menarik pembacaan. Dan aku rekemen sesangat


Bidadari Dari Timur..
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..


aku mahu jadi macam dia!



aku mahu jadi macam dia,
bebas ke sana ke mari tanpa didetect oleh mesin scanner dan radar liputan pihak berkuasa,
ada mukjizat berbini empat: ada penjilat sisa air basuh kakiku
khabarnya dengan menepuk bahu sang pesakit bisa sembuh dari demam
alangkah
alangkah bestnya isra' dengan kapcai dari narrathiwat ke kelantan
terus mikraj ke kerajaan langit
aku mahu jadi hebat macam dia
ada mukjizat tak dapat dilihat mata polis dan sb
aku mahu jadi macam dia
ayah Pen drive!

Untukmu Penyokong - Lagu Penyokong Kedah FA [HD]

Untukmu Penyokong - Lagu Penyokong Kedah FA [HD]

SPRM LEMAH


Oleh: Hj Mohamad Sabu,


Indeks rasuah begitu tinggi di negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan, sezaman dengan Malaya Merdeka. Negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Hong Kong adalah negara-negara "pariah" dengan rasuah.

Singapura yang mencapai kemerdekaan pada 1965 menjadikan "jihad" melawan rasuah yang dipelopori oleh regim Lee Kuan Yew.

Di penghujung pemerentah Lee Kuan Yew indeks rasuah menurut piawaian antarabangsa mencapai mata 9.5 per 10, yakni sebuah negara yang mencapai taraf rasuah di tahap kosong.

Tunku Abdul Rahman cuba membentuk Badan Pencegah Rasuah yang dipimpin oleh Tan Sri Harun Hashim dan memberi arahan supaya negara Malaya dikeluarkan dari senarai negara "pariah" dengan rasuah.

Harun Hashim begitu senang menjalankan tugas menghambat perasuah tanpa mengira kedudukan jawatan dan kedudukan orang yang disiasat untuk dibawa kepada pendakwaan.

Keharuman nama Badan Pencegah Rasuah lama-kelamaan semakin pudar terutama di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pendakwaan terpilih menjadi bahan mulut rakyat Malaysia.

Misalnya seramai 18 orang "jerung besar" yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan fail siasatan telah diserah kepada pihak Peguam Negara. Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mendakwa mereka yang berprofil tinggi yang terlibat dengan rasuah.

Setelah lama menunggu, tidak ada pendakwaan terhadap kes "18 SX" tadi kecuali terhadap Eric Chia. Janji awal pemerentahan Abdullah untuk memerangi rasuah, namun ia berakhir dengan pertumbuhan rasuah yang lebih "gemilang" di akhir pemerentahan Abdullah.

Sehingga timbul ungkapan jalanan terhadap kerajaan Abdullah: "Kalau di zaman Dr Mahathir rasuah di bawah meja, tetapi di zaman Abdullah, rasuah berlaku di bawah meja, di atas meja dan dengan meja-mejanya sekali." Ertinya, rasuah dan politik wang berleluasa di zaman Abdullah dan ia tidak dapat dikawal lagi.

Untuk membina imej antirasuah semula terhadapnya, sedangkan hal rasuah terus berleluasa, maka Abdullah di akhir pemerintahannya telah menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Harapan rakyat tinggi menggunung terhadap Abdullah dan kerajaan untuk mencegah dan membasmi rasuah.

Sepantas kilat SPRM menunjukkan wibawa dengan berjaya membawa dua orang Exco Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan. Kecekapan SPRM itu - walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Perak merasa gusar - saya sendiri amat kagum di atas ketangkasan mereka menjalankan tugas.

Wibawa SPRM sekali lagi terserlah apabila berjaya membongkar kes "salah guna kuasa" Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau sebagai TKM1 dan Adun.

Sekali lagi kecekapan SPRM terserlah apabila ia berjaya membongkar "salah guna kuasa" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu lembu korban dan penyalahgunaan kereta peribadinya. Walaupun ia pahit bagi Pakatan Rakyat tetapi kita salute (tabik hormat) di atas kecekapan SPRM.
Kesungguhan SPRM untuk mencegah dan membasmi rasuah yang begitu hebat berleluasa kini telah tercemar teruk.

Jawatan kuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibentuk kerajaan Selangor untuk menjalankan penyiasatan terhadap penyalahgunaan wang oleh bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya terhadap wang Balkis (Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat) telah menemui unsur penyelewangan dan ini amat mengejutkan semua pehak.
Penyalahgunaan wang GLC, wang dana Balkis nampak begitu ketara. Namun, yang menghairankan kita, mengapa SPRM tidak mengetahui penyelewengan ini?

Hairan bin Ajaib apabila badan secekap SPRM tidak mengetahui unsur penyelewengan (rasuah) sebegitu rupa berlaku di Selangor. Jawatan kuasa disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithaudin rupa-rupanya lebih berwibiwa daripada SPRM dalam membongkar rasuah dan mendedahkannya kepada orang ramai, berbanding SPRM.

Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin Umno kerana rasuah tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh SPRM. SPRM tak ubah seperti sebuah badan seumpama "kelab menyokong Umno" yang dilabelkan oleh rakyat sekarang ini. Wibawanya hilang sama sekali ditelan dengan hilang kewibawaan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes