Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.
Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!
Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.
Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.
Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.
Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.
Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:
"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)
"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)
posted by Roslan SMS
Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja
Posted by
chedet
on Thursday, January 31, 2008
/
Comments: (0)
Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
Posted by
chedet
on Wednesday, January 30, 2008
/
Comments: (0)

Harakahdaily
Wed | Jan 30, 08 | 12:07:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.
Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.
Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh
MAT- Hero Kg Raja Yang kian dilupakan
Posted by
chedet
on Tuesday, January 29, 2008
/
Comments: (0)
Atas Permintaan Ramai, hari nie aku postkan gambaq HERO KG RAJA yang semakin dipinggirkan dari arus perdana. MAT. Dulu ber "BASKAT" dari Kg Raja ke SMKJ. Pernah menjadi gandingan mantap aku dlm acara ponteng sekolah. Menjadi caddy kat Kelab cinta Sayang. Memonteng kelas ke stesen keretapi Sg Petani bersama Mat Pit. alih- alih kantoi kena hambat ngan penjaga stesen KTM pasai bengong dok hingaq dalam Surau stesen keretapi.Banyak sungguh kenangan dgn Mat nie. Hobi utama waktu tu bermain sukan Kuda... heeee.. bersama kroni beliau YM Tunku Mohd Syafiq. maklumlah sukan berkuda nie kelas bangsawan ja boleh menceboq diri.. heeee...
kalau nak ikutkan hati banyak sangat yang aku nak coret kan perihal kenangan aku nagn Mat Hero yang kian dilupakan ni. Tapi kot malu la pulak kat anak2.. maka aku gantung kan dulu cerita Mat ni disini..
sapa2 yang nak pi HoSpital baru Sg Petani HSAH, jangan lupa call MAT dulu. kena buat appoiment nak jumpa dia.. org besaq dah la nie oii..( tubuh ja kecik)
HERO tahun91
Posted by
chedet
on Thursday, January 24, 2008
/
Comments: (0)
Salam buat semua sahabat.. Lama sungguh aku tak dak can nak buat post dlm blog nie. lagi pun ada mod baru yang dok koi aktif dah.. heeeee... terima kasih la Die Ladkod.. Walaupun Die ni senior kita satu tahun tapi dia dulu dok 5sc 1 yang semua penghuni kelas tu Cina .. So terpaksalah dia joint group 2 kita... lagi pun Die nie berbadan haluih ja... tak makan tua.. takat tua bulan ja x dak sapa tau pun die nie tua dari kita.... heeeeHari nie aku letak gambaq sorang HERO HENSEM dari kelas aku.. hangpa usya lama2 sikit gambaq nie.. Ada rupa2 Brad pit dak.... Memba kita nie memamng suku sakat Brad Pit nie.. Sedara tiri penakan pupu belah ipaq punya mentua punya adik angkat punya Biras.. hang pa kaitkan lah sendiri betapa kuatnya hubungan kekeluargaan memba kita nie dgn WORIH dia tu.. heee..
Aku selalu jumpa dia nie.. dah kawin anak 1 lelaki. Bini org kota sarang semut. La nie depa dok sungai layaq. Taman apa aku tak ingat tapi kalau nak suruh tunjuk umah, gerak tengah malam pun aku tau cari...
Soalannya:- SAPA TAU NAMA PENUH HERO KITA NIEEEEE?????
selalu depa dok panggil gelaq dia saja.. Che Own akan bagi hadiah kaboi 2 ekoq kepada pemenang kuiz nieee.. Sila emailkan jawapan anda kepada eternity_resources@yahoo.com.my
Sekadar renungan, peringatan & amalan bersama ...
Posted by
ladkod
on Tuesday, January 22, 2008
/
Comments: (0)
Alangkah peliknya kita......
Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar biladi bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.
Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid,tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa taksabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.
Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.
Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya,rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya,susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.
Pelik ya,kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.
Pelik ya,kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita.....?Tepuk dada ...... tanyalah hati dan iman.Renungkanlah...........

Rasa2 mmg kena dgn che own nie
Posted by
ladkod
on Friday, January 18, 2008
/
Comments: (0)
'telah kuketuk pintu hatimu lalu kuhulurkan salam, kau menyambut salamku menjemputku masuk,
malangnya pintu hatimu terkunci dan kau sendiri tidak tahu di mana kau tinggalkan kunci itu,
lalu untuk memasuki hatimu aku terpaksa mencari kunci hatimu dahulu, dan setelah kujumpa boleh la kuhilangkan supaya ia tidak akan terkunci lagi'.....
klu dah jumpa kunci tu......pas buka pintu.....tauk kunci tu jauh-jauh na.....klu bole baling ke dalam laut......

Sayangilah Tahi Teling Anda....
Posted by
ladkod
/
Comments: (0)
Sayangilah tahi telinga anda.....
WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.
Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.
"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.
Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
"Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri," katanya.