SEDIM
OO Dulu X ngaku nooo
Isu Ahli Parlimen BN kawasan Kinabatangan,Sabah Datuk Bung Mokthar Radin kahwin dengan artis Zizie Ezette sudah lama reda.Namun setakat ini belum ada lagi tersiar gambar mereka berdua apalagi dalam suasana mesra.
Ca hangpa baca posting aku dulu pasai MP kinabatangan yg tak ngaku bulan lepas.. Bercabang di Lidah ka kencing yg bercabang,.. Hangpa nilai la sendiri MP Be END sorang niee
"Ular" Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan
BAGI Fauzi Sarwani Ismail, kerjayanya bukanlah sebarang kerjaya. Beliau menjadikan ular sebagai sumber pendapatannya.
Selain membuat pertunjukan di seluruh negara, pemuda berumur 27 tahun itu juga menawarkan perkhidmatan menangkap ular yang memasuki rumah kediaman dan bangunan.
"Seekor ular yang ditangkap, saya kenakan bayaran RM100," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Beruang, Sungai Soi, Kuantan.
Menurut Fauzi Sarwani, dia mula "berjinak-jinak" dengan reptilia itu sejak berusia 10 tahun lagi.
"Saya mula memegang ular sejak berusia 10 tahun, kali pertama saya memegang bangkai seekor ular yang dilenyek kenderaan. Sejak itu saya mula berani memegang dan menangkap serta mencari ular di hutan-hutan berdekatan.
"Bermula dengan hobi, kini dah jadi kerjaya saya pula," katanya.
Katanya, berbekalkan kemahiran itu, dia kemudian membuat pertunjukan bermaindengan ular di seluruh negara sejak lima tahun lepas sebagai sumber pendapatan.
"Saya membuat pertunjukan dengan bermain ular sawa, tedung selar dan ular tedung dan pelbagai jenis lagi, biasanya saya dibayar antara RM1,000 sehingga RM2,000 untuk setiap kali persembahan," katanya yang turut memiliki sebuah warung makan berhampiran rumahnya.
Sabtu lalu dia membuat persembahan di Bukit Gambang Resort City dekat sini untuk majlis sebuah syarikat akhbar.
Walaupun mahir mengendalikan ular, pemuda itu tetap tidak terkecuali daripada diserang reptilia itu.
Kira-kira lapan tahun lepas, lengan kirinya pernah dipatuk ular tedung selar ketika dia memandikan reptilia itu.
"Selepas dipatuk, saya segera ke hospital, lengan saya ketika itu seolah-olah seperti disimbah asid," katanya yang turut memelihara lebih 100 ekor pelbagai jenis ular.- BERNAMA
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Selepas Empat Bulan Koma
Allahyarham berusia 60 tahun.
Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata allahyarham, yang cedera parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.
Beliau berkata jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Kajang.
Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Jan 2004 dan bersara kira-kira setahun kemudian.
-- BERNAMA
Zolkples enggan sahut cabaran 'bertinju' daripada Shahidan
Oleh Lukman Salleh
luksal@bharian.com.my
SEKALIPUN rasa terkilan dan pedih masih belum hilang akibat kecaman hebat Datuk Seri Shahidan Kassim, ia tidak bermakna Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Zolkples Embong menyahut cabaran untuk 'bertinju' dengan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) itu.
Tanpa mahu mengeruhkan lagi keadaan, Zolkples tampil dengan penjelasan sambil mengandaikan Shahidan kemungkinan tidak disalurkan dengan maklumat yang tepat sehingga menyebabkan pergeseran kedua-dua pihak.
"Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan," kata Zolkples yang ditemui selepas sidang akhbar Kejohanan Tenis Wanita Terbuka Malaysia 2010, semalam. "Saya tidak pernah hentam KOAM apa lagi kepada Datuk Seri (Shahidan).
"Kami bekerjasama rapat di Laos (Sukan Sea XXV). Saya tidak pernah kata olahraga gagal cuma ia tak sampai sasaran. MSN sasarkan tujuh, KOAM dapat enam, itu saja dan kami tidak pernah pun menyatakannya secara umum.
"Olahraga cuma tidak capai sasaran tetapi masih menyumbang kepada pingat dan memang kami hargai sumbangan olahraga, maka, saya tidak tahu kenapa tiba-tiba beliau melenting tak tentu hala.
"Saya berpendapat mungkin Datuk Seri Shahidan diberi maklumat salah. Saya serahkan perkara itu kepadanya dan dia menyatakan kepada saya, tidak ada sebarang isu," kata Zolkples.
Shahidan difahamkan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap Zolkples dalam satu sidang akhbar Sabtu lalu, hingga mengejutkan peminat sukan tanah air.
Sebaik melihat dirinya menjadi sasaran kemarahan Shahidan, Zolkples segera menghubungi Presiden KOAM itu, untuk mendapatkan penjelasan.
"Saya tanya kenapa jadi macam ini?," kata Zolkples. "Saya tidak pernah hentam (KOAM), tidak pernah kacau olahraga. Saya berasa agak pelik... saya tidak tahu sama ada dia menerima maklumat yang tepat atau tidak.
"Kenapa dengan Asum (Kesatuan Renang Amatur Malaysia)... Shahidan juga presiden, tapi tidak pernah ada masalah, berbanding dengan olahraga."
Hak-Hak Wanita Muslimah Dari Suami
Sesungguhnya Islam adalah agama yang adil, mulia dan menyamakan hak. Islam telah menjamin hak para wanita, sebagaimana dia menetapkan padanya beberapa kewajiban. Dan Allah telah 'Azza Wajalla telah menentukan bagi suami dan istri hak dan kewajiban masing-masing.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman :
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf”. (Albaqarah : 228)
Diantara hak-hak istri pada suaminya adalah sebagai berikut :
1. Ridho istri terhadap suaminya
Seorang gadis berhak untuk melihat orang yang datang melamarnya. Diantara haknya juga adalah menerima atau menolak. Jika ia janda, ia tetap mendapatkan hak ini juga. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam :
لا تنكح الأيم حتى تستأمر ولا تنكح البكر حتى تستأذن قالوا يا رسول الله وكيف إذنها قال أن تسكت
“Tidak boleh menikahkan seorang janda hingga ia diminta persetujuannya dan tidak boleh dinikahkan seorang gadis hingga diminta izinnya. Mereka bertanya : “ Ya Rasulullah, bagaimana izinnya? Rasulullah menjawab : “ Dia diam”. (HR.Bukhari dan Muslim)
2. Menerima mahar dari suami
Sebagaimana firman Alah Subhanahu Wata'ala :
وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا
“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Annisa : 4)
Rasulullah juga bersabda :
إن أحق الشروط أن توفوا به ما استحللتم به الفروج
“Sesungguhnya persyaratan yang paling harus dipenuhi adalah apa yang kamu halalkan kemaluan (mahar)” (HR.Bukhari dan Muslim)
3. Dipergauli dengan baik dan bersabar dengannya
Termasuk hak istri adalah suaminya memperlakukannya dengan baik, senagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala :
“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (Annisa : 19)
Rasulullah juga bersabda :
لا يفرك مؤمن مؤمنة إن كره منها خلقا رضي منها آخر
“Seorang mukmin tidak boleh membenci wanita mukminah (istrinya), jika ia tidak menyukai darinya salah satu perilakunya, maka dia menyukai darinya perilakunya yang lain” (HR. Muslim)
Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam bersabda :
استوصوا بالنساء خيرا فإن المرأة خلقت من ضلع وإن أعوج شئ في الضلع أعلاه قال : فإن ذهبت تقيمه كسرته وإن تركته لم يزل أعوج فاستوصوا بالنساء
“Berwasiatlah kepada istri dengan kebaikan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan sesuatu yang paling bengkok dalam tulang rusuk adalah yang paling atas. Jika kamu meluruskannya maka akan memecahkannya dan bila kamu biarkan maka ia akan terus-menerus bengkok. Berwasiatlah kepada istri dengan kebaikan”
4. Hak untuk dicumbu dan dimanjakan
Istri berhak untuk mendapatkan hak ini dengan syarat tidak menjatuhkan kewibawaan suami di sisinya. Dia juga berhak mendapatkan hak bersenang-senang dengan hal yang mubah yang bisa menyenangkan hatinya seperti tamasya atau menyaksikan pertunjukkan yang terbebas dari hal yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam :
أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا و خيارهم خيارهم لأهله
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya dan sebaik-baik mereka adalah yang paling baik terhadap keluarganya” (HR.Bukhari dan Muslim)
5. Cemburu yang proporsional
Di dalam Shahihain dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam bersabda :
إن الله يغار و المؤمن يغار وغيرة الله : أن يأتي المؤمن ما حرم الله
“Sesungguhnya Alah Ta’ala cemburu dan orang mukmin juga cemburu. Kecemburuan Allah bila seorang mukmin melakukan apa yang diharamkan oleh Allah” (HR.Bukhari dan Muslim)
Cemburu yang disyariatkan syaratnya hendaknya jangan berasal dari prasangka yang mendorong untuk melakukan hal yang berlebih-lebihan dalam keraguan, mencari-cari kesalahan dan berburuk sangka, atau berusaha untuk memaksa diri mencari rahasia yang paling tersembunyi. Yang demikian itu bisa merusak hubungan dan mengotori kehidupan dan bisa mengakibatkan terputusnya hubungan.
6. Mendapatkan nafkah dengan adil
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman (kepada para suami) :
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّآ ءَاتَاهُ اللهُ لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ مَآءَاتَاهَا سَيَجْعَلُ اللهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”. (ath-Thalaq : 7)
Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam juga bersabda :
دينار أنفقته في سبيل الله ودينار أنفقته في رقبة ودينار تصدقت به على مسكين ودينار أنفقته على أهلك أعظمها أجرا الذي أنفقته على أهلك
“Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluarga, yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan untuk keluarga” (HR. Muslim)
Jangan menjadi pemboros, namun jangan juga kikir. Jangan memberikan makan sendiri tanpa melibatkan anggota keluarga yang lainnya.
7. Menerima pembagian yang adil diantara istri-istrinya
Hendaknya dia adil dalam memberikan nafkah dan bermalam, bila ia memliki lebih dari satu istri. Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam bila ingin bepergian untuk berperang atau yang lainnya beliau mengundi antara para istrinya. Barangsiapa yang keluar pilihannya beliau membawanya.
8. Mendapatkan kepuasan seksual
Istri berhak mendapatkan kepuasan itu. Di dalam hadits yang shahih disebutkan :
وفي بضع أحدكم صدقة
“Pada budh’ (hubungan dengan istri) salah seorang diantara kalian adalah shadaqah” (HR.Muslim)
9. Penjagaan dan bimbingan agama dengan baik
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya” (Thaha : 132)
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (at-Tahrim : 6)
Suami wajib mengajari istrinya tentang agama atau mengizinkannya untuk menghadiri majlis ilmu.
Waallahu A’lam
Maaf, saya tak kahwin dengan Zizie
KUALA LUMPUR, Dis 16 — Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.“Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.
Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Anggota Parlimen dari Sabah baru-baru ini.
Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.
Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliau sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.
“Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha,” katanya dalam satu lagi SMS kepada media.
Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya. Selain media, ramai Anggota Parlimen turut tercari-cari Bung Moktar untuk mengesahkan perkara itu.
Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala
Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.
Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak. — Bernama