Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

MAWI: Lagi Kes Budak Hilang

oleh : M.S Abu Sahid (S/u UA DPPWP)http://amalwilayah.wordpress.com/
KUALA LUMPUR (Ahad) 13 MAC 2008 - ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki Asmawi Jalalluddin, 11, dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.




Sehingga hari ini, sudah empat hari Asmawi dilaporkan hilang. Menurut kakaknya Saodah, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu sehari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.

Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.

Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.

Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.

FROM KLATE WITH BUDU

Salam, apa habaq semua.. ?

Masih dalam demam PRU12?
Jenuh menerima & m'fwd sms -sms kretif yg tak kunjung reda. Aku la nie dah start gherja di Airport Pengkaan Chepa. Sesapa nak mai Klate, jangan lupa cari akau kat sini. anak bini aku masih di KL lagi. SJJ. suami jarak jauh...

Hampir seminggu kat sini koi tembon la aku dibuatnya. apa tidaknya, Klate nie syurga makanan la... macam2 jenih makanan. Ada orang kata makanan kat sini semua manih2 .. tapi kita boleh pilih hat jenih pedas mcm selera kedah pon belambak dok da...

Paling banyak pilihan, sarapan pagi la.. Payah nak tengok kemeriahan kedai sarapan pagi disini kat tempat lain.. Yang pastinya semua kedai kat sini juai nasi.. Bermacam jenih nasi dok ada. kerabu, dagang, minyak, berlauk, lemak , kukuih, ulam... tiap2 hari aku try menu berbeza.. dan yg paling menyejutkan aku.. harga dia cukup TERUJA.. nasi (air, dagang, kerabu, minyak )+ ayam + sayuq @ikan +teloq masin @ ikan masin + daging bersama teh O =RM2.20- RM2.50 mana nak jumpa harga nie dah kat Sg Petani. Kalu pi kantin SMKKJ pun la ni aku rasa tak leh dapat harga nie dah...
tapi nie harga utk sarapan ja.. kalau makan tengah hari haraga dia lebih kurang kedah jugak. nasi + ayam + sayuq + sambal belacan+Teh O ais limau= RM4.50.
so.. Feeeeeeelll freeeeeee to contact aku bila hangpa mai KLATE...
Aku pon la nie dah jadi ketagih budu pulak dahhhhhhh.... heeeee....

Posting aku kali ini aku cuba laghi dari pengaruh politik.. Bukan semua pengunjung sini minat politik ye tak. Cuma posting2 musim PRU12 tu sekadar menghangat kan suasana.

Jangan la hang pa rasa serik pulak kalau tak sehaluan ngan bahan2 PRU12 dulu tu.. SEBAGAI TAPAK UNTUK KITA TAUTKAN UKHUWWAH SESAMA KITA MAI LA KITA KURANGKAN KONTERVESI YANG BOLEH MENJARAKKAN KITA. SEBARANG PERBEZAAN PANDANGAN TU ANGGAPLAH SEBAGAI RENCAH DALAM KEHIDUPAN.


MAAAAAAF ZAHIR BATIN.


TAHNIAH KEDAH YANG BEROLEH MB BARU...(Ini bukan ucapan politik nooooo)

ni gambaq aku masa BRITISH tawan Tanah Melayu dulu,,, lawa ooo nooo :D heee..

(AMBO SAYE TOK GURU)

GAJI PM ,KM dan Ahli Parlimen

Sempena musim lepas pilihanraya nie apa kata kita tengok sikit fakta enarik nie.. dan kita nilaikan sendiri kerja buat depa dengn gaji yg depa terima.. BERBALOI KA?

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara

TV3 BENGAP:

Dalam slot berita semalam, TV3suku (antara penyebab kekalahan BN) menimbulkan isu janji Barisan Rakyat sekiranya menang, nak turunkan harga minyak, maka dimintalah pandangan pelbagai 'tokoh' termasuk Tun M, Profesor Khoo Kay Kim dll. sama ada boleh dilakukan atau tidak. NaK minta kerajaan negeri Kedah, Perak, Kelantan, P.Pinang dan Selangor turunkan harga minyak? TV3suku.. mengapalah bengap sangat. Yang dijanjikan kalau Barisan Rakyat menjadi KERAJAAN PUSAT... Kerajaan negeri, mana boleh nak turunkan harga minyak (petrol). Itu kerja kerajaan pusat. Mengapalah BODO dan MANGKOK sangat makhluk yang ada di TV3suku ni. Teruskanlah menipu kerana yang percaya, cuma para penyokong BN yang sebodo TV3suku. Bagus, TV3suku, bagi BN terus lingkop!

ubah GaYa iDuP LAH

Betui sekilo tepung harganya RM 1.35 ???

Oleh mujahid304
Askum..!!!
Kedai mana yang ada jual tepung 1 kilo RM1.35 sen ??? Mai tolong bagi tau chek!....,Kalau yer pun nak temberang jgn la terang-terang. Nak bagi tau sekilo tepung sekarang RM2.40. penipu besaq betoi la stat. tuh...Hampehh!!!

Itu Afdal lagi titon kaaa...

Ini antara komen yang kami terima baru-baru ini. klik pada image untuk melihat dengan lebih jelas...

P/S : Dah dasar hidup menipu sampaikan harga barang keperluan harian masih lagi nak tipu pengguna.IQ pengguna takdelah serendah dengan pepuak UMEE NO & Be eNd....
kunjungilah
http://dppwm.blogspot.com

to whom it may be concern.... exhausted?! Let's release it....

SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes