Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

JIBRIL AS,KERBAU,KELAWAR DAN CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai.

Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.

Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Catatan Pertama

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga buat Mat Det yang bersungguh betul untuk menemukan semula sahabat-sahabat di sini. Saya sangat berbesar hati terutama apabila Mat det ni asyik2 dok highlight nama saya kat sebelah tu tapi tu la ni baru tergerak sikit untuk buat posting. Harap-harap tak merosakkan suasana di sini.
Nak mengarang panjang nanti merapu je lebihkan..untuk pengetahuan semua saya menetap di Tasik Gelugor, bekerja di TUDM Base Butterworth(Sapura Secured sdn bhd) technician saja.
Ini catatan pertama sebagai Salam Perkenalan Semula setelah 18 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Zilawati Bt Ramli
17 Dec 2008

Bayi Ditemui Masih Menghisap Jari


"Kalau akal sudah tidak dapat menguasai diri...maka akan hilanglah pertimbangan akan HALAL dan HARAM...Betul dan Salah..serta BAIK dan Buruknya sesuatu perkara..seterusnya menjerumuskan manusia ke lembah yang hina lagi menyedihkan untuk memberi peluang kepada makhluk ALLAH yang bernama SYAITAN atau JIN untuk menguasai diri...

Kita masih lagi segar dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjelang AIDILADHA beberapa hari yang lalu...kesannya masih lagi terasa terutama kepada penduduk sekitar ibunegara yang masih lagi trauma dengan peristiwa yang menyentuh hati semua masyarakat MALAYSIA itu...

tapi ada segelintir manusia yang masih tidak berasa takut akan musibah yang boleh dikatakan sebagai petanda akan hampirnya kita kepada kemusnahan bumi ini iaitu Hari Kiamat...seolah-olah akal sudah tidak mampu lagi menafsir mana yang patut dan mana yang tidak boleh dibuat...

Terkejut rasanya hati ini bila menatap akhbar KOSMO! mengenai kes pembuangan bayi yang masih lagi melanda negara walaupun dah banyak kempen dan pemantauan dibuat oleh kerajaan terhadap perkara ini...Hari ini(15 Disember 08),KOSMO! melaporkan bahawa seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap ibu jari tangan kanannya dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok pada hari kelmarin.

Semasa ditemui pada pukul 10.15 pagi, bayi lelaki itu masih lagi berlumuran darah dan bertali pusat. Kejamnya manusia, sanggup meninggalkan bayi dalam keadaan menghisap jari dan juga diletakkan dalam mangkuk tandas. Ketika ditemui, bayi itu juga sudah kebiruan dan badannya sudah lemah kerana kesejukan.

Selepas dijumpai, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon untuk rawatan lanjut. Suri rumah itu berkata bahawa bayi itu ditemui apabila dia dimaklumkan oleh seorang anak jirannya yang memberitahu terdengar suara bayi menangis dari dalam tandas di pasar tersebut. Pada awalnya, anak jirannya itu takut untuk pergi melihat lalu dia menggagahkan diri untuk melihat tempat di mana suara itu datang. Sebaik membuka pintu tandas, dia melihat seorang bayi sedang terlentang di dalam mangkuk tandas dengan badan mempunyai kesan darah dan masih bernyawa...NAUZUBILLAH!

Sehingga sekarang,masih ada lagi manusia yang sanggup membuat perkara yang lebih hina dari apa yang dibuat oleh binatang...Binatang lebih sayangkan anak dari manusia menyayangi anaknya jika inilah keadaannya...Apa akan terjadi kepada kehidupan bayi itu seterusnya dan apabila dewasa, cuba kita bayangkan apa perasaannya jika diberitahu yang dirinya ditemui dalam mangkuk tandas oleh seorang surirumah..Pelbagai musibah yang melanda sekarang ini tidak dijadikan panduan oleh kita sehingga ada yang sanggup berbuat perkara yang sedemikian rupa...ALLAH telah memberi pelbagai dugaan kepada manusia agar semuanya insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk menemui keredhaan-Nya...

Tahun Baru 2009 bakal menjelang tiba dan di akhir Disember 2008 ini, sudah ada kes pembuangan bayi untuk kita ratapi...Apa akan berlaku pada malam sambutan Tahun Baru nanti yang rata-rata sedia maklum bahawa pelbagai aktiviti serta konsert melalaikan diberi permit untuk dianjurkan oleh kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI???Sedangkan baru menghampiri tahun baru,sudah ada kes seperti ini...Bukan niat untuk meminta agar ada lagi kes seperti ini pada tahun baru nanti, tetapi pengalaman lampau dalam menghadapi sambutan tahun baru memberi mesej yang berguna untuk kita sama-sama bersiap sedia menghadapinya...Eloklah rasanya diadakan majlis tahlil dan disusuli dengan solat hajat serta doa yang seikhlasnya demi kemajuan negara dan keharmonian rakyat MALAYSIA menjelang tibanya detik Tahun Baru 2009 nanti...

Wallhua'lam...!

-www.seepot.blogspot.com-"

LAGU VESPA- ARWAH PAK KU SHADAT

JANTINA BINATANG KORBAN

Soalan

Bolehkah binatang betina dijadikan kurban?

Jawapan:

Sah korban (begitu juga aqiqah) sama ada dengan binatang jantan atau binatang betina dengan sepakat para ulama’ jika ia telah cukup umur yg disyaratkan.[1] Berkorban dengan binatang jantan lebih afdhal dari binatang betina. Dan berkorban dengan binatang betina yang belum pernah beranak lebih baik dari yang pernah beranak.[2]

Akan tetapi jika binatang tersebut bunting, maka para ulama berselisih pandangan:

1. Tidak boleh dijadikan korban kerana dagingnya telah berkurangan disebabkan bunting tersebut. Ini pendapat Ashab Syafei seperti yg dinukilkan oleh Abu Thoyyib. Juga disokong oleh Khatib Syarbini dlm Mughni Muhtaj, Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj, Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj dll.

2. Boleh dijadikan korban kerana kekurangan daging tersebut ditampung dengan kandungannya. Inilah pendapat yg masyhur yg dinukilkan oleh Ibnu Rif’ah (ulama mazhab Syafei)

Wallahu a’lam.

Nota kaki;
[1] Begitu juga, sah dibuat korban binatang khunsa. (al-Iqna’, jil. 2, hlm. 818), (Kifayatul Akhyar jil 2 hlm 191) Al-Fiqh Islami 3/613
[2] al-Majmu’, jil. 8, hlm. 290.
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes