Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

Lencana Ni yg dok kat dada Kita Dulu2

ReUnion kali PERTAMA...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, 
setelah sekian lama kita dok rancang, 
sekian lelah dok atuq, sekian ayat dok  pujuk, sekian jenoh dok pelawa, 
sekian bebai dok panggil, 
sekian duit dok laboq, sekian credit dok sms dan calling.. 
akhiaqnya pada Sabtu  3 Syawal 1434H  jam 9 pagi - 1.00 tghari , 
mencatat sejarah pertama  majlis reunion XSMKJ set kita berjaya diadakan dengan penuh jayanya.. Terima kasih untuk semua sahabat yang berhempas  pulas menjayakan majlis, yang penuh bersejarah dan dramatik ini.
Sedikit informasi ttg belanjawan pengurusan reunion yg pertama kali diadakan ini...
1) Jumlah bayaran 10 peserta sebelum majlis : 10 peserta X rm50 = rm500
2) Jumlah bayaran 7 peserta semasa majlis : 7 peserta X rm50 = rm350
Jumlah keseluruhan:rm850
Perbelanjaan: makanan(mat pit catering) rm530 dan sewa dewan sekolah rm250
rm850-rm530-rm250=rm70.
baki akan diserahkan kepada puan bendahari khairulnisha.
3) Sumbangan duit raya dari Khairulnisha Abd Razak (titi semeling hardware)rm300 dan juga dari rakan2 semasa majlis.
Alhamdulillah, jumlah keseluruhan sumbangan duit raya utk anak2 adalah sebanyak rm10 seorang.
Semoga majlis ini diberkati dan untuk masa hadapan dpt dirancang dgn lebih tersusun.
b/p: terima kasih kepada semua yg menjayakan majlis secara langsung atau tidak langsung. juga terima kasih kepada yg menyumbangkan tenaga dan juga wang.
Jumlah kedatangan akan dipaparkan kemudian.(minta tuan shukri tlg paparkan).

wasallam
Terima Kasih En. MohdZulihsan dengan laporan .
http://bpsmkj8791.blogspot.com/



Zaman Koi laju.. Xsmkj la ni dah kat FB

salam  semua
Lamaaaaaaa sungguh blog nie terbiaq,,.  fuhhh !!  Fuh!!  berabuk,  bersawang..
Tak dak orang nak uruih dah kot. pakat2 sibuk belaka.
Jom lepak tempat baru..

http://www.facebook.com/groups/407354939320066/408394102549483/?comment_id=409139502474943&ref=notif&notif_t=group_comment

buat sementara nie Group  nie masih terbuka. Tapi atas sebab musabab keselamatan  sikit masa lagi kena plan untuk jadi group tertutup kot. So  apa  tunggu lagi.. Untuk XSMKJ SRP89 & SPM91.. jom buat marketing.. ajak seramai mungkin  kengkawan joint group kita  nie.
Terima kasih.

Bersedia UNTUK saat yang tak BERSEDIA




Dewasa ini, membelek dada akhbar boleh diibaratkan seperti membaca satu persatu data kematian. Mata anda tidak pernah lekang daripada menikmati sajian kematian.

Namun, dalam limpahan sajian itu, hanya sedikit sahaja coretan berita kematian disebabkan oleh sakit yang lama. Kebanyakannya disebabkan oleh kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Ramai antara kita yang menganggap mati itu hanya tiba apabila kita sakit atau kerana kita sudah tua.

Itu hanyalah mitos semata-mata.

Walhal secara realitinya sebahagian besar kematian berlaku ketika seseorang masih sihat dan muda. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya kerana alpa dengan dunia yang serba-serbi indah dan melekakan ini.

Akhirnya mereka lupa untuk menyediakan bekalan untuk hari pengadilan yang Maha Dahsyat itu.

Adakah anda juga termasuk dalam golongan tersebut?

Tepuk dada, tanya IMAN.

Al Namli

Si Kecil Yang Rajin



Di antara pelajaran terbesar yang mampu dipelajari di dalam dunia kecemerlangan dan kejayaan adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan.

Ia merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh kemudian merangkak kembali ke atas pohon, lalu terjatuh lagi, namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa pernah merasa lelah dan bosan.

Jika perjalanannya terhalang oleh sesuatu, maka ia akan berusaha bergerak ke arah kiri dan kanan, namun jika jalan tersebut masih buntu, maka ia akan berhenti sebentar, kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama.

Semut memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan. Ia tidak pernah memiliki rasa bosan dan putus asa. Inilah sebabnya kenapa haiwan ini dijadikan contoh simulasi di dalam penyampaian kuliah motivasi kerana semangatnya yang kuat dan tidak pernah mengenal erti putus asa.


KECERDIKAN

Semut terkenal memiliki kecerdikan luar biasa di dalam usahanya mendapatkan apa yang diinginkan. Seseorang yang selalu meneliti kehidupan haiwan kecil ini, pasti merasa kagum dengan kegeligaannya.

Contohnya, jika jalannya dihalangi oleh genangan air yang tidak boleh dilewati, maka ia bersama kawan-kawannya saling bergandingan bahu membentuk sebuah jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan tersebut merapat ke tepi.

Maha suci Zat yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian membekalkannya dengan akal, naluri dan kudrat alamiyah untuk kelangsungan hidupnya masing-masing !




Jika seekor semut menemui sepotong daging atau kaki belalang, ia akan pulang ke tempat tinggalnya dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemui itu.

Semut memiliki sifat kesungguhan dan kesabaran luar biasa yang dapat menjadi pelajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan. Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang dilalui oleh gerombolan semut, mereka akan berhenti, namun sesekali tidak akan berbalik ke arah belakang.

Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan di situ atau berusaha melalui celah-celah yang ada di kiri dan kanan batu untuk mencari jalan alternatif lain.



SEMUT YANG TABAH




Suatu ketika, diceritakan kisah seorang Arab badwi yang bermusafir untuk sebuah keperluan. Ketika ia merasa sangat letih, kepenatan dan merasa putus asa, maka ia lantas duduk dan berfikir untuk kembali ke tempat asalnya.

Tiba-tiba, ia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, lalu semut tersebut jatuh ke bawah dan kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi.

Peristiwa tersebut berlaku berulang kali, namun si semut tetap berusaha dan berusaha, hingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut.

Melihat keanehan kejadian tersebut, orang Arab badwi tersebut berkata dalam hatinya, "Saya seharusnya lebih pantas untuk bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut."

Lalu ia pun meneruskan perjalanannya kembali, hingga akhirnya ia pun sampai ke tempat tujuan yang diinginkan, lalu ia berkata,

"Cari dan usaha, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit bagi orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan."

Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pelajaran dan tauladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah dan bosan.

Bagaimana dengan anda semua?

Akibat UMNO songlap duit semejed

KUANTAN, 15 April - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu.

Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!" katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.


Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, majoriti AJK baru masjid itu kini adalah terdiri dari kalangan orang UMNO. Maka itulah syak wasangka itu timbul" katanya.

NIKMAT ITU DARI ALLAH DAN UNTUK ALLAH


JIKA BEGITU SEKALI LAYANAN ALLAH KEPADA KITA,MAKA MASIH LAYAKKAH KITA DURHAKA KEPADA-NYA?
-------------------------------------------------------------

Berkata imam Ibnu 'Atho:

لاتفرحك الطاعة لانها برزت من الله اليك

"Janganlah engkau merasa gembira dengan perbuatan taat (itu semata-mata) tetapi gembiralah atas sifat ianya sebagai kurniaan Allah kepada engkau".
Dalam mensifati ibadah kepada Allah terbahagi hamba itu kepada dua bahagi.

1. Orang yang bersyukur kerana ia berjaya meneyelesaikan satu ibadah yang diperwajibkan Allah atasnya.

2. Orang yang bersyukur dan gembira atas kurniaan Allah kepadanya sehingga dengan kurniaan itu ia berkemampuan melakukan taat kepada Allah.

Ulama'-ulama' tasauf hampir sepakat mengatakan kegembiraan orang yang kedua adalah lebih baik daripada sifat kegembiraan orang yang pertama. Orang yang pertama masih belum selamat dari kemungkinan merasa ujub atas ibadahnya. Kerana ia merasakan ibadah yang dilakukannya itu datang dari kemampuan dirinya sendiri. Muncul daripada kesedarannya, atau kerajinannya melakukan ibadah. Namun orang yang kedua tidak melihat kepada keupayaan dirinya atau kerajinannya. Bahkan keupayaan dan kemampuannya melakukan ibadah itu sendiri dalah kurniaan Allah yang tidak ternilai. Sehingga ia sibuk melihat kurniaan Allah kepadanya sehingga ia lupa melihat dirinya dan ibadah yang dilakukannya. Firman Allah swt;

لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم

"Tiada daya ( untuk meninggalkan maksiat) dan tiada upaya ( melakukan taat) kecuali dengan (anugerah atau izin) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
Saudara-saudaraku..Apalah yang hendak kita banggakan dengan ibadah yang dilakukan, kerana keseluruhan modal untuk kita melakukan taat itu sendiri datangnya daripada Allah. Ruh, jasad, urat saraf, tulang temulang, sendi, darah, kudrat, keinginan serta kemahuan, kerajinan serta ketekunan semuanya daripada Allah. Hatta bisikan hati untuk melakukan taat itu sendiri adalah anugerah Allah swt. Betapa agungnya kurniaan Allah. Lidah yang bergerak untuk memuji Allah itu juga kurniaan Allah, hatta kalimah pujian itu juga dibisikkan Allah kedalam hati hamba. Firman Allah swt;

قل بفضل الله وبرحمته فبذالك فليفرحوا هو خير مما يجمعون

" Katakanlah (Muhammad),Dengan kurniaan Allah dan Rahmat-Nya hendaklah mereka itu bergembira. (Kurniaan Allah dan Rahmat-Nya itu) lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". - yunus 58

Pahala dan balasan syurga yang dibalasi Allah kepada hamba di akhirat bukannya dinilai dari ibadah dan amal kebajjikan hamba. Bahkan balasan Allah itu datangnya dari Rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba. Apalah sangat nilainya ibadah hamba berbanding kurniaan nikmat yang begitu besar dari Allah. Lantaran itu mengapa kita beramal?. Sesungguhnya amal kita itu hanyalah tanda dan lambang pengabdian kita kepada Allah semata-mata. Tanda kita syukur dengan segala kurniaanNya.Kerrana itulah apabila Aisyah menegur Rasulullah yang terlalu banyak beribadah sehingga pecah-pecah tumit baginda, lalu Rasulullah menjawab; " bukankah seharusnya aku menjadi hamba yang bersyukur". Maksud Rasulullah ialah "aku melakukan begitu banyak ibadah bukan kerana syurgaNya, kerana aku telah dijamin syurga. Aku beribadah bukan kerana mahu dosa-dosaku dihapuskan kerana aku telah dijamin maksum. Namun ibdahku itu adalah tanda aku bersyukur atas segala kurniaanNya".

Pernahkah satu ketika seorang bapa menyuruh anaknya melakukan satu tugasan rumah?. Sibapa berkata; jika adik lakukan tugas itu, ayah akan berikan belanja sekolah. Lalu si anak melakukan kerja yang disuruh bapaNya. Justeru itu si Bapa memberikan anaknya belanja persekolahan dari tahun satu hingga anak itu berjaya menamatkan pengajiannya di universiti. Apakah saraan si bapa itu senialai dengan kerja yang dibuat oleh si anak?. Apakah puluhan ribu itu upah kerja si anak?. Tidak.. saraan dan kurniaan bapa itu adalah tanda kasihnya kepada si anak. Adapun suruhanya kepada si anak adalah untuk melihat sejauh mana ketaatan si anak kepada bapa.

saudara-saudaraku..Cuba direnung secara halus. Berapa peratuskah keterlibatan kita untuk menghasilkan segenggam beras?. Kita hanya menabur benih yang telah disediakan oleh Allah. selepas tabur, kita pulang kerumah. Benih yang kita tabur di sawah terus bertunas. Segala keperluan tumbesarnya disediakan Allah. Bahan organiknya, udaranya, airnya, cahaya mataharinya dan lain-lain. Sampai masanya keluarlah biji-biji padi yang berisi. Cuba bayangkan.layakkah kita mendapatkan hasilnya jika sekadar itu sahaja kerja yang kita buat dan terlibat?. Namun dengan kurniaan Allah dan kasihsayangNya kita terus menerus dilayaniNya dengan penuh sayang. Maka layakkah lagi kita mendurhakaiNya?..

(Dipetik dari rakaman kuliah Hikam oleh Ustaz Mokhtar Senik An-Nuury)

CERITA MAYAT TAK DITERIMA BUMI BIASA DENGAR, TAPI, KAPAL SELAM TAK DITERIMA LAUT...?

Kapal Selam baru beli 5 bulan tidak boleh menyelam. Cerita lawak atau apa sebenarnya ni? Tidak pernah pula hamba pernah mendengar kereta yang baru dibeli 5 bulan tidak boleh bergerak diatas jalan raya. Inikan pula kapal selam tercanggih didunia bernilai 1 bilion, tidak boleh menyelam dalam laut.



Misteri Kapal Selam, Perempuan dan debu letupannya......


Budak 4 tahun jika mendengar cerita ini pun pasti agak gelak besar seperti budak itu melihat cerita Doraemon. Tidak masuk akal. Duit yang melampau banyaknya dibuat beli kapal selam, akhirnya kapal selam itu jadi serupa sampan nelayan, tidak boleh selam.

Ada juga dengar cerita, berbagai-bagai usaha fizikal dan metafizik telah dilakukan untuk menyelamkan kapal 'kemegahan' Malaysia ini. Pelik juga dengarnya ada juga mereka yang bertanggungjawab dengan kapal selam ini menggunakan cara metafizik untuk memulihkan kapalselam yang tidak boleh selam ini.

Ada kena mengena dengan hantu ke? TV3 mesti pakar dalam perkara ini. Apa kata panggil pengarah cerita ngarut jam 9 malam setiap malam Jumaat, mungkin mereka boleh menghalau hantu itu dari kapal selam yang tidak boleh selam itu.

Selalunya, hamba selalu mendengar cerita bahawa ada mayat yang tidak boleh diterima bumi untuk dikebumikan kerana maksiatnya semasa hidup melampau yang amat. Mungkin juga cerita kapal selam yang tidak boleh selam ini ada kaitan dengan laut tidak boleh menerima kapal selam kerana kapal selam ini ada 'perbuatan' yang melampau maksiatnya semasa hayatnya,.... agaknyalah......
SeLaMat DatanG!!!
kHusus UntUk XSMKJ SPM91
yang LaiN jugA diALu-aLukaN Joint DiSiNi
 
Copyright 2009 x-Student SMKJ SP- SPM91 All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes